*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
.......Sambungan......

     Maka tiap-tiap tuntut suruh itu zahirnya wajib.
[ Ini alasan yang menyokong mazhab Hanafi. ]
     Sesungguhnya pada hadis itu tuntut suruh; tetapi
tiada ditanggungkan atas wajib sebagaimana asal
kaedahnya.Kerana berlawan ia dengan beberapa hadis
yang lain yang menunjukkan hadis lain itu akan
bahwasanya witir itu tidak wajib.
[ Imam Syafi`i berpendirian witir ini tidak
wajib,yakni sunat sahaja.Jadi pihak yang berkata wajib
pun berhujah dengan dia,"Macamana kamu boleh kata tak
wajib,sedangkan dalam hadis tadi Nabi perintah suruh
buat.Perintah ni menunjukkan wajib." Imam Syafi`i kata
bukan macam tu; kita kena tengok banyak lagi hadis
yang dok ada.Maka dalam hadis lain menunjukkan dalil
bahwa witir tak wajib. ]
     Maka setengah daripada hadisnya ialah yang
terdapat di dalam hadis Asahi Hain,yakni hadis yang
terdapat di dalam kitab Bukhari/Muslim.Iaitu hadis
A`arabi; katanya (daripada seorang Arab Badwi) kepada
Nabi s.a.w.,"Ya Rasulullah,adakah atas hamba wajib
mengerjakan sembahyang lain daripada sembahyang 5
waktu?"
[ Ini hadisnya; seorang Arab Badwi mai jumpa Nabi,lalu
bertanya dia,"Ya Rasulullah,selain daripada sembahyang
fardu Subuh,Zohor,Asar,Maghrib,Isya` ni; ada dak
senbahyang lain yang difardukan kepada aku?" ]
     Sabda Nabi s.a.w.,"Tidak ada; melainkan bahwa
engkau kerjakan sembahyang yang sunat pula.."
[ Hah,Nabi kata tak dak dah.Hak wajib,5 tu saja.Kalau
nak sembahyang lain daripada 5 ni; maka sembahyang
yang lain tu sunat belaka. ]
     Maka Imam Syafi`i kata,"Ini hadis menjadi dalil
menunjukkan witir tidak wajib." Dan juga kerana hadis
yang tersebut dalam Asahi Hain,juga hadis riwayat
Bukhari dan Muslim.Nabi kata,"Bahwasanya ALLAH SWT
telah memfardukan ke atas sekelian kamu 5 waktu dalam
sehari semalam."
     Maka manakala banyak hadis yang melawan bagi
hadis dalam masalah itu; maka ditanggungkan ulama atas
maksud suruh di situ,ialah suruh untuk tuntut dengan
kuat sahaja  dan bukannya ia wajib.
[ Ini yang dikatakan sunat muakkad.Yakni sunat yang
dituntut; disuruh sedaya upaya buat; tapi kalau tak
buat,tak berdosa. ]
     Dan inilah pendapat yang muktamad di dalam mazhab
as-Syafi`i.
[ Jangan pulak bila dengaq-dengaq kata witir tu sunat;
kita rasa lega lah,pasai tak payah buat pulak.Maka ini
adalah silap faham.Yang mana tadi ni,dengan cara kita
dok tekankan suruh buat (pung! pang! pung! pang! punya
dok lecture),dia pun rasa bersemangat nak buat.Tapi
tiba-tiba bila mai tang ayat kata witir tu sunat,dia
lagu dok relax balik pulak dah,"Sunat pulak dah; tak
buat kira OK la." Yang ni perangai orang la ni; memang
style depa lagu tu; kira mau nak cari yang simple
saja.Memanglah masing-masing orang,masing-masing punya
style dok ada; yakni masing-masing punya
citarasa.Manusia ni,selera depa tak tentu punya.Eg;
ada orang yang suka dengaq ustaz yang jenis 'deras'
(aggresif),yakni jenis volume bukak bagi habih
punya.Tapi ada pula setengah orang yang tak boleh
dengaq jenis keriau kuat-kuat ni,dia kata,"Yang dok
keriau deras-deras pasai apa? Kita bukan pekak,cakap
slow-slow sudah la." Jadi,inilah yang dikatakan
masing-masing punya citarasa.Tapi takpa; yang penting
hang mau pi mengaji saja.Kalau hang mau yang jenis
dengaq tak dengaq punya,maka pi lah cari yang jenis
tu.Dan kalau hang suka yang jenis aggresif,maka pi lah
cari yang jenis 'deras' punya.Tapi jangan pulak dok pi
cakap pandai saja,"Aku tak mau yang 'deras',pasai
jenis ni emotional la.Yang aku mau yang slow punya."
Tapi last sekali; yang 'deras' pun hang tak pi
dengaq,yang slow pun hang tak pi dengaq
jugak.Hah,perangai macam ni lah yang kita tak mau
ni.Contoh yang terbaik tuan-tuan,ialah kita tengok
style Nabi s.a.w..Ada waktu dia cakap pelan dan ada
waktu dia cakap kuat.Diantaranya ialah hadis yang
menceritakan Nabi bagitau tentang dajjal di dalam
sebuah kebun kurma.Cara Nabi dok cerita tentang dajjal
itu membuatkan sahabat-sahabat yang dok dengaq tu 
rasa takut.Kata Huzaifah al-Yamani,"Cara Nabi terang
tentang dajjal ni,kadang-kadang Nabi s.a.w.
memperlahankan suaranya sehingga kami terpaksa dengaq
dengan teliti; seolah-olahnya dajjal tu ada dekat
kami." Dan kadang-kadang pulak,Nabi bila dia
cerita,dia nanti menaikkan suaranya sehinggakan
sahabat-sahabat ingat dia dok marah pulak.Sebenarnya
Nabi tidak marah,tapi Nabi menghayati message yang
hendak disampaikannya.Contohnya,lagu mana orang dok
baca warta berita jugak lah.Cuba kita tengok gelagat
pembaca berita.Bila dia cerita tentang gempa bumi
ataupun cerita tentang kematian misalnya; maka memek
mukanya pun akan nampak macam orang sedih jugak;
dengan mata kelip tak kelipnya.Ini akan memberi kesan
kepada kita yang dok tonton ni.Kalaulah dia pi dok
habag cerita orang mati dengan lagu satu macam punya
seronok; kita pun nanti kata,"Awat dia ni jadi lagu
ni." Oleh kerana itu,pembaca itu kenalah menghayati
spirit benda yang dia nak habag tu.Maka dengan kerana
itu juga,tak boleh lah kita memilih-milih ustaz untuk
kita pi mengaji; samada yang slow ataupun yang
'deras'.Pasai Nabi sendiri pun,walaupun dia adalah
ustaz kepada segala ustaz; ada setengah topik dia guna
maximum volume dan setengah topik dia 'slow'kan volume
nya.Tengok lah apa topik yang diperbincangkan
dulu.Jadi bila kita tengok banyak hadis-hadis Nabi
s.a.w.,barulah kita faham bahwa cara berhujah yang
berbeza-beza ni,ialah untuk meraikan keadaan yang dok
ada. ]                   

 Bab yang datang pada menyatakan tegah tidur dulu
daripada sembahyang witir.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Wahai saudaraku,telah lalu dalam masalah tadi
keterangan witir itu tidak wajib ia,bahkan sunat yang
dikuat,yakni yang suruh kerjakan dia.  
[ Kita dah faham yang sembahyang witir ini tak wajib;
tapi dia adalah sembahyang sunat yang kita ni disuruh 
sangat-sangat buat. ]
     Maka yang afdalnya bahwa dijadikannya pada akhir
malam dan jikalau kemudian daripada bangun tidoq
sekalipun.
[ Tetapi yang kita dok paham selama ni,yang afdalnya
kita tidoq dulu.Kemudian kita bangkit pukoi 3-4 buat
sembahyang tahajjud sekali tutup dengan witir. ]
     Tetapi pada hadis yang akan datang ini
menunjukkan bahwa Nabi s.a.w. suruh witir dulu
daripada tidoq.Maka hadisnya dikeluarkan oleh Imam
At-Tirmidzi daripada riwayat Abi Hurairah
r.a.,katanya,"Telah menyuruh akan daku oleh Nabi
s.a.w. bahwa aku sembahyang witir dulu daripada bahwa
aku tidur."
[ Hadis ini pula suruh witir dulu sebelum tidoq.Abi
Hurairah bagi tau yang dia sendiri terlibat dalam
hadis ini.Nabi kata kat dia,"Wahai Abi Hurairah,kamu
mengantuk ka? Kalau kamu mengantuk,pi sembahyang witir
dulu,baru tidoq." ]
     Kata At-Tirmidzi,"Dan pada bab ini ada riwayat
daripada Abi Zar.Dan katanya bermula hadis Abi
Hurairah itu hadis yang hasan lagi gharib daripada ini
wajah."

 Masalah : Witir dulu daripada tidur itu apa hukumnya?

-----------------------------------------------------------------------------------
     Kata At-Tirmidzi,"Dan sesungguhnya telah memilih
satu kaum daripada ahlil ilmi (daripada
sahabat-sahabat Nabi s.a.w.) dan mereka yang kemudian
daripada mereka itu; bahwasanya tidak tidur seorang
sehingga witir ia."
[ Ada juga sebahagian daripada sahabat Nabi yang
berpegang macam ni,iaitu jangan tidoq lagi sebelum
buat witir. ]
     Tetapi yang afdal bagi orang yang percayakan
dirinya terjaga pada akhir malam,bahwa ia sembahyang
witir pada akhir malam.
[ Untuk orang yang dia ada confident; iaitu walaupun
dia tidoq,tapi dia boleh bangkit tengah malam
(Insya`ALLAH); maka lebih baik bagi dia untuk bangkit
pukoi 3-4 pagi buat sembahyang tahajjud kemudian baru
buat witir. ]
     Ada pun jikalau tidak percaya dirinya boleh
bangun pada akhir malam; maka mendahulukan witir
daripada tidur itu lebih afdal.Ini adalah pendapat
Imam An-Nawawi.
[ Yang ni bagi orang yang susah untuk bangun tengah
malam.La ni macam ni lah; kita nak witir dulu sebelum
tidoq ka; atau tidoq dulu kemudian bangun buat
tahajjud/witir ka; yang ni terpulang pada diri
masing-masing kerana kira sendiri tau diri kita jenis
macam mana.Kalau kita jenis kalau dah tidoq  susah nak
bangun,maka eloklah buat witir dulu baru tidoq.Tapi
kalau kita tau diri kita,bila mai time pukoi 4 pagi
saja mesti jaga punya (lagu mana ada jam gerak
otomatik pulak); kira cantik la.Lepas Isya` tok sah
buat witir lagi,kita tidoq dulu kemudian bangkit pukoi
3-4 buat tahajjud sekali dengan witir; pasai lagu ni
lebih afdal. ]
     Dan pulak telah datang hadis yang dikeluarkan
oleh Imam At-Tirmidzi daripada riwayat Muslim; katanya
begini,"Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahwasanya
sabda Nabi : Barang siapa takut ia daripada sekelian
kamu bahwa tidak jaga ia daripada akhir malam,maka
hendaklah dia witir pada awal malam."    
[ Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w. telah bagi garis
panduan yang jelas.Nabi kata bahwa barangsiapa di
kalangan kamu yang takut tak jaga di tengah malam,maka
hendaklah dia witir di awal malam; eg,lepas Isya` tu
terus buat witir. ]
     Sabda Nabi s.a.w. lagi,"Dan barang siapa tamak ia
daripada sekelian kamu bahwa bangun ia daripada akhir
malam ,maka hendaklah dia witir pada akhir malam."
[ Tamak disini bererti fully confident boleh bangun
tengah malam untuk buat tahajjud/witir.Ini lebih
afdal. ]
     Nabi kata,"Maka bahwasanya,bacaan Quran pada
akhir malam,dihadir akan dia oleh malaikat; dan itulah
yang afdal."
[ Nabi kata bahwa sapa bangkit pada akhir malam untuk
baca Quran; maka bacaan Qurannya itu dihadiri oleh
malaikat mai dok dengaq. ] 
     Nabi kata,"Oleh itu,waktu akhir malam itu tetap
lebih afdal."
     Dan kata Imam An-Nawawi bahwa menghadir akan ia
oleh malaikat rahmat.
[ Imam Nawawi kata malaikat rahmat,bukan malaikat
maut.Imam Nawawi kata siap-siap lagu tu,pasai dia dah
tau mesti ada syeikh yang confuse tentang ayat yang
disebut tadi.
     Maka padanya dalil yang terang atas kelebihan
witir dan afdal disembahyangkan dia pada akhir malam.
[ Ini dalil yang cukup terang bahwa kita melewatkan
witir itu tetap lebih afdal. ]
    
     Jadi,iktibar yang boleh kita ambil ialah :
 i) kita mau cuba buat sembahyang witir ni.Kerana kita
pun tak tau bila kita nak mati.Walaupun mati itu
adalah kerja ALLAH; tapi biarlah ada serba sedikit
untuk kita bawa pi jumpa ALLAH.Jadi,la ni,kita mau
mula buat witir ni.
 ii) Kalau boleh,biarlah kita buat witir pada akhir
malam.Pasai,kita boleh sekali dengan tahajjud; sekali
dengan solat-solat sunat yang lain dan kemudian
bolehlah kita zikir ka atau tidoq balik ka apa ka; itu
kita buat kemudian daripadanya.

WALLAHUA`LAM. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke