Assalamualaikum

 

Pada netter yang dihormati.

Saya berharap pada yang arif atau pada yg boleh membantu dapat memberi sedikit buah fikiran untuk hal dibawah .  Saya sendiri agak buntu buat masa ini.

 

Kes bermula bila Kak Mas (staf kerajaan) memohon loan sebanyak RM10,000  untuk belajar di U dari sebuah koperasi di Kedah pada tahun 1996.  Malangnya atas sebab tekanan dll termasuklah masalah kewangan, beliau terpaksa berhenti belajar.

 

Tahun 2001- Jun, beliau telah dapati gaji beliau melalui Biro Angkasa telah dipotong untuk dibayar kepada koperasi.  Bayangkan seorang wanita yang memang setiap bulan mengira berasa sen duit dalam tangan terpaksa dipotong gaji!

 

Beliau telah dimaklumkan bahawa potongan tsbt adalah untuk bayaran loan yang beliau telah mohon sebelum ini.  Gaji beliau dipotong sekarang kerana ‘beliau’ telah menghantar surat supaya potongan gaji itu ditangguhkan sehingga thn 2001, atas sebab itulah baru sekarang potongan bermula.

 

Beliau tidak pernah menerima sebarang  cek dari pihak Koperasi dalam tempoh tersebut.  Semakan dibuat dan telah jelas dan nyata cek dihantar dan telahpun ditunaikan pada thn 1996.  Cek itu dari bank dicawangan Kedah dan dihantar ke Caw. Daerah selangor – out station cheque.  Cek tersebut dibank-in pada 2 Mei dan clear pada 3 Mei.  Cek itu atas nama beliau(Kak Mas) dan crossed cheque.

 

Laporan polis telah dibuat.  Pejabat bank memberi copy salinan cek yg telah ditunaikan.  Didapati wang tersebut telah dimasukkan kedalam akaun Kak Mas sendiri sedangkan dia Yakin, Pasti dia tidak pernah menerima cek tsbt.

 

Baru-baru ini beliau baru terjumpa slip penerimaan cek tersebut sersama-sama dengan dokumen pribadi beliau.  Menurut koperasi, cek itu telah dihantar kealamat tempat dia bekerja dan kemungkinan pihak pejabat telah telefon kerumah dan seseorang dari rumah beliau telah datang , mengambil cek tersebut.

 

Dalam hal ini, saya ingin menyelamatkan Kak Mas ini dari keadaan yang tak wajar ini…terpaksa bayar itu dan ini dan mungkin koperasi boleh mendakwa dia kembali atas tuduhan cuba menipu.   

Jika tuan/puan dalam keadaan dia sekarang..apakah yg tuan/puan akan buat ?

 

Saya berharap untuk mendapat pendapat yang sihat kerana saya sendiri kusut mengenai hal ini.  Kak Mas sedang sakit sekarang.  Jika tuan perlu emel personal kpd saya, tolong emel kpd :  [EMAIL PROTECTED]

 

Sebelum ini ramai yg memberi bantuan pada kes kak Mas terdahulu dan maaf pada yg emel pada saya personally sebab saya tak boleh baca( tak ada content). Kalau tuan/puan share dgn netter lain, baru saya boleh baca.  Sayapun tak faham kenapa. W/bagaimanapun, terimakasih pada anda yg sudi membaca emel ini.



Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards®

Kirim email ke