*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Kelima) 

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_umat_prihatin05.html

Di dalam negara Turki pula, Mustafa Kamal Ataturk mula membina ketokohannya di dalarn 
angkatan tentera. Pengaruhnya semakin luas dalam jangkamasa 10 tahun beliau mula 
merancang rampasan kuasa. Pada peringkat awal, Mustafa Kamal Ataturk mengelabui mata 
umat Islam dengan berpura-pura sembahyang, hidup beragama dan seolah-olah ingin 
berjihad. Beliau menentang Barat. Tetapi setelah mendapat kepercayaan rakyat, beliau 
mula melaksanakan perancangan jahatnya.

Perjuangan awalnya didasarkan kepada semangat nasionalisme. (macam parti ameno). 
Beliau menganggotai parti Watan yang bersifat revolusi dan liberal. Kemudian barulah 
beliau menyertai “The Young Turks” pada tahun 1908. The Young Turks ditubuhkan dengan 
bantuan dan biaya Freemason. Midhal Pasha, pengasasnya adalah Yahudi Dunnama. 
Beliaulah yang mula-mula terpengaruh dengan ajaran Revolusi Perancis. Oleh sebab 
itulah, slogan perjuangan adalah sama iaitu "Liberty, Equality and Fraternity". Selain 
daripada itu pengasas “The Young Turks” juga ialah Talaaf, juga seorang Yahudi. 
Apabila “The Young Turks” berada di bawah pimpinan seorang lagi Yahudi bernama Ibrahim 
Taimu, barulah dilancarkan serangan-serangan agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul 
Hamid Il.

Bagi Mustafa Kamal Ataturk pula, beliau aktif secara terang-terangan setelah 
pengaruhnya makin meluas. Dalam jangkamasa 10 tahun barulah beliau merancang rampasan 
kuasa. Dalam Perang Dunia I, beliau dikatakan berjaya memimpin angkatan tentera Turki 
mempertahankan wilayah Turki daripada serangan Eropah (Greece, Itali dan Peranchis). 
Namun hakikatnya, bukan begitu. Eropah berundur setelah Kamal Ataturk bersetuju dengan 
syarat syarat mereka. Antara syarat-syarat itu ialah:

1. Menghapuskan Khalifah Usmaniah. Usir khalifah dari Turki dan sita hartanya.
2. Turki mesti menghapuskan semua gerakan Islam, sufi dan sebarang kumpulan yang ada 
kaitan dengan Islam.
3. Turki mesti memutuskan hubungan dengan negara-negara Islam.
4. Turki mesti mengambil undang-undang Barat (moden) menggantikan perlembagaan Islam.

Tindakan Kamal Ataturk menyetujui perjanjian itu sangat memuaskan hati Barat. Sewaktu 
Cruzon, Menteri Luar Inggeris membentangkan soal Turki di Dewan Parlimen Inggeris, 
ramai perwakilan membangkang tindakan Inggeris yang begitu cepat mengiktiraf 
kemerdekaan Republik Turki yang menurut mereka ada kemungkinan menyatukan semula 
negara-negara umat Islam untuk menyerang Barat. Lantas Menteri Luar Negeri Inggeris 
itu menjawab dengan yakin.

"Kita sudah lenyapkan Turki dan selepas ini ia tidak akan muncul lagi, sebab kita 
telah memusnahkan dua kekuatannya iaitu Islam dan khalifah."

Dengan bantuan media massa yang didalangi oleh Yahudi, penyiaran berita mengenai 
keburukan Sultan Abdul Hamid bin Abdul Majid (1842-1918) dibesar-besarkan. Ini 
disebabkan walaupun Sultan Abdul Hamid seorang pemerintah yang lemah tetapi baginda 
sangat keras dan begitu membenci orang Yahudi. Senjata ampuh untuk mencerai-beraikan 
Empayar Usmaniyah dari luar dan dari dalam ialah nasionalisme (semangat kebangsaan). 
Yahudi telah menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Arab yang berada 
di negara-negara di bawah naungan Empayar Usmaniyah dan pada rakyat Turki sendiri. 
Dengan semangat nasionalisme itulah institusi kekhalifahan sultan dijatuhkan.

Sultan dicap sebagai pengkhianat bangsa kerana boros, jumud dan anti-kemajuan. Yahudi 
sedar jika kekhalifahan masih diterima oleh umat Islam, mereka akan bersatu walaupun 
mereka berasal dari berbagai-bagai bangsa. Kesatuan sejagat ini walaupun telah lemah 
tetapi mesti dihancurkan terus kerana ketika itu majoriti dunia Islam masih mengakui 
sultan sebagai khalifah bagi seluruh kaum Muslimin. Lord Balfour pernah menghantar 
kawat kepada Sharif Hussein dengan katanya:

"Sewaktu Barat telah memutuskan untuk menyokong Arab dalam perjuangannya untuk 
menghidupkan kembali Empayar Arab dan melenyapkan, segala usaha yang dibuat oleh Turki 
untuk memecah-belahkan bangsa Arab."

(Bersambung ke Siri Keenam)

Di susun oleh: Umat Prihatin - 27.09.2002


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke