BINGKISAN SUARA RAKYAT [15] 30 Oktober 2000 PERHIMPUNAN
100,000 RAKYAT
PADUKAN USAHA DAN
TENAGA BARISAN AKTIVIS KUALA LUMPUR DAN
SELANGOR Seluruh rakyat Malaysia pejuang kebenaran dan keadilan yang budiman Assalamu’alaikum,
Salam Sejahtera dan Salam Reformasi, 130.
Fokus kerja untuk mendapatkan
sekurang-kurangnya 80,000 orang rakyat dari Selangor dan Kuala Lumpur perlu
terus dipertingkatkan. Sasaran 50,000 orang rakyat dari Selangor dan 30,000
orang rakyat dari Kuala Lumpur bukanlah satu bilangan yang sukar memandangkan
prestasi Barisan Alternatif di kedua buah negeri ini dalam Pilihanraya Umum yang
lalu 131.
Dengan 17 kawasan Parlimen di Selangor
dan 10 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, sasaran mobilisasi purata 3,000 rakyat
setiap kawasan adalah satu strategi yang realistik. Ini sekali gus menunjukkan
kerjasama dan muafakat bakal membawa berkat. 132.
Namun sebagaimana yang telah
disarankan, jika kita bekerja ala kempen pilihanraya, iaitu menghantar handbills
dari rumah ke rumah di kawasan-kawasan berhampiran seperti Klang, Kuala Langat,
Kapar, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Sepang, insya’ Allah bilangan melebihi
3,000 orang setiap kawasan ini akan dapat dicapai. 133.
Dalam masa yang sama, jika kita
bergerak ala kempen pilihanraya kawasan-kawasan yang mendapat undi besar seperti
Shah Alam, Ampang Jaya dan Gombak, bilangan melebihi 10,000 orang bagi setiap
dari tiga kawasan di atas mungkin dapat kita capai. 134.
Dengan ini Jawatankuasa Dasar sekali
lagi menyeru agar rakan-rakan dalam PAS, keADILan, DAP, PRM, JIM, ABIM, SUARAM,
PUM serta NGO-NGO lain, para reformis dan karyawan bergerak sebagai pasukan di
setiap kawasan di Selangor, khususnya di kawasan-kawasan yang Barisan Alternatif
telah berjaya mendapat undi yang besar dalam pilihanraya
lalu. 135.
Saya juga menyeru agar NGO-NGO di
Selangor, khususnya ABIM dan JIM yang mempunyai keanggotaan yang cukup besar di
negeri ini untuk menggerakkan ahli-ahli dan rakan-rakan masing-masing untuk
menghadiri perhimpunan bersejarah pada 5 November ini. 136.
Secara peribadi saya menyeru
rakan-rakan saya dalam JIM di daerah-daerah Petaling, Sepang, Ulu Langat, Kuala
Langat, Petaling Jaya, Gombak, Ampang Jaya, Klang dan Ulu Selangor di negeri
Selangor; dan daerah-daerah Batu, Cheras dan Titiwangsa di Kuala Lumpur untuk
turut bersama-sama menghayati aspirasi ummah dan rakyat hadir dalam Perhimpunan 100,000 Rakyat
di Jalan Kebun pada 5 November 2000 dari pukul 2:30 petang hingga pukul 5:00
petang. “KEMBALIKAN
HAK RAKYAT” Hj.
Saari Hj. Sungib Pengerusi, Jawatankuasa
Dasar Perhimpunan 100,000 Rakyat AJK: Dr.
Hatta Ramli (PAS), Tian Chua (keADILan), Faizal Sanusi (PRM), Dr. Wong Ang Peng
(DAP), Zaharuddin Abdul Rahman (PAS), Raja Petra Kamaruddin (FAC), Syed Ibrahim
Syed Noh (JIM), Cynthia Gabriel (SUARAM), Abdul Malek Hussin (Reformis), Khaliah
Shaikh Mohamad (Reformis) dan wakil ABIM. Emel Sekretariat: [EMAIL PROTECTED] Emel Pengerusi: [EMAIL PROTECTED] 30 Oktober 2000 |