*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
......Sambungan daripada muqaddimah......

   ii) Adalah banyak lagi hadis yang menceritakan
tentang Huzaifah al-Yamani.Salah satunya lagi hadis
yang diriwayatkan daripada Huzaifah ialah menceritakan
tentang sahabat Huzaifah daripada negeri Yaman yang
tak pernah tengok Nabi s.a.w..Ceritanya bermula bila
Huzaifah balik ke Yaman dan bertemu dengan sahabat
ini.Kemudian sahabat tu pun tanya kat
Huzaifah,"Rasulullah tu macamana orangnya,ya
Huzaifah?" Lalu Huzaifah pun ceritalah perihal Nabi
s.a.w. kepada sahabatnya itu.Kemudian setelah
mendengar cerita Huzaifah itu,sahabatnya yang belum
pernah tengok Rasulullah tu pun berkata,"Alangkah
seronoknya kalau aku boleh hidup disamping Nabi s.a.w.
sepertimana engkau,wahai Huzaifah.Aku ingin sekali
berperang bersama-sama dengan Rasulullah dan aku ingin
menjadi orang yang paling kanan kepadanya." Bila
Huzaifah dengaq saja sahabatnya tu kata begitu,dia
kata pada sahabatnya itu,"Betoi ka hang nak buat
macamana hang kata sekiranya hang boleh hidup dengan
Nabi s.a.w.?" Lalu jawab sahabat itu,"Eh ! sudah
tentulah." Maka kata Huzaifah,"Dak kot.Hang boleh lah
cakap macam tu,pasai hang tak pernah duduk dengan Nabi
s.a.w..Ni dia,aku ni yang pernah hidup dengan Nabi
s.a.w..Mai aku nak cerita satu kejadian yang kami
selama duduk dengan Nabi,kejadian itu betoi-betoi buat
kami jadi takut.Yakni malam sebelum nak berlakunya
Perang Ahzab.Pada malam tu pulak,ditakdirkan
ALLAH,datang satu taufan besar yang menerbangkan
pasir-pasir hingga nak bukak mata pun tak boleh dan
cuacanya amat sejuk pula.Dalam keadaan di luar khemah
sebegitu,Nabi pula berkata,"Siapakah diantara kamu
sahabat yang ramai-ramai ni,yang boleh keluar daripada
khemah kita dan pergi ke khemah musuh,dan mengambil
berita tentang kedudukan pihak musuh,dan bawa balik
mai dekat aku.Sapa boleh buat kerja macam tu?
Sapa-sapa yang boleh buat macam tu,sesungguhnya ALLAH
SWT akan letakkannya di sebelah aku di hari akhirat
kelak."
[ Ini merupakan satu offer yang cukup besar daripada
Rasulullah s.a.w. ]
      Kemudian kata Huzaifah lagi,"Hang tau kan,di
negeri Yaman ni,aku sapa? Akulah penyamun tengah
jalan.Sebelum aku masuk Islam,sebut saja nama Huzaifah
al-Yamani,semua orang kecut perut.Hang kan kenai
aku,tak dak benda yang aku takut melainkan hanya ALLAH
SWT.Kalau dengan orang ni,mai lah lagu mana punya
besaq sekali pun,aku tak takut.Tapi pada malam yang
jadinya Perang Ahzab tu,dengan ribut pasir di luarnya
serta sejuk pulak cuacanya; kemudian Nabi suruh pulak
keluar pi ambil berita musuh,maka aku jadi takut
ketika itu.Bukan kata aku saja yang ada pada malam
itu; Saiyyidina Umar Al-Khatab r.a. pun ada juga
bersama-sama kami ketika itu.Hang tau ka sapa Umar ni?
Dialah samseng yang terkenal di Mekah.Tapi pada malam
tu; Umar ka,Huzaifah ka; tak berani nak angkat
muka.Lalu Nabi ulang-ulangkan tawarannya itu sampai
3X,"Sapa nak duduk sebelah aku di hari akhirat;la ni
dia kena keluar pi ambik berita daripada khemah
musuh." Kata Huzaifah lagi,"Setiap kali Nabi dok
ulang,setiap kali Nabi dok ulang tawarannya itu; tapi
kami tetap diam tunduk kepala takut-takut Nabi tunjuk
muka kami."              
[ Yang takut tu semuanya sahabat-sahabat yang
bersama-sama dengan Nabi belaka. ]
     Oleh itu,kata Huzaifah,"Seronok apa; kami semua
takut."
[ Sahabat tadi yang rasa mungkin seronok dok dengan
Nabi tu; dia rasa seronok,pasai dia tak pernah lagi
duduk dengan Nabi.Ooooi ! kita pun kira samalah jugak;
misalnya,bila kita dengaq saja cerita tentang Nabi
cedera,berdarah bibirnya,pecah pulak topi besinya
dalam perang; ishh ! kita pun rasa punyalah marah
dekat musuh-musuh Nabi ni.Kalau boleh nak pi
hambat,nak pi katok sikit kepala yang dinamakan Abu
Jahal tu; pasai dia jahat sungguh.Kita punyalah
geram,bila dengaq saja nama Abu Jahal pun,kita nanti
marah sampai darah naik pi kepala.Memang la kita geram
sungguh dekat musuh-musuh Nabi ni; tapi mau kata kalau
kita sendiri yang dok di zaman Nabi,dan kita sendiri
tengok pulak betapa 'cenge'nya Abu Jahal ni; mau ka
kita pi kat dia? 'Cenge'nya yang dikatakan Abu Jahal
ni; bila dalam peperangan,setengah-setengah sahabat
bila tengok saja Abu Jahal,depa pun belah.Abu Jahal
bukanlah se'cool' Ananconda; dan dia bukan saja
cenge,tapi ilmu mempertahankan dirinya pun cukup
hebat.Ishhh! orang nak lawan Nabi la katakan; mestilah
kemas dalam/luarannya. ] 
     Huzaifah r.a.,katanya,"Aku sendiri ni,yang paling
kuat dok sebelah Nabi; tapi malam tu,SubhanALLAH,Tuhan
saja yang tau aku punya takut.Dan akhirnya,dalam
keadaan kami semua dok tunduk kepala,tiba-tiba Nabi
tunjuk jari mai ke arah muka aku." Lalu Nabi
kata,"Huzaifah,la ni hang bangkit." Sahabat tu
tanya,"Bila Nabi panggil hang macam tu,hang rasa macam
mana?" Kata Huzaifah,"Tak taulah,aku serahkan nyawa
aku dekat ALLAH SWT." Sahabat tu tanya lagi,"Tak boleh
ka hang buat-buat tak dengaq?"
[ Jenis mangkak lagu ni,lama dah dok ada. ]
    Kata Huzaifah,"Macamana aku nak buat tak
dengaq,walhal terang dan jelas,Nabi sebut nama aku dan
disuruhnya aku pi ambik berita itu,dan kemudiannya
disuruhnya aku kembali." Huzaifah bagitau kat sahabat
tu lagi,"Pada masa aku dok keluaq dan dok meredah
angin kuat yang membawa pasir serta sejuk pula; pada
masa itu aku rasa punyalah takut sehinggakan
macam-macam punya dok mai dalam hati-perut aku dan
sesungguhnya aku rasa aku mati kali ni."  Selepas saja
dengaq cerita Huzaifah,maka sahabat tu pun kata,"Kalau
aku ada sama-sama pada masa tu pun,aku akan takut
serupa kamu juga,wahai Huzaifah."
[ Yang ustaz nak habag di sini ialah yang kata Nabi
Muhammad s.a.w. ni; perjuangan dia,bukan lah satu
perjuangan yang sambil lewa.Perjuangannya penuh dengan
perancangan yang bersistematik.Disinilah yang
menunjukkan ALLAH bersifat ar-Rasyid,yakni
cerdik.Begitu Maha cerdiknya ALLAH,pasai Dia tak bagi
orang jenis macam kita ni duduk dengan Nabi
s.a.w..Maka itulah tanda cerdik dan tanda belas
kasihanNya ALLAH.Pasai apa? Kalaulah Nabi Muhammad
s.a.w. dapat sahabat jenis manusia lagu kita ni; Islam
mungkin tak tersebar ke mana pun.Kerana dengan
baculnya,dengan penakutnya,masa dok dengaq kuliah pun
boleh lena; lagu ni ka Islam nak berkembang? Sebab ini
jugalah,maka ALLAH takdirkan yang betoi-betoi sahabat
berjuang dengan Nabi ni,ialah 83 orang sahaja.Yang
ikut tu memang la ramai,tapi atas dasar semangat saja;
bukannya atas dasar keinsafan dan kesedaran. ]


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Kita menggunakan Bahrul Mazi juzuk 11;
    Masalah : Syaitan serta Imam yang zalim.
   
------------------------------------------------------------
   
    Telah engkau ketahui di atas tadi,ya
saudaraku,akan rupa Imam atau qadi yang adil dan
engkau ketahui betapa tinggi makamnya di sisi ALLAH.
[ Hari tu dah bagitau,pemerintah yang adil tu macamana
kan,yakni yang menyerap semua daripada Quran itu ke
dalam pemerintahannya. ]
    Maka di sini hendak menerangkan Imam/qadi yang
zalim pula.Menurut sambung hadis yang di atas
tadi,bermula Imam atau ganti Imam atau wakil Imam yang
zalim itu tiada ada ia melainkan Imam atau wakil yang
menurut hawa nafsu dan syahwatnya.   
[ Yang ni yang dikatakan zalim ni; pasai turut hawa
nafsu.Untuk menyekat hawa nafsu dari menguasai
kita,perlulah kita menjadikan ilmu sebagai
kawan.Contohnya,bila kita tertengok satu benda
maksiat,lalu hati kita kata,"Ishhh! Yang ni tak boleh
tengok ni." Sebenarnya daripada sumber manakah yang
membolehkan hati memprotes tentang perkara maksiat
itu? Jawapannya ialah daripada ilmu.Satu lagi contoh
ialah semasa Saiyyidina Ali ditanya,"Wahai Ali,jika
kami sebagai makmum,ikut kamu sebagai Imam.Maka kamu
Imam ikut sapa pulak?" Kata Saiyyidina Ali,"Tak lain
dan tak bukan,Imam ikut ilmu." Contohnya,sapa bagi tau
kata lepas baca surah kita mau rukuk (dalam
sembahyang)? Lintasan ilmu lah yang bagitau kat
kita.Jadi,ilmu ini cukup penting untuk kita; kalau
kita beramal tanpa ilmu,maka akan ikut hawa nafsu. ]
    Tiada ada ia menurut sebagai yang dalam kitab
ALLAH/Sunnah Rasulilllah.
[ Pemerintah yang zalim ni; dia tarak nak ikut
Quran/sunnah Nabi s.a.w. ]
    Apabila menghukum antara dua yang
berhukum,cenderung ia kepada yang dikasihnya.
[ Contohnya; katakanlah bila terjadi satu kacau bilau
dan berlakulah tuduh menuduh ke atas beberapa orang
yang disyaki terlibat; maka pemerintah yang zalim ni
akan menjatuhkan hukum secara berat sebelah.Sapa geng
dia,walaupun ternyata salah,dia nanti lepaskan orang
itu.Tapi kalau bukan geng dia,walaupun tak salah apa
pun,dia nanti tak lepas dengan
sewenang-wenangnya.Kalau hang geng aku,hang buat
apapun takpa; rogol orang pun kira orait.Orang yang
kena rogol dok dalam,manakala perogol pula bebas
bermaharajalela.Ini adalah merupakan pemerintah yang
zalim. ]
    Atau menghukum ia dengan sebenar,melainkan dengan
suap atau sebagainya.
[ Pemerintah zalim boleh juga hukum dengan betoi,tapi
mau dok rasuah dulu pulak dah. ]
    Maka Imam atau qadi demikian itu amat dimurkai
ALLAH SWT.Sebagaimana sabda Nabi,"Yang lebih-lebih
benci ALLAH dan yang sejauh-jauh orang itu daripada
tempat dudukNya ialah Imam yang zalim."
[ ALLAH cukup benci kepada pemerintah yang zalim.Kalau
manusia yang benci,tak jadi hal punya tuan-tuan.Tapi
ini,ALLAH yang benci,tuan-tuan; kita nak mengadu kat
sapa lagi kalau Tuhan meluat kat kita? Bumi yang kita
pijak ni hak ALLAH; udara yang kita sedut ni hak
ALLAH; roh/jasad kita juga hak ALLAH,kita hanya pinjam
saja.Kemudian hari,kita tak pi kemana tuan-tuan; kita
nanti masuk kuboq ALLAH dan kembali kepada ALLAH
jugak.Jadi,kalau Tuhan benci kat kita,maknanya kita
akan merana sampai bila-bila. ]
    Dan makna benci ALLAH,yakni tiada Tuhan pandang
kepadanya dengan pandangan rahmat dan kasihan; bahkan
jauh ia daripada ALLAH SWT dan beberapa siksa akhirat
menimpa ke atasnya.
[ Maksud ALLAH benci ni apa dia? Bukan dalam bentuk
ada kuasa kepada tak dak kuasa; tapi dalam bentuk dia
ni jauh daripada rahmat ALLAH.Apa maksud jauh daripada
rahmat ALLAH? Maksudnya,iaitu apa saja tindak
tanduknya akan mencetuskan masalah dalam
kepimpinannya. ]   

.......bersambung.......

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke