*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Saya kira Ali Rustam sebenarnya menyindir Mahathir kot sebab bukankah Mahathir dulu yang melarikan diri keluar negara dan bertindak memburuk-burukkan pemimpin kerajaan suatu ketika dahulu? Adakah ini bermakna Ali Rustam juga menyindir Umno kini kerana merelakan perbuatan tidak bertanggungjawab Mahathir dulu? >>Ketua Menteri berkata, pembangkang tidak mempunyai sebarang isu untuk diketengahkan, >>kecuali isu berkaitan masjid dan kuil serta gejala rasuah dalam Umno. Nampaknya Ali Rustam dah tahu point yang akan digunakan pembangkang. Adakah ini kerana isu masjid dan kuil memang timbul di Lunas? Dan adakah kerana gejala rasuah memang sudah jadi 'trademark' dan terkenal dalam umno??? Mengaku jugak si Ali Rustam akan gejala rasuah dalam umno... Berita Nasional: Rela perbuatan burukkan pemimpin jika undi pembangkang 22 November 2000 MELAKA, Selasa - Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam yakin pengundi akan menolak calon Keadilan Nasional (Keadilan), Saifudin Nasution, dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, pada 29 November ini. Ini adalah kerana orang ramai masih tentu ingat bagaimana Saifudin dan beberapa rakannya yang lain, melarikan diri ke luar negara dan bertindak memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dari sana. Katanya, jika pengundi Lunas memilih calon Keadilan, ini bermakna mereka merelakan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, sekali gus memudahkan lagi negara ini dijajah semula oleh kuasa Barat. Beliau berkata, kesan daripada tindakan Saifudin dan beberapa pemimpin pembangkang lain, masih lagi dirasai apabila beberapa kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat terus menekan negara ini melalui ekonomi. "Oleh itu, pengundi di DUN Lunas hendaklah menggunakan kesempatan ini untuk terus menunjukkan sokongan kepada kerajaan sedia ada dengan menolak Saifudin," katanya ketika mengulas tindakan pakatan pembangkang meletakkan Saifudin bagi menentang calon Barisan Nasional (BN), S Anthonysamy. Menurut Mohd Ali, beliau bersimpati dengan nasib DAP yang gagal meletakkan calon mereka di Lunas dan sudah tentu ada penyokong DAP kecewa dengan pemilihan Saifudin. Katanya, sebelum ini Keadilan sudah diberi peluang meletakkan calonnya, Roslan Kassim bertanding di DUN Teluk Kemang tempoh hari, tetapi tewas kepada calon BN. Serentak itu, beliau menasihatkan semua penyokong DAP supaya memilih calon BN dalam pilihan raya kecil sekali gus membolehkan kerajaan BN terus melaksanakan program pembangunan di situ. Ketua Menteri berkata, pembangkang tidak mempunyai sebarang isu untuk diketengahkan, kecuali isu berkaitan masjid dan kuil serta gejala rasuah dalam Umno. "Saya percaya isu kuil dan masjid ini akan digunakan oleh Pas untuk memburuk-burukkan kerajaan. "Oleh itu, saya berharap pengundi Melayu bukan saja tidak akan terkeliru dengan segala dakyah Pas, malah turut menolak kehadiran beberapa pemimpin parti pembangkang lain di situ," katanya. http://www.bharian.com.my/z/Current_News/BH/Wednesday/National/2000112122455 0 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>