*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

APABILA ORANG CINA MENANGIS

Salam warga siber,

Pengalaman mengiringi calon PAS Parlimen Pekan, Ustaz
Ramli (menentang Najib Tun Razak) bertemu pengundi
sebelum pilihanraya baru-baru ini cukup mengharukan.
Ramai diantara pengundi yang dikunjungi sebak dengan
keadaan politik masa kini. Tak perlu saya ceritakan di
sini betapa tenatnya keadaan politik tanahair. Semua
kita tahu, cuma sesetengahnya buat-buat tak tahu. 

Banyak perkara yang kami pelajari melalui kunjungan
ini. Kedaifan rakyat di kampung tiada siapa peduli.
Ada sebuah rumah kayu yang kami kunjungi, roboh
tangganya apabila dipijak oleh calon PAS tersebut dan
salah seorang daripada kami. Itu baru tangganya, belum
lagi kami masuk ke dalam rumah usang yang didiami dua
orang tua itu. 

Setelah menghulurkan sedikit derma dan mendapat
jaminan daripada jiran mereka untuk membaiki tangga
yang roboh, kami berlalu dengan rasa insaf dan kobaran
semangat baru menentang ketidakadilan terutama
pembahagian kekayaan negara.

Melalui kunjungan kami, jelas rakyat di
kampung-kampung menolak BN dan terlalu dahagakan
kepimpinan baru yang lebih ikhlas. Bilek-bilek gerakan
BN juga menjadi tempat persinggahan kami, malah ada
diantaranya yang menawarkan khidmat menampal poster
calon kami di kawasan mereka tanpa sebarang bayaran.

Satu peristiwa mengharukan yang ingin saya sampaikan
di sini yang berlaku di depan Pasar Besar Pekan,
disaksikan oleh ramai warga bandar yang datang membeli
belah keperluan, kebetulan pula ada 'Pekan Sehari'
(panggilan untuk 'pasar malam' yang diadakan disebelah
pagi di daerah ini). Ustaz Ramli mengadakan sesi
bersalaman dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya di
pasar dan kedai-kedai berhampiran sambil bertanya
khabar. 

Nun, di seberang jalan, kelihatan seorang Cina sedang
berbual dengan beberapa orang Melayu sambil memandang
kearah Ustaz. Kami menuju kearah mereka sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam. Amat mengejutkan
saya apabila orang Cina tersebut menerpa kearah Ustaz
Ramli dan memeluknya. 

Beberapa saat kemudian orang Cina tersebut menangis
teresak-esak. Ustaz juga memeluknya erat seperti dua
orang sahabat yang lama tidak bertemu. Suatu
pemandangan yang amat sukar dilihat dimana seorang
Ustaz dengan berjubah dan serban memeluk seorang Cina
yang hanya berseluar pendek sambil menangis
teresak-esak. Ustaz Ramli juga kelihatan sebak. Saya
tergamam. Apakah saya bermimpi? Tidak! Malah saya
sendiri hampir gagal menahan sebak di dada. 

Ramai yang memerhatikan peristiwa ini, Cina, Melayu,
India, di atas pasar, di kedai-kedai berhampiran,
pejalan kaki dan tak kurang yang tercegat terkejut
sambil memandang kearah satu sama lain. Sambil
terpacak memikirkan siapakah sebenarnya orang Cina ini
dan kenapakah beliau menangis begitu sekali, saya
terdengar Ustaz Ramli memujuknya,

"Sabarlah Ah Meng, kita akan lawan. Awaklah orang yang
paling saya hormat, awak ada pendirian". 

Begitulah kata-kata Ustaz memujuk Ah Meng sambil
memegang bahunya. Ah Meng kelihatan lega, tangisannya
mula reda. Setelah Ah Meng 'cool down' dan suasana
kembali ceria, kami meminta diri beredar kerana tugas
perlu disegerakan, lusa hari mengundi. 

Dalam perjalanan seterusnya, Ustaz Ramli menceritakan
rupa-rupanya Ah Menglah yang menaja poster besar
lambang PAS yang direntangkan sepanjang kira-kira 200
meter di atas sebuah pulau berdepanan dengan Pasar
Besar Pekan dan dibeberapa tempat lain sekitar bandar
ini. Beliau sebenarnya merupakan satu-satunya pembekal
telur ayam di bandar ini. Kemesraannya dengan rakyat
tempatan menjadi buah mulut masyarakat setempat.
Beliau juga seorang yang pemurah, suka menderma kepada
sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Banyak
ciri-ciri dan sifat mulia ada pada insan bernama Ah
Meng ini. InsyaAllah, mudah-mudahan beliau mendapat
petunjuk.

Lihatlah saudaraku sekelian, orang Cina yang bukan
Islam seperti Ah Meng menangisi kekalutan politik yang
dikuasai orang Islam di tanahair. Ini diantara bukti
menunjukkan bahawa politik negara memerlukan perubahan
secara total, maka percayalah, riwayat UMNO dan
Barisan Nasional kian sampai ke penghujungnya.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abu Ayadi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke