Assalamualaikum, >Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: >"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada >sangkakala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah >an-Naba':18 > >Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air >mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, >perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan >berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka >sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :- > >BARISAN PERTAMA >Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini >dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: >"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati >jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah >neraka..." > >BARISAN KEDUA >Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah >Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya >meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka >adalah neraka..." > >BARISAN KETIGA >Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala >jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah >balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > >BARISAN KEEMPAT >Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air >pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta >di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah >neraka..." > >BARISAN KELIMA >Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. >Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu >ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang >menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak >pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali >mereka adalah neraka..." > >BARISAN KEENAM >Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka >adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat >kembali mereka adalah neraka..." > >BARISAN KETUJUH >Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir >keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi >kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali >mereka adalah neraka..." > >BARISAN KELAPAN >Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki >ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan >tempat kembali mereka adalah neraka..." > >BARISAN KESEMBILAN >Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara >dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang >makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah >balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > >BARISAN KESEPULUH >Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka >penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka >kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka >adalah neraka..." > >BARISAN KESEBELAS >Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta >mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir >mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke >perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum >arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > >BARISAN KEDUA BELAS >Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan >purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara >dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang >beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, >mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka >sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah >syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha >Pengasih..." > >Wassalam __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum, Salam perkenalan kali ke-2 buat para netters semua. Saya asalnya nama (samaran) Jack Joe. Baru semalam pi ke pejabat pendaftaran (siber punyalah) tukar nama yang lebih elok kepada 'Salam Sejahtera'. 'Salam Sejahtera' lebih elok sikit bunyinya dari Jack Joe itu- lebih menampakkan ciri-ciri keIslaman dan menyejukkan hati kerana para netters akan di'salam' dan di'sejahtera'kan setiap kali saya hantar mesej ke Hizbi.net. Wassalam. Mati itu Pasti. Tegakkan Solat Sebelum Terlambat _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. Share information about yourself, create your own public profile at http://profiles.msn.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>