Belanjawan Terengganu Cukup Meyakinkan
 

Belanjawan Terengganu telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu dengan jangkaan bahawa
Terengganu mendapat kelebihan belanjawan sebanyak RM 8.475 juta.
 
Perkara-perkara lain yang penting di dalam ucapan pembentangan belanjawan oleh Menteri Besar Ustaz Haji Abdul
Hadi Awang termasuk :
 
Jangkaan kadar pengangguran jatuh kepada 4.1 peratus
 
Pengenalan rangkaian seluruh negeri Terengganu, kedai pajak 'Muasasah Ahranh' yang berlandaskan Islam
 
Pengamalan akaun-akaun negeri mengikut sistem perbankan Islam mulai 1 Jan
 
Menawarkan pinjaman bebas riba 'Al-qardhul hasan' bagi membolehkan kakitangan kerajaan membeli rumah dan
komputer,
 
Membuka semula permohonan mendapatkan tanah bagi tujuan perumahan dan kegiatan ekonomi, terutamanya untuk
memastikan setiap keluarga memiliki satu lot tanah.
 
Menteri Besar Terengganu juga mengatakan bahawa negeri tersebut memiliki beban hutang. Belanjawan Terengganu
yang kelihatan logikal dan yang memberikan penumpuan penuh kepada sistem ekonomi Islam jelas menaikkan
keyakinan rakyat tentang kebolehan PAS untuk memerintah dan mentadbir.
 
PAS harus bersikap adil di dalam pentadbirannya dan belanjawan tersebut jelas menunjukkan kesanggupan PAS untuk
memikirkan idea-idea yang menguntungkan rakyat dan bukannya diri mereka sahaja.
 
Belanjawan teratur yang sedemikian memungkinkan PAS bertapak secara kukuh di dalam Terengganu dan menyusahkan
usaha-usaha UMNO untuk cuba menawan semula negara tersebut - (MRF) 22 Dis 99
 
 
 

Kirim email ke