*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

 Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/
- http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/


TAG 855: Bagaimana Malaysia Menjadi Negara Islam Pengganas
Oleh Harun Rashid

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_tag855.html

Anwar Ibrahim telah dipecat kerana ia menentang penggunaan wang rakyat bagi menolong 
kroni politik dan
peribadi Mahathir dan Daim Zainudin. Untuk menghentikan Anwar daripada merosakkan 
Umno, yang setiap hari beliau lakukan dengan menceritakan perompakan dalaman dan 
pengamalan rasuah kepada ribuan pengunjung yang bertambah besar, UMNO telah 
mengarahkan skuad pembunuh UTK menceroboh rumahnya dengan bersenjata lengkap dan 
mengancam.

Anwar bijak untuk tidak menentang, tidak juga ia meninggalkan sorotan lampu dan kamera 
para pemberita antarabangsa. Akhirnya polis telah terpaksa menangkapnya hidup-hidup. 
Jadi bermulalah perjalanan ke arah kegelapan, kepada Anwar dan keluarganya dan juga 
kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Anwar telah ditahan tanpa waran, tuduhan juga tidak dikenakan selepas itu. Perbicaraan 
tak mungkin dilakukan kerana ia hanya akan menyediakan pentas baginya mendedahkan 
lebih banyak lagi kegiatan jenayah Regim Mahathir. Sebagai seorang Menteri Kewangan, 
Anwar mengetahui dengan lengkap nama, tarikh dan jumlah setiap jenayah itu. Ini 
merupakan ancaman yang besar, untuk itu beliau telah ditahan secara ketat berseorangan 
selama 6 bulan, masa yang diambil bagi membina kes berasas perakuan fitnah Umi Hafilda 
yang direkacipta ke atasnya melalui Khalid Jafri.

Strategis UMNO, paksi kejahatan (konspirasi) sekiranya ada, berkeputusan bahawa 
tuduhan liwat ke atas Anwar boleh dikenakan, dan segala tuduhan fitnah itu mudah 
direka-ciptakan bahan buktinya untuk disabitkan kesalahannya. Bagaimana caranya untuk 
menahan Anwar secara sah sehingga pertunjukan wayang kulit itu bersedia? Anwar 
tidakpun melakukan kesalahan jenayah bagi membolehkan ia ditahan. Dia juga secara 
perundangan berhak untuk dijamin. Jaminan mahkamah tidak mungkin dibenarkan. Alasannya 
begitu jelas sekali. (Penterjemah-Nak mampoiih...!)

Inilah ketikanya senjata lama itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA, disepuhkan dan 
ditunggang untuk tugasan. Ia adalah kuda perang kuno, menjadi pergantungan bagi 
Penindas bilamana perlu ketika krisis politik (bermaksud apabila cabaran pembangkang 
menyengat). Ini adalah senjata keji yang membolehkan penahanan tanpa had, tidak boleh 
berhubungan dengan peguam, atau lawatan yang membolehkan mereka diwakili dalam 
pembelaan yang sempurna. MENTERI DALAM NEGERI (Mahathir dan Abdullah) mesti 
menandatangani arahan penahanan. Mahathir dengan cermat memilih Menteri Dalam Negeri 
yang baru. Hanya apabila ia telah merasa selamat bagi meletakkan jawatan itu. 
Sebenarnya Mahathirlah yang memegang kunci kuasa Menteri Kewangan dan Menteri Dalam 
Negeri; sebarang penonjolan watak sebaliknya adalah penyamaran semata-mata. Abdullah 
Badawi, walau bagaimana kecoh dan hebat penampilannya, hanyalah budak suruhan kepada 
Mahathir saja.

ISA membenarkan Anwar ditahan sehingga perbicaraan itu dapat dipentaskan. Akhirnya ia 
dipentaskan, mendatangkan kejijikan/kemualan kepada semua pemerhati. Keseluruhan 
perbicaraan telah mengharamkan semua keistimewaan peruntukan undang-undang, pihak 
pendakwa dan Hakim tetap dengan konspirasi mereka bagi mensabitkan seorang yang tidak 
bersalah. Apabila setiap rekacipta bagi membuktikan tuduhan itu gagal, ianya 
digugurkan bagi memberi laluan untuk tuduhan baru pula, yang disokong oleh testimoni 
dua orang anggota polis haprak, kerja kotor mereka dalam merosakkan maruah Malaysia 
akan dikenang selamanya.

ISA tidak boleh berkuatkuasa melainkan ada berlakunya kecemasan dalam negara, dan 
tidak berlakupun kecemasan dalam negara itu dalam erti kata yang sebenar melainkan 
ancaman untuk mendedahkan segala konspirasi jenayah yang terjadi (masih terjadi). 
Kerajaan membuat keputusan, dalam kebodohan yang tiada hentinya, untuk merancang suatu 
penipuan besar, satu kumpulan atlet seni pertahankan diri dikatakan berniat mencuri 
senjata di dua buah kem Tentera Malaysia, dan dengan peralatan senjata itu akan 
menyerang dan menyingkirkan ‘gang’ UMNO di Kuala Lumpur.

Insiden itu terlalu mengarut untuk dipercayai, walau sehingga hari ini, namun kerajaan 
masih terus mencipta pembohongan demi pembohongan, sepertimana mereka sanggup membunuh 
dua orang rakyat sendiri yang saling bertindihan di dalam lubang, dalam percubaan 
untuk menjadikan pembohongan itu logik dan diterima.( Dakwa mereka - Mana ada 
sandiwara sampai membunuh!) Sandiwara Sauk itu memerlukan watak yang ramai, 
berbulan-bulan masa diambil bagi kerja asas dan penyusupan, untuk membuatkan ia layak 
dipercayai. ‘Kambing hitam’ malang yang berupa Pegawai SB keturunan India dan seorang 
Renjer muda dari Malaysia Timur, telah dipilih secara rahsia dan dihantar untuk 
dikorbankan, menggunakan peluru UTK yang ditembak antara kedua belah mata. (Abdullah 
berbohong mengatakan kaki si mati hancur ditembak oleh anggota Al Maunah yang kejam 
dan zalim. Mana ada eh!…penipu juga cucu ulamak itu rupanya. Laporan autopsi yang 
diperolehi menunjukkan si mati ditembak antara dua biji mata, kerja UTKlah t!
u!!- Penterjemah)

Semuanya serba tidak kena dengan pembohongan itu, dan rakyat awam tidak boleh 
diyakinkan dengan cerita merapu itu melainkan ia semakin menyerlahkan betapa kerajaan 
ini mampu berbuat konspirasi yang amat menjijikkan dan juga kezaliman yang berterusan. 
Menteri Pertahanan Najib, Raja Pasembor Norian Mai bertindak selaku ejen berita rasmi, 
menghebahkan senarai harian pembohongan baru, anggota polis dan angkatan tentera yang 
bertugas telah dengan cermat menghadkan jarak para wartawan dan jurugambar sekurang- 
kurangnya 50 meter dari tapak kejadian supaya kebenaran tidak terbongkar. Senario 
keriuhan di kalangan penduduk kampong, mudah mempercayai apa sahaja yang disiarkan TV, 
sudah disyaki dari awal lagi, bagi akal yang lemah sekalipun tidak boleh dibohongi 
untuk satu tempoh yang lama. Bagi kerajaan pula, ianya satu lagi kesilapan yang 
memalukan. (Kehadiran ribuan anggota keselamatan lebih kepada menghalang rakyat awam 
daripada masuk untuk mengetahui cerita sebenar bukannya menghal!
ang ‘jenayah’ pengganas dari merebak. Sekiranya punya masa lapang, sila lawati tempat 
kejadian. Nak tergelak den….heheeh atau ulangbaca Sandiwara Sauk (dibuka dalam browser 
berasingan) - Penterjemah)

Anggota-anggota Al-Maunah telah dinafikan pertemuan dengan akhbar dan peguam. Para 
Pendakwa begitu sibuk di Pejabat Peguam Negara untuk menyusun satu lagi Mahkamah 
Kangaroo. (Kes berlaku dalam daerah Kuala Kangsar yang sepatutnya dibicarakan di situ, 
tetapi pertuduhan tak-masuk-akal - 'melawan Yang DiPertuan Agong' dijadikan alasan 
bagi membolehkan kes dipindahkan ke Kuala Lumpur. Agar jauh daripada mata-mata yang 
melihat, telinga-telinga yang mendengar serta hidung-hidung yang menghidu...- 
Penyunting). Para tertuduh telah dibariskan di depan Mahkamah dalam satu lagi 
pertunjukan Penghakiman korup, barisan pendakwa yang sama melakukan peng’kasi’an 
terhadap kebenaran dan keadilan. Apabila keputusan perbicaraan berniat jahat itu 
dikenakan, Malaysia secara rasmi menjadi sarang pengganas, walaupun terma itu harus 
menunggu kejadian 911 dan deklarasi peperangan yang rasmi dari Presiden Bush. Mahathir 
di Malaysia begitu beria-ia untuk menyertainya, kerana insiden itu seolah-olah men!
gembalikan kredibiliti untuknya yang sudah berada dalam bakul sampah.

Regim Mahathir mempertahankan ISA, membesar-besarkan insiden Al-Maunah sebagai bukti 
dan justifikasi betapa ancaman dalam negara benar-benar wujud. Walaupun ianya begitu 
jelas dalam negara betapa insiden itu rekaan semata-mata dan hanya pementasan 
sandiwara, Regim itu tanpa perasaan malu dan dengan rempangnya telah menuntut hukuman 
mati bagi yang tertuduh yang tidak bersalah itu. Untuk alasan yang difahami oleh semua 
orang, para peguam pembela yang dilantik Mahkamah dan dibiaya pula oleh kerajaan 
membiarkan sahaja perlakuan itu tanpa dicabar. Biarkan Majlis Peguam Malaysia bergelut 
dengan kereputan yang menghakis integriti mereka.

ISA kemudiannya digunakan untuk menangkap pemimpin pembangkang, terutamanya 
pemimpin-pemimpin muda, menekan Parti Keadilan, parti pembangkang Utama, kepimpinan 
dan juga calon pilihanraya mereka. Regim Mahathir tidak sanggup melihat kes ini dengan 
ertikata sebenarnya, walau Mahkamah telah mengisytiharkan betapa penahanan mereka 
tanpa alasan yang kukuh dan berniat jahat. Kehaprakan ini telah menyerlahkan siapa 
Abdullah Badawi yang sebenarnya, insan ‘bersih’ yang telah menandatangani kertas 
celaka yang membenarkan penahanan tanpa tuduhan, pembicaraan dan juga pembelaan.

ISA juga kemudiannya digunakan untuk menahan ahli-ahli parti pembangkang lain, 
termasuk anak Nik Aziz Menteri Besar Kelantan, sebuah negeri Pantai Timur yang 
diperintah oleh PAS. Regim haprak Mahathir kemudiannya mengumumkan betapa mereka itu 
pernah ke Afghanistan, mengaitkan mereka dengan kejadian terbaru di sana, menuduh 
mereka punya hubungan dengan kerajaan Taliban dan Al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden.

Penahanan mereka itu sebenarnya dilakukan sebagai membodek Amerika Syarikat, akan 
tetapi ianya jelas bagi semua orang betapa pemergian mereka pada awal tahun 90-an 
adalah sebelum wujudnya Taliban lagi!! Peperangan ketika itu adalah bagi menentang 
pencerobohan haram Russia, penentangan itu disokong dan dibiaya pula oleh Agensi 
Perisikan Pusat CIA Amerika Syarikat. Jelas tiada hubungan antara mangsa tahanan ISA 
dengan Taliban, yang memberi perlindungan kepada Osama dan Al-Qaeda pimpinannya. 
(Bukankah kerajaan Malaysia juga ada menganjur bantuan dan sukarelawan ke sana melalui 
Umno? Sepatutnya para tahanan itu dianugerah bintang dan kepujian atas semangat 
keberanian dan KeIslaman yang unggul dan tinggi. Di Malaysia Boleh, bintang dan 
gelaran diberi kepada kumpulan penyangak dan perompak wang rakyat. Lagi tinggi 
gelaran, lagi haprak mereka itu- Penterjemah)

Ianya hanyalah satu lagi pembohongan besar, yang menyumbang kepada siri pembohongan 
betapa Malaysia mempunyai pengganas, dan ‘tahanan yang tidak bersalah’ itu adalah 
pengganas yang mengancam Malaysia, Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Kesannya, 
tingkah-laku Mahathir dan USA, menahan warga tanpa tuduhan rasmi, mencelarukan 
pemikiran orang awam, antara ISA dan USA, kedua-duanya mewakili kegagalan tamadun 
Barat dalam melindungi Hak Asasi dan kebebasan Individu. “Apa beza ISA dan USA?” orang 
bertanya. Huruf U dan I boleh saling bertukar, memang kelihatannya begitu.

Sekarang bermula ironinya, Raja Kelentong Mahathir setiap hari menegaskan betapa 
Malaysia adalah sebuah Negara Islam dalam usahanya menarik undi orang Melayu, yang 
hampir kesemuanya adalah penganut Agama Islam. Walaupun begitu Malaysia adalah sebuah 
negara sekular dengan Perlembagaan yang jelas mengesahkannya. Islam lebih-lebih lagi 
amat melarang umatnya daripada berbohong dan melakukan pencurian. Dalam Islam tiada 
toleransi bagi kecurangan terhadap amanah awam, atau apa sahaja penipuan politik, dan 
menekan akan peri pentingnya ketelitian dan pengabdian dalam memberi khidmat kepada 
masyarakat. UMNO tidak mempamerkan langsung ciri-ciri mulia itu. Orang-orang Islam 
memberontak atas sifat keji dan memalukan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno.

Negara Barat (terutamanya Amerika) telah mempercayai pembohongan itu (atau 
berpura-pura) akan terdapatnya pengganas di Malaysia. Sebagai reaksinya, pasport 
Malaysia menjadi mangsa yang dicurigai. Pasport elektronik baru, yang digemburkan 
sebagai kemudahan zaman akan datang, kini menjadi ‘hampeh’ laksana burung dodo. 
Penciptanya, syarikat Iris Sendirian Berhad, mengaut untungnya dari penglibatan 
peribadi Mahathir. Ianya tidak kesampaian kini, Mahathir, sebagai Raja Kelentong 
terhebat, gagal juga mengenengahkan ide pasport elektronik, dengan mesin pengimbas-e 
nya yang mahal, menjadikan pembeli saham awam berhati- hati atas syarikat itu.

Tiada negara yang sanggup menerima-pakai pasport-e Malaysia yang tidak mempunyai tanda 
cop nyata bagi mengesahkan rekod perjalanan. Visa pelajar ke Kanada dan Amerika 
Syarikat telah ditamatkan, pelancong dari Malaysia telah ditahan bagi soal-siasat 
khas, dan syarat baru dikenakan bagi melengahkan perjalanan pelawat dari Malaysia, 
sama ada ianya lawatan pelancong, perniagaan ataupun berkaitan persekolahan. Si haprak 
Mahathir telah berjaya meyakinkan Malaysia sebagai negara pengganas di mata dunia, dan 
ia berterusan berkelentong betapa inilah yang perlu dibayar oleh setiap rakyat 
Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Dia tak mungkin terbayang betapa bongok dan 
tolol dirinya dipandang orang tatkala ia mengucapkan kelentongan itu. Dia telahpun 
melepasi tarikh lupusnya, dan tidak boleh berbohong dengan lagu yang lama. Ini adalah 
masanya untuk beredar. (dan berambus pergi -Penterjemah) Apabila persembahan sudah 
tamat, tidak berguna lagi bagi pelakon sepertinya untuk terus berpaut !
kepada tirai yang sedang dilabuhkan. (Berapa kali mahu nangis daaaa- Penterjemah)

Para strategis Malaysia mereka-cerita betapa pengebom 911 ada singgah ke Malaysia, dan 
tuduhan itu diperkuatkan dengan bukti rakaman video perjumpaan mereka yang disediakan 
oleh siapa lagi jika bukan PDrM (anak buah Raja Pasembor)!!!. Mahathir sebenarnya 
terdesak untuk dilihat jujur dalam pegangan anti- pengganasnya, akan tetapi seorang 
saksi penting dalam perbicaraan Zacarias Moussaoui, Yazid Sufaat, telah disembunyikan 
daripada pihak pendakwa Amerika. Alasannya begitu jelas sekali, Yazid sememangnya 
tidak bersalah, dan sekiranya Amerika Syarikat mengetahuinya, lalu membuat kesimpulan 
betapa keseluruhan episod itu adalah direka-reka, hanya sebuah lagi cubaan menipu demi 
membodek Bush di Amerika. Lebih mendatangkan kehaprakan, Singapura pula telah mengikut 
skrip pembohongan Malaysia.

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membeli pesawat pejuang Amerika F-18F Superhornet, 
akan tetapi jika diambil-kira perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini pembelian itu 
kemungkinan besarnya akan gagal. Sekiranya pun pembelian itu berjaya, bekalan alat 
ganti dan persenjataan tentu akan dilengah-lengahkan, sepertimana kerumitan yang 
pernah dialami oleh Indonesia semasa pembelian pesawat F-16 dahulu. Mahathir menentang 
penguasaan ekonomi Barat ke atas Asia, menolak bantuan IMF dan prasyaratnya, akan 
tetapi ia sanggup, jikapun tidak galak (meghela) untuk bergantung kepada teknologi 
ketenteraan Barat. Ia mungkin punya alasan untuk menyesali keputusan pembelian pesawat 
itu, kerana secara tidak langsung ia menampakkan betapa kerdilnya Mahathir yang 
akhirnya terpaksa duduk di bawah pengaruh kuasa barat juga!

Jadi apakah sebenarnya yang berlaku? Ringkasnya begini. Mahathir selama ini telah 
memperbodohkan dirinya sendiri bagi menutup rompakan ke atas khazanah Awam dan UMNO 
yang dilakukannya bersama Daim Zainudin. Musibat ini mendapat jawatan secara kaedah 
penipuan, mempertahankan kedudukannya secara pengamalan rasuah dan merosakkan 
institusi awam. Bedebah Mahathir bersama Daim yang diam itu telah menyonglap licin 
tabung kewangan Negeri, Persekutuan dan UMNO, tidak memberi akaun penyata untung rugi 
kepada sesiapapun selama 20 tahun mereka bersubahat. Pendaftar Pertubuhan mewajibkan 
penyata kira-kira tahunan setiap persatuan, akan tetapi parti Umno tidak pernahpun 
menyerahkan laporan kewangannya sepanjang kewujudannya. UMNO sudahpun haram dan tidak 
sah secara perundangan dari kesalahan pertama itu yang dilakukan lama dahulu, akan 
tetapi tiada aduan yang dibuat. Mahathir dan Daim mungkin boleh menjawabnya.

KWSP, Tabung Khazanah, Tabung Haji, Petronas, Telekom, MAS dan Tenaga Nasional 
kesemuanya telah dirompak dengan serius, sebaik sahaja orang awam menyedarinya. Banyak 
lagi penipuan lain sebenarnya. Mahathir sebagai Perdana Menteri secara sengaja 
membutakan diri terhadap pengamalan haprak itu, keterukan akan menjadi pengetahuan 
umum tak lama lagi. Harapan Mahathir adalah supaya hari dahsyat itu dapat dilengahkan 
selamanya. Itu adalah pengharapan palsu, sebagaimana yang ditunjukkan oleh kejatuhan 
harian pasaran saham.( Ekonomi negara sudah terlalu gawat, sila perhatikan ucapan MP 
Kemaman susulan dari bentangan Belanjawan- Penterjemah)

Anwar Ibrahim mengetahui secara terperinci urusniaga rompakan wang rakyat itu, ia 
tidak takut dan bersedia untuk menghebahkannya kepada umum. Lantaran itu ia perlu 
dikurung dengan kawalan ketat. Sekiranya Mahathir masih mempunyai saki-baki buah zakar 
perwarisan pariahnya, ia akan membebaskan Anwar dan mencabar beliau. Sekiranya 
Mahathir tidak mampu melakukannya, ia akan digantikan oleh seorang yang sanggup, dan 
ianya pasti bukan Abdullah, (Badawi penjaga hal-ehwal babi Malaysia) - akhirnya 
terbukti ia bukanlah seorang yang bersih sangatpun.

Terjemahan oleh SPAR (suntingan M@RHAEN) - 05.10.2002



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke