*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Keempat) 

http://marhaen2.tripod.com/mar_a_umat_prihatin04.html

KAMAL ATATURK MENENTANG AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

BAGI menghancurkan pemerintahan Sultan Usmaniyah di Turki, kaum Yahudi telah membuat 
perancangan jangka panjang yang memakan masa lebih kurang 400 tahun. Dendam mereka 
mula menyala apabila Sultan Orhan Ghazi, anak kepada Sultan Osman (sultan Bani 
Usmaniyah yang kedua) telah menghalau orang Yahudi dari kota Bursa di awal 
pemerintahan kerajaan Usmaniyah. Sultan-sultan Usmaniyah yang awal adalah pemerintah 
yang bertakwa. Mereka sentiasa bermusuh dan tidak percayakan Yahudi.

Yahudi melaksanakan berbagai-bagai perancangan jahat. Di antaranya ialah berpura-pura 
masuk Islam tetapi di dalam hati tetap mengekalkan keyahudian mereka.

Mereka digelar Yahudi Dunnama yang kebanyakannya berasal dari Greece. Mereka menjadi 
munafiq untuk menghancurkan Empayar Usmaniyah dari dalam. Ini ada persamaan dengan 
tipu muslihat Yahudi Abdullah bin Saba' di kota Madinah yang menjadi musuh dalam 
selimut cuba menghancurkan Islam dari dalam sewaktu zaman para Sahabat.

Orang-orang Yahudi Dunnama memakai nama Islam dan berusaha sedaya upaya menduduki 
jabatan-jabatan tinggi dalam pemerintahan. Dengan itu mereka meluaskan pengaruh 
sedikit demi sedikit di kalangan masyarakat atasan. Kejayaan mereka di Turki ialah 
meracun Sultan Muhammad AI-Fateh, penakluk kota Konstantinopel yang terkenal itu. 
Baginda meninggal dunia akibat diracun oleh Mustafa Jocobo, seorang doktor peribadi 
daripada Yahudi Dunnama di istana Sultan.

Pada tahun 1914, Yahudi melalui “The Young Turks” telah berjaya memegang jawatan 
penting dalam negara. Talaat menjadi Menteri Dalam Negeri. Mehmed Djavid menjadi 
Menteri kewangan, Jamal Pasha sebagai Gabenor tentera di Istanbul. Mustafa Kamal 
adalah seorang ejen Yahudi Dunnama. Program mencipta Kamal Ataturk dijalankan dengan 
rapi oleh Yahudi. Oleh itu pada tahun 1913, Henry Wilson, seorang General British 
telah berkata ketika melawat Istanbul: "There is a man called Mustafa Kemal... a young 
staff-colonel. Watch him. He may go far!"

23 , Tokoh-tokoh selainnya yang berperanan ialah Midhat Pasha, Hasyim Nahun, Ibrahim 
Taimu dan ramai lagi. Salonika, kota kelahiran Kamal Ataturk, adalah markas kegiatan 
Dunnamah. Dari sinilah revolusi menggulingkan Kesultanan Usmaniyah dimulakan. Di sini 
juga gerakan Freemason Yahudi mula menyerap pengaruhnya dalam anggota tentera 
Usmaniyah ketumbukan ketiga yang berpusat di situ. Yahudi, Dunnamalah yang membiayai 
revolusi pimpinan Kamal Ataturk melalui pergerakan The Young Turks.

Dengan bantuan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason dan melalui media massa 
yang dikuasai oleh Yahudi, tokoh-tokoh palsu ini ditonjolkan hingga disanjung tinggi 
di kalangan dunia Islam. Hingga pada mulanya ramai yang menyangka bahawa mereka adalah 
tokoh-tokoh Islam sejati. Pada waktu itu semua, media Yahudi memuja Kamal Ataturk dan 
Midhat Pasha. Malah tidak sedikit pula golongan-golongan Islam di Alam Melayu sendiri 
(termasuk Malaysia dan Indonesia) pada waktu itu telah terpengaruh, hingga ada yang 
berani menyatakan, kalau ingin maju, moden dan produktif, contohilah Turki pimpinan 
Mustafa Kamal Ataturk.

Pada masa yang sama di seluruh dunia, keburukan Sultan Usmaniyah dibesar-besarkan. 
Berita itu dicanangkan ke luar negara terutamanya ke negara-negara umat Islam. Dunia 
Islam dimomokkan supaya membenci sultan. Institusi khalifah diburuk-burukkan sedikit 
demi sedikit melalui keburukan peribadi sultan.

(Bersambung ke Siri Kelima)

Di susun oleh: Umat Prihatin - 26.09.2002

  

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke