*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Al-Qalansuah alhamdulih Melayu akan bersatu . Harapan akan bersatu di bawah naungan Islam. perkara menarik yang dibincangkan ialah tutup kepala atau pun kuffiyah atau pun al-Qalansuah. Ustaz Nasaruddin pernah mnegajar saya di UM dahulu. Subjek usul tafsir. Menarik pengajarannya dan ketika itu berkufiyyah orangnya. saya amat terkejut dan terharu serta sedikit berbangga apabil Ustaz Nasaruddin dipilih sebagai Setiausaha Agung PAS. Memang Ustaz Nasaruddin ada talent orang ketika mengajar saya dahulu. Cuma yang ditimbulkan oleh 'Abu Bakar As-Siddiq' boleh dibincangkan . Kenapa perjumpaan UMNO-PAS baru-baru ni hilangnya qalansuah S/U Agung PAS. Bersuit hitam lagi. Mungkin ingin menampakkan 'class' di pandangan UMNO. tidaklah kolot sangat PAS itu. Tapi persoalannya UMNO mengajak untuk perpaduan melayu. Jatidiri (identiti) melayu yang manakah yang dipertahankan. Jika di lihat keliling kita, walau pun PAS tidak memperjuangkan melayu secara langsung namun secara tidak langsung PAS mempoertahankan jatidiri melayu itu. Contohnya tulisan JAWI. Pakaian rasmi berbaju melayu termasuk kufiyyah itu. Kalau dilihat sekarang , kedua-dua kini sukar untuk mepertahankan jatidiri melayu. Tempat pertemuan pun dipilihnya Hotel 'bukan melayu'. Rasanya banyak hotel melayu di KL ni. Kenapa Nikko yang dipilih. Inikah dinamakan keikhlasan? fikirkan wahai sekelian PBK (Pertubuhan Bukan Kerajaan). Satu klagi perkaran menarik fasala Qalansuah ni , teringat saya ketika Tuan Guru Abdul Hadi ke Iran untuk satu persidangan agama. Tuan Guru menanggalkan serbannya. Alasannya Mereka yang memakai serban dalam persidangan itu merupakan Ulama dunia yang diiktiraf sebagai perujuk semua mazhab. Mungkin Tuan memikirkan dirinya masih tidak layak. Jadi jika tuan Guru menanggalakan serbannya di dlama persidangan tersebut, apakah Ustaz Nasaruddin Menanggalkan kuffiyahnya di dalam pertemuan dengan UMNO tempoh hari dengan alasan demikian. Adakah Ustaz Dusuki lebih diiktiraf sebagai Ulama Melayu? Cuma sekadar kemusykilan yang harus difikirkan bersama Matin ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Kusaini Sharif <[EMAIL PROTECTED]>