Sempena muktamar menteri-menteri wakaf Islam, Malaysia memperomosikan negara ini sebagai destinasai pelancongan halal. Menteri pelancongan kita kata tindakan Terengganu melarang pemakaian bikini akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Malaysia. Kebiasaannya  bila kita campur dua dengan dua jadi empat. Jadi mengikut kiraan kerajaan Malaysia sekarang Islam menghalalkan bikini, arak , judi ...???

 

Bikini

Oleh : wan

Kuala Lumpur, Jumaat :

Datuk Kadir Syeikh Fadzil di dalam satu wawancara berkenaan keputusan melarang wanita berbikini dan mengasingkan kolam mandi di Terengganu.

"Keputusan Kerajaan Negeri Terengganu menyekat pemakaian bikini dan mengasingkan kolam mandi lelaki dan perempuan akan menjatuhkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang sederhana.

Negara Islam yang sederhana ialah menitik beratkan cara pakaian yang juga sederhana. Jika wanita dibiarkan menutup aurat sepenuhnya, itu adalah cara Islam yang melampau. Apa salahnya memakai bikini? Pakaian tersebut hanyalah ketika mandi sahaja, bukan waktu bersiar-siar di bandar.

Pemakaian bikini bukan sahaja sesuai dipakai oleh pelancong asing, tetapi harus dipupuk di kalangan wanita Islam di Malaysia bagi menunjukkan pemikiran umat Islam setanding dengan pemikiran barat dan Yahudi.

Sekiranya pemimpin dan ahli Pas di Terangganu yang kuat imannya, mereka tidak perlu melihat wanita-wanita yang berbikini di pantai"

Sekian dilaporkan







______________________
Terbitan : 6 Mei 2002

Kirim email ke