*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduhai puteriku sayang 010

Aduhai puteriku sayang,
Aku sentiasa berdoa pada Allah , agar dalam diri tumbuh satu sifat atau
perasaan mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah. Mereka ini adalah
makluk Allah SWT. Taraf mereka adalah sama saja dengan kita. Menurut Allah
manusia semuanya sama. Yang membezakan kita ialah di segi taqwa. Memang
sudah menjadi sunatullah sehingga kehidupan di dunia ini harmoni, kerana
adanya kumpulan fakir miskin dengan kumpulan kaya. Jika semuanya kaya ,
siapakah yang akan menjadi buruh,nelayan dan sebagainya. Jadi seimbangnya
hukum Allah mengatur kelebihan dan kekurangannya. Oleh itu yang kaya
harusnya mengambil berat saudaranya yang miskin, seperti membayar gaji untuk
pekaerjaannya. Bila yang miskin merasa di hargai, maka akan berdoalah ia
untuk orang kaya itu dengan doa yang baik-baik. 

Aduhai puteriku sayang, 
Jangan menanyakan perkara yang tidak bermanfaat.Tingkah laku kau sebagai
seorang muslimah mencerminkan nilai-nilai luhur seorang yang beragama Islam.
Perkataannya yang baik adalah merupakan nilai-nilai ibadah. Tidak baik
bertutur akan menyinggung hati orang lain. Contohnya baru sahaja berkenalan
terus ditanya hal-hal peribadinya,hartanya dan sebagainya. Sebaiknya
berbuallah perkara yang berkaitan dengan keluarganya, seperti persekolahan
anak-anaknya. 

Aduahai sayangku,
Hendaklah kau didik diri mu agar menyatakan kebenaran walaupun pahit.
Rasulullah berwasiat kepada umatnya supaya berani mengatakan, menegakkan
kebenaran walaupun menghadapi berbagai rintangan. Gunakanlah bahasa yang
halus dan baik untuk tujuan itu tetapi memberi kesan dan tidak menyakitkan
hati. Janganlah kebenaran itu tukarkan dengan kebatilan lantaran kita tidak
mahu berhadapan dengan risiko,dan mementingkan diri sendiri. Di mana kita
berada kebenaran harus di tegakkan. Sebab kepahitan itu akhirnya akan
mendatangkan kemanisan untuk manfaat seluruh masyarakat.


Aduhai anaku sayang,
Selalulah kau mengucap kata-kata Hauqalah.Ucapan Hauqalah ialah : Yang
bermaksud, " Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah. Kerana
sesungguhnya " Orang muslim yang sejati, selalu mengucapkan kata-kata
tersebut ketika hendak melakukan suatu pekerjaan apapun,sekalipun dirinya
menjadi seorang raja, berkuasa, kaya dan sebagainya. Tiada kekuatan,
kekayaan, kekuasaan di dunia ini selain dari Allah. Janganlah manusia merasa
sombong dengan apa yang ada dengan dirinya. Demikianlah tujuh sikap hidup
yang di wasiatkan Rasulullah kepada umatnya untuk di jadikan panduan siang
hari dan cahaya di malam hari. Dengan berpegang kepada wasiat-wasiat
Rasulullah tersebut, Insya Allah setiap muslim akan sejahtera dalam
kehidupan ini dan membahagiakan pula kepada manusia lain. 


Aduhai puteriku sayang,
Untuk pengetahuanmu, antara tanda Allah sayang pada kita ialah Ia
mempercepatkan balasan-Nya di dunia lagi agar kita insaf dan dapat
memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar.Sebaliknya
tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan dibiarkan mereka bergelumang
dengan dosa dan maksiat dan mereka terus lalai dan lupa di dunia ini. 

Oleh sebab itu wahai anakku,
kita sepatutnya menerima segala kesusahan yang berlaku di dunia ini dengan
redho yang mungkin ia sebagai hukuman yang diturunkan Allah kerana kesalahan
dirinya,atau mungkin sebagai satu dari tanda kesayangan Allah.Adalah lebih
baik jika kita menerima hukuman atas kesalahan kita di dunia ini lagi agar
kita insaf dan berkesempatan bertaubat bertaubat kerana balasan di akhirat
adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat. 

Wahai anakku,
Jangan sekali-kali engkau mengeluh dan berdukacita bila Allah timpakan
kesusahan dan kepayahan di dunia ini. 


Aduhia permata hatiku,
Satu lagi tanda Allah sayang pada kita ialah Ia bukakan kunci hati dan
mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hati
kita waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalani ini,Ia jadikan hati kita
sihat sejahtera dan lidah kita bercakap benar dan perangai kita lurus,dan Ia
jadikan telinga kita dapat mendengar dan mata melihat. Kebesaran Allah. 
Kerana sesungguhnya wahai anakku sayang,
Apabila Allah kasihkan kita sebagai hamba-Nya Ia akan membuka hatikita
menjadikan ia cinta kepada Allah,kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang
teguh. 

Dengan itu kita akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam
dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,ria, ujub,
dendam marah dan sebagainya.Kesan dari ini kita akan bercakap benar
sahaja.Seterusnya kita akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami
keagungan Allah;telinga yang cintakan nasihat yang benar. 

Anakku tersayang,
Marilah kita memeriksa diri,apakah kita mempunyai tanda-tanda kesyangan
Allah ini 


Aduhai puteriku sayang,
Janganlah engkau memandang rendah atau kecil kerja kebajikan yang walaupun
mudah kerana kau sentiasa mengintai untuk melakukan kebajikan.Bandingan
kebajikan yang kecil ialah yang dibuat adalah seperti menuangkan air dalam
timba orang lain. atau memandang orang lain dengan senyuman juga menjadi
amal kebajikan. Juga janganlah engkau berpakaian yang melambangkan rasa
takabbur. Mestilah bersikap berlapang dada dan bersabar atas maki hamun dan
cercaan serta umpatan orang lain . 


Aduhai anakku sayang,
Jauhilah perkara yang haram. Kesanggupan menolak perkara yang haram
mencerminkan darjah keimanannya kepada Allah. Merasa mencukupi dan memada
dengan apa yang dikurniakan Allah setelah berusaha,menyebabkan kita berasaa
diri kita kaya. Janganlah kau memburu sesuatu yang melampaui batas
kemampuan. Berbaik dengan jiranmu kerana ia merupakan asas kepada kekukuhan
persaudaraan Islam dan membentuk kekuatan masyarakat Islam. Cintai lah
saudara seagama seperti menyintai dirimu sendiri. Janganlah kau melakukan
sesuatu yang buruk kepada orang lain sama seperti ia tidak mahu perkara
tersebut berlaku pada dirinya. Jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa
yang berlebihan akan mematikan hati.Serta jangan sentiasa mengingat
keseronokan dan hiburan sedangkan mati menunggu di hujung kehidupan.


Ke Laman Utama


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke