*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,


Satu perkara yang paling mengecewakan dalam sejarah umat manusia adalah
kenyataan tentang orang yang bermain-main dengan kesempatannya untuk
mendapatkan kejayaan,
(kita akan berjaya ....tapi asyik main-main…tolak rezekilah nih)

 bermain-main dengan kemampuannya dan ketika hidupnya hampir berakhir, ia
baru tersedar tentang fakta bahawa sebahagiaan keupayaannya yang lebih
besar belum tersentuh. 
(yang disentuh ialah perkara yang remeh temeh atau tak ada kaitan)

 Waktu tidak dapat diulangi.( ganti balik pun tak boleh…sebab bukan hak
kita tapi pemberian Allah).Tidak peduli siapa pun diri anda dan di mana pun
anda berada, di dunia ini tidak ada kekuatan yang dapat mencegah anda untuk
membuat diri anda sendiri menjadi manusia utuh, makhluk yang mulia, tugas
terbesar seperti yang dimaksudkan Tuhan dalam menciptakan manusia.
(khalifah dimuka bumi ini)
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah.-khalifah di muka bumi.Barangsiapa
yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri.Dan
kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah
kemurkaan pada sisi Tuhan-nya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu
tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (QS. 35:39)

Tujuan kerja kita seharusnya tidak hanya sekadar untuk memberikan
penghidupan.  Penghidupan merupakan soal perencanaan Allah :
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara
kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(QS. 67:2)

Selain tugas utama kita beribadah pada Allah,  kita juga dikirim ke dunia
untuk menuntut ilmu.  Hidup adalah sebuah universiti raksasa untuk
pembentangan akal, untuk pengembangan karakter(sifat diri).  Gambaran diri,
perluasan diri, pertumbuhan diri, menimbulkan kemanusiaan serta latihan
semua daya manusia, baik akal, tubuh mahupun jiwa, semua inilah seharusnya
menjadi sasaran utama pekerjaan atau profesion kita.

Kita hidup di tengah dunia yang mempunyai masalah serius.  Anak-anak kita
tidak mempunyai pemahaman tentang apa sebenarnya hidup itu.  Kebanyakan
anak-anak telah dididik mempercayai bahawa hidup adalah mencari kesenangan
sebanyak mungkin.  Mereka memandang bidang kerja mereka sebagai suatu
kewajipan memenuhi keperluan dan kesenangan tubuh yang tidak terhindar dan
kurang menyenangkan.  Ketika ini anak-anak kita jarang diajarkan bahawa
karier seseorang merupakan pekerjaan untuk
Beribadah pada Allah dan seterusnya  menciptakan kejayaan hidup di dunia
dan akhirat.

__________________________________.
AYAT
Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha
Mengetahui segala isi hati. (QS. 67:13)

RENUNGAN
Jika anda ditimpa satu musibah hari ini…apa-apa lah jangan mudah bersedih
hati atau merana, kerana itulah satu cara Allah mengapus dosa kita. Hari
ini kalau dihutung dosa banyak sangat dah,..hadapi lah musibah itu dengan
sabar,…bagaimana cara lagi kita ingin mendekatkan diri dengan Allah kalau
tidak cara begitu (nak harapkan solat tahajud …lambat lagi lah…)

LINK
Sesiapa yang berminat mendapatkan kamus Indonesia-English (Free)
Sila ke sini :
http://www.freedict.com/dictionary/index.html

KATA ORANG TUA
Tajamkan penglihatan dengan kerap memandang benda hijau (PASti lah)





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke