Assalamu 'alaikum muslimin dan muslimat

Terlebih dahulu diucapkan Selamat Berpuasa dan menunaikan Solat
Terawikh.
Disini saya sertakan artikel dr BH (yg telah diketahui selalu memutar
belitkan cerita) untuk kita renungkan dan fahami apakah motif disebalik
artikel ini??? Jgn marah saya kerana membaca BH saya cuma  melayarinya
dan tertarik utk membaca artikel "IMSAK"
Mereka tampak jelas memperkecilkan ulamak dan peranannya...sesuatu perlu
dilakukan kerana mereka dgn sewenang2nya cuba utk memberikan perspektif
yg negatif mengenai ulamak......mereka sebenarnya takut rakyat
terpengaruh sebab sekarang ni ramai ulamak menang dlm p/raya yg
lepas..SYABAS PAS/ADIL/DAP. UTK YG TIDAK BERJAYA TERUSKAN
BERJUANG...INSYA-ALLAH kemenangan akan bersama kita..

wassalam..ct

http://www.jaring.my/bharian/wed/art2.htm
Title: Berita Harian Online
BH Edisi Internet

Amalan waktu imsak tiada asas kukuh

UMAT Islam akan menyambut Ramadan esok. Ketetapan permulaan ibadat dalam rukun Islam ketiga itu akan ditentukan pihak berkuasa berdasarkan kiraan ilmu falak atau rukyah.

Dalam suasana menyambut ketibaan bulan penuh keberkatan ini, umat Islam tentu tidak lupa kepada waktu penting ketika mengerjakan ibadat itu iaitu waktu berbuka dan imsak.

Dalam menghayati suasana Ramadan, ramai yang tidak mengetahui atau masih mempersoalkan ketetapan waktu imsak mengikut Islam yang menjadi amalan sejak sekian lama.

Istilah imsak terbit daripada perkataan Arab yang membawa maksud menahan diri daripada makan, minum, berjimak atau perbuatan yang membatalkan puasa, kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Ketetapan waktu imsak tidak ada di negara Islam lain termasuk di Timur Tengah walaupun ia menjadi amalan umat Islam negara ini sejak sekian lama.

Ada sesetengah umat Islam yang terus makan, minum, jimak dan melakukan perbuatan lain yang membatalkan puasa selepas waktu imsak. Ini tentu dipandang serong dan menganggap tidak sah puasa. Orang yang melakukan perbuatan itu berada dalam keadaan serba salah.

Begitu juga tidak ditemui sebarang nas sama ada dalam al-Quran atau hadis yang menetapkan kaedah atau waktu imsak ketika Ramadan.

Alasan pertama ialah al-Quran dengan jelas menyatakan firman Allah yang bermaksud; "Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq-permulaan waktu Subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar." (Al-Baqarah:178).

Ayat ini dengan jelas menyatakan tidak ada sebarang imsak sebelum masuknya waktu Subuh, malah Allah menganjurkan kita makan minum sehingga atau sampai masuk waktu Subuh. Perintah di sini mengikut ulama usul bukan bermakna wajib, paling kurang ia bermakna harus.

Kedua, hadis sahih jelas menunjukkan Nabi Muhammad SAW bersabda; "Janganlah menahan kamu daripada makan dan minum oleh azan Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alim ulama sepakat menyatakan Bilal melaungkan azan sebelum masuk waktu subuh dengan tujuan mengejutkan orang bangun bersahur dan Ibu Ummi Maktum melaungkan azan apabila masuk waktu Subuh.

Dalam hadis sahih lain Nabi Muhammad SAW bersabda mafhumnya; "Umat ini akan sentiasa baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur." (Riwayat Imam Ahmad).

Hadis ini juga menerangkan kedua-dua ayat al-Quran dan hadis berkenaan yang bermaksud makan, minum dan sebagainya sehingga masuk waktu Subuh.

Ini bermakna selagi umat Islam melakukan demikian mereka berada dalam kebaikan dan sebaliknya jika mereka meninggalkan amalan itu, mereka tidak lagi berada dalam kebaikan.

Daripada kira-kira 30 kitab muktabar dalam mazhab Syafie, antaranya Al-Umm, Majmuk Syarah Muhazzab, Al-Aqna, Al-Mahalli; Hasyiah Al-Bajuri, As-Syarqawi, Bahrul Mazi dan Kasyful Litham, tidak disebut mengenai ketetapan imsak sebelum masuknya waktu Subuh.

Kalau begitu, dari manakah puncanya ketetapan imsak dan siapakah orang yang mula memperkenalkannya?

Mungkin pihak yang menyokong ketetapan imsak berhujah dengan hadis sahih yang diriwayatkan Zaid bin Thabit yang bermaksud; "Kami bersahur bersama Nabi SAW kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya, berapakah jarak antara bersahur kamu dengan sembahyang? Zaid menjawab lebih kurang lima puluh ayat." (Riwayat Bukhari Muslim).

Ini bermakna (kata mereka) bersahur itu selesai sebelum masuk waktu Subuh kira-kira 50 ayat (jika dianggarkan tempohnya 10 minit). Inilah menurut mereka puncanya imsak.

Tetapi, pemahaman seperti itu tidak benar berdasarkan beberapa alasan iaitu pertama, kerana tidak ada seorang pun perawi hadis yang menghuraikan pengertian begitu dan kedua, hadis itu kemungkinan memberi erti lain. Ia mungkin memberi erti tempoh di antara selesai bersahur dengan sembahyang 50 ayat itu bermakna selepas selesai bersahur, azan dilaungkan. Selepas itu ia memberi peluang kepada sesiapa yang hendak mengambil wuduk sebelum sembahyang Subuh.

Hadis itu juga memberi kefahaman jarak atau tempoh di antara azan, wuduk, sembahyang sunat Subuh dan sembahyang Subuh kira-kira 50 ayat.

Ia juga mungkin bermaksud tempoh daripada mula mereka (sahabat Nabi SAW) bersahur hingga masuk waktu Subuh hanya sekadar bacaan 50 ayat.

Mereka yang menyokong ketetapan imsak itu mungkin mengambil sikap ikhtiath (bercermat) dalam soal itu kerana takut terlanjur atau terlajak dan ada baiknya dihentikan sebelum garis penamat yang ditentukan (sebelum masuk waktu Subuh).

Tetapi kenapa 10 minit sebelum Subuh, tidak lima minit atau 15 minit? Kalau dalam bersahur kita berikhtiath kenapa kita tidak amalkan ikhtiath ketika berbuka puasa atau melewatkan 10 minit selepas masuknya waktu Maghrib?

Tidakkah dengan mengamalkan imsak kita terhalang daripada mendapat pahala dan keutamaan lewat bersahur yang diajarkan oleh Nabi SAW?

Oleh itu, amalan ini tidak mempunyai asas kukuh. Kalau adapun hanyalah pendapat yang syaz (ganjil). Pendapat itu mengikut ulama tidak boleh digunakan untuk amalan umum.

[ Homepej | Berita | Bisnes | Sukan | Editorial | Hiburan ]



Kirim email ke