Bantahan senyap di depan mahkamah


Para penyokong reformasi mengadakan bantahan senyap di pekarangan mahkamah baru-baru ini dengan menutup mulut mereka dengan kertas pelekat. Foto Yuis.

KUALA LUMPUR: Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 8 Mei depan bagi 30 orang yang didakwa menyertai perhimpunan aman di Masjid Negara pada September tahun lepas dalam sebutan kes di mahkamah di sini Selasa lepas.

Pada hari sebelummya, mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak peguam bela yang menghujahkan kertas pertuduhan mestilah ditandatangani oleh Peguam Negara.

Bantahan itu dikemukakan oleh peguam KK Wong bagi pihak kumpulan peguam bela yang mewakili mereka yang dituduh.

Isnin lepas, hampir seratus penyokong reformasi berkumpul di bangunan mahkamah sesyen di sini untuk menunjukkan sokongan kepada mereka yang dituduh.

Kira-kira lapan daripada mengadakan bantahan aman dengan menutup mulut dengan kertas yang bertulis "Reformasi" di pintu bangunan mahkamah berhadapan dengan jalan ke Masjid India selama kira-kira setengah jam.

Salah seorang peguam yang mewakili mereka yang dituduh, Mohd Hanipa Maidin berkata, ke semua mereka akan dibicarakan bersama selama seminggu mulai tarikh itu dengan pertuduhan menyertai perhimpunan aman.

Antara mereka yang dituduh ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta ramli, Ketua Pemuda KeAdilan, Mohd Ezam Mohd Noor dan Ketua Perhubungan KeAdilan Sabah, Dr Badrul Amin.

HARAKAH EDISI JUMAAT



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke