*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Ini satu artikel untuk renungan bersama agar kita sama-sama memperbaiki akhlak 
penulisan kita di sini dan mana-mana sahaja. 
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

"ALLAH LARANG UMAT ISLAM MENCELA SESAMA SENDIRI"
Petikan dari Berita Minggu, 20/5/01, 'Takwil Al-Quran'
oleh Abdul Rashid Ahmad (Jab Al-Quran & Hadis, UM)

Firman Allah Taal bermaksud: 
"Dan janganlah kamu mencela dirimu dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran 
yang buruk.
Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman, dan siapa yang 
tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim". Surah al-Hujurat, ayat 11.

Minggu lalu disebutkan, al-Quran menggariskan beberapa panduan bagi membina masyarakat 
harmoni, aman dan damai. Sebagai lanjutan daripada itu, di sini Allah Taala 
menjelaskan:
"Kedua, jangan ada di antara kamu sikap saling cela mencela sesama sendiri, sama ada 
celaan itu dalam bentuk kata-kata, perbuatan, atau isyarat."

Dalam ayat ini Allah jadikan celaan terhadap saudaranya bagaikan celaan keatas diri 
sendiri. Ini bererti, sekiranya tiada seorang pun yang sanggup mencela dirinya 
sendiri, maka demikianlah hendaknya Islam tidak mahu kita mencela orang lain.

Dalam ayat lain, Allah mengutuk perbuatan mencela dan pelakunya dengan berfirman: 
"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela".- Surah al-Humazah, ayat 1.

Ketiga, Islam melarang umatnya daripada menggelar saudaranya dengan gelaran buruk dan 
tidak disukainya.

Sebagai contoh memanggilnya hai fasik, hai munafik atau memanggilnya dengan nama 
binatang seperti anjing atau lembu.

Dalam hal ini, dikecualikan bagi gelaran yang sudah terkenal pada seseorang itu, 
seumpama orang yang berbadan besar digelar Mamat Gemuk atau sebagainya.

Kesimpulannya, Allah menyifatkan mereka yang melakukan ketiga-tiga perbuatan tadi 
iaitu merendah-rendahkan orang lain, mencea dan menggelarkan seseorang dengan gelaran 
yang tidak disukainya, sekiranya mereka tidak bertaubat, maka mereka termasuk golongan 
orang yang zalim.

Maksud zalim di sini ialah mereka menzalimi diri sendiri denan melakukan perkara yang 
dilarang Allah dan akhirnya terdedah kepada azab-Nya.

Apabila sikap cela-mencela tidak wujud dalam sesebuah masyarakat, dengan sendirinya 
hubungan antara anggota masyarakat itu akan terjalin mesra, berkasih-sayang, tolong 
menolong bagaikan sebuah keluarga besar.

Masing-masing mengharapkan ketenangan dan kedamaian hidup bermasyarakat di dunia dan 
sekaligus kebahagian hidup di akhirat nanti.

Demikianlah Islam meletakkan asas keimanan kepada Allah supaya ia benar-benar 
bertepatan dengan prinsip sebagai seorang hamba Allah, yang sentiasa berikrar pada 
setiap kali solat:"Sesungguhnya solatku, amal ibadatku, hidupku dan matiku hanya 
untuk-Mu Tuhan sekalian alam."

Semoga ikrar ini bukan saja mainan lidah, malah pengakuan yang sunguh-sunggu yang 
diamalkan dalam kehidupan seharian.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Semoga kita menghindarkan diri dari mencela orang lain dalam penulisan kita, 
insyaALlah.
Wassalam.

:) 
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet' 
__________________________________________________________________
TheMail.com - Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com/ref.htm?ref=2120670 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke