*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...sambungan.

Laa...kita nak pi berkelah, melancong masuk bab
politik pulak. Okeylah kita lupa sat bab politik.

Tapi tak leh nak lupa jugak, masa korner lalu kat satu
rumah tu, orang rumah saya tanya:

"Tu bukan rumah Tok Mid ka?"

Entah kenapa nama Tok Mid nie w/pun dah tak jadi wakil
rakyat, masih lagi sinonim dengan nama SIK. Saya tak
dak apa-apa isu istimewa nak diceritakan pasal tok Mid
nie sebab saya dok ingat kalau dah sampai seru nanti,
kalau ditakdirkan cukup syarat nak pi haji, boleh saya
terus pi jumpa Tok Mid minta tolong rekomen pi terus
tanpa ikut list!!

[p.s: Baguih woi kawan dengan Tok Mid; kalau hangpa
nak pi haji tiap2 tahun pun tak pa, tak payah register
aih dengan Tabung Haji....tak payah susah payah 'Q' 
bertahun-tahun. Orang Sik kata, habag saja nak pi
bila, sekali tok mid petik jari, terus boleh
pi!.....punya la baik hati Tok Mid, tu pun orang Sik
boleh tolak dia...tak patut tak patut!]

Laa...sorry la, melencong lagi masuk politik.

Berbalik kpd berkelah di Lata Mengkuang:

Cakap pasal berkelah nie, nanti orang kata:

"Hang nie tak dak kerja ka, orang sibuk nak perjatuh
UMNO, sibuk nak lawan MCA di Indera Kayangan, hang
masih boleh bawak anak-anak makan angin pi berkelah?"

Okay pa, aku bawak budak2 pi berkelah di Sik, bukan di
Genting Highland. Lagi pun lebih baik bawak budak2 mai
masuk kampung tengok rumah2 yg masih berdinding buluh
dan beratap rumbia daripada dok pi tengok tempat
Kasino atau tempat org main Video Game di Genting sana
nu. Untung2 depa akan sedar bahawa dlm masa kita di
bandar nie yg hidup mewah dengan Mall, Astro etc;
depa-depa di Sik sana nu nak tiduq malam pun kena
pilih tempat kot2 ada bumbung atap yg tiris.

Tak banyak cerita yg menarik sebenarnya di Lata
Mengkuang sana. Bila dah habis panggang ayam/ikan, dan
habis makan; saya pun ikut budak2 turun berendam. 

Lepas solat (kat situ ada surau yg agak selesa); saya
pi join budak2 tu main ayaq; tapi perati depa sajalah
sambil dok layan baca paper dan majalah.

Saya baca the Sun (1/1/02)tu.....terkejut saya bila
terbaca kenyataan keras daripada Datuk Shahrizat yg
menentang keras poligami yg beliau sifatkan sebagai
ketinggalan zaman dan menindas wanita. Tak sangka
pulak saya dia boleh dok pi kata macam tu.

Itu baru mukadimah berita tu; bila saya baca habis
lagi terkejut; rupa-rupanya kenyataan Shahrizat itu
ialah sebagai menjawab cadangan seorang India bukan
Islam (Ketua Pemuda PPP) yg mencadangkan supaya
kerajaan menghalak poligami di kalangan bukan Islam
sebagai satu cara memberi perlindungan kpd budaya
"second-wife" atau lebih dikenali sebagai Mistress di
kalangan orang2 bukan Islam. Kata Ketua Pemuda yg
bukan Islam nie:

"Dengan menghalalkan (legalized) poligami ini, maka
Mistress ini akan mendapat perlindungan di sisi
undang2"

Cuba hangpa baca kenyataan Shahrizat tu; tak sangka
sungguh aih, luahan ikhlas daripada seorang bukan
Islam terhadap kebaikan poligami ini dilihat sebagai
satu yg menjijikkan di mata Shahrizat!!

Pening kepala aku.....orang bukan Islam boleh nampak
kebaikan Islam, tapi orang Islam pulak yg menentang!

Dunia akhir zaman!!

p.s: Agak-agaklah apa kata SITI mengenai poligami
nie?....kalau SITI pun macam Shahrizat, tak dak
peluanglah aku....


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke