*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kehebatan Mahathir tidak akan dapat mengatasi
kekuasaan Allah.


BSKL, UTUSAN DAN PAS

Hari ini 26hb Jun 2000, urusniaga Pasaran Saham Kuala
Lumpur digantung! Sistemnya dan bahagian teknologi
maklumatnya dikatakan gagal untuk berfungsi semenjak
awal pagi. Kenyataan hanya akan dapat dikeluarkan jam
1.00 petang ini. Saham Apex Healthcare Bhd yang
sepatutnya disenaraikan hari in terjejas.

BSKL telah mula merudum semenjak beberapa minggu yang
lalu Dengan kejatuhan yang berturut-turut itu rupanya
adalah petanda bagi satu "keruntuhan" total pagi ini.
Tiada siapa yang menyedarinya.

Bagi mereka yang beriman, tentulah kita dengan spontan
menyatakan: demikian hebatnya kekuasaan Allah bagi
menjawab berita utama Utusan Malaysia hari ini yang
menyatakan bahawa Kerajaan berhak untuk tidak membayar
wang royalti kepada Kerajaanj Negeri Terengganu yang
berjumlah RM810juta.

Mereka cuba untuk mempermain-mainkan sebuah kerajaan
yang dipilih oleh rakyat secara sah. Mereka cuba
melakukan sesuatu agar negeri Terengganu merasakan
kepayahan. Mereka cuba melakukan segala sekatan dan
rintangan agar Kerajaan Terengganu tidak berupaya
mentadbir negeri.

Tidak cukup dengan melambat-lambatkan pemberian geran
yang WAJIB dilakukan oleh Kerajaan Pusat oleh
Kementerian Kewangan kepada Negeri Terengganu, kini
mencari dalih dan helah untuk tidak membuat pembayaran
royalti minyak kepada negeri itu.

Semenjak dari dulu lagi, semenjak PAS berjaya
memerintah Kelantaan, Kerajaan Pusat telah melakukan
segala bentuk penindasan yang tidak wajar dan tidak
sah.

Sekarang jawapannya telah tiba. Bahawa segala kekayaan
dan hasil mahsul negara adalah milik Allah s.w.t. dan
BSKL yang merupakan tunggak ekonomi negara akhirnya
padam tiba-tiba.

Media seperti Utusan Malaysia adalah diantara yang
akan menerima akibat kerugian yang besar dari
keruntuhan BSKL ini. Ia adalah sebagai jawapan lansung
daripada Allah s.w.t. terhadap apa yang mereka
nyatakan di berita utama hari ini. Dan kita penuh
yakin bahawa Utusan Malaysia akan terus bangkrap jika
masih terus melakukan penganiayaan terhadap
negeri-negeri yang diperintah oleh Parti Islam
SeMalaysia.

Sewaktu UMNO di dalam perhimpunannya dua sessi yang
lalu, bekas Ketua Wanitanya, Dr. Siti Zaharah Sulaiman
menegur Petronas kerana menggunakan lambang yang
seiras PAS (gambar). Akhirnya Petronas terpaksa
membelanjakan wang berjumlah tidak kurang dari
RM40juta untuk menukar kembali logonya.

Apa kesudahannya? Sessunggunya Allah itu Maha Kaya,
PAS tidak lagi memperolehi "iklan percuma" dari
petronas. Tetapi PAS dianugerahkan negeri di mana
Petronas mencipta kekayaannya. Terengganu akhirnya
jatuh ke tangan PAS dan Siti Zaharah tercampak dari
kerusi Ketua Wanitanya.

Kini Utusan pula yang cuba bermain api. Kita tunggu
jawapan dari langit. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
dan Allah akan membalas apa juga kejahatan yang mereka
lakukan walaupun seberat sebutir zarah.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke