Date: Thu, 2 Nov 2000 09:58:29 +0800

www.harakahdaily.com
Bonus: BA sokong cadangan MP Tambun

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Hrkh)-Ahli Parlimen Barisan Alternatif (BA) memberikan
tepukan gemuruh kepada Ahli Parlimen Tambun, Husni Hunadzlah apabila beliau
membuat cadangan agar kerajaan memberi bonus kepada kakitangan awam
memandangkan mereka akan menghadapi hari raya dan perbelanjaan permulaan
persekolahan.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan dari ahli Parlimen BA tetapi ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN) hanya diam membisu walaupun yang membuat
cadangan itu ahli mereka.

Abdul Rahman Yusof (Keadilan-Kemaman) turut menyentuh bonus kepada
kakitangan awam dalam perbahasan Belanjawan 2001 di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, memang wajar ada kenaikan gaji pokok dan bayaran bonus untuk
mereka.

"Sepatutnya dari apa yang diperkatakan oleh kerajaan bahawa ekonomi sudah
pulih dan kenaikan harga petrolium yang mendad! ak, kerajaan berupaya membayar
kenaikan gaji baru.

"Kalau bonus atau kenaikan gaji diberikan kepada kakitangan kerajaan,
kenaikan dalam belanjawan negara tidak akan sampai hingga RM3 billion
setahun.

"Berbanding dengan perbelanjaan kerajaan untuk menyelamatkan
syarikat-syarikat yang bermasalah dan bankrap oleh Danaharta dan Dana modal
kerajaan telah sanggup berbelanja hampir RM60 bilion.

"Perbelanjaan RM60 bilion hanya memberi manfaat kepada lebih kurang 300
orang yang kebanyakannya rapat dengan elite pemerintah negara.

"Kalau sekiranya wang sebanyak ini dibelanjakan untuk kakitangan kerajaan ia
boleh menampung kenaikan gaji dan elaun untuk 800,000 kakitangan selama 20
tahun cukup untuk negara melampaui 2020, tahun keramat PM kita," katanya.

"Jadi saya ingin tanya kerajaan BN samada mereka lebih prihatin kepada
kakitangan kerajaan atau mereka yang berkepentingan yang tidak tahu mengurus
syarikat-syarikat yang! dianugerahkan kepada mereka sehingga menjadi bankrap
dan terpaksa diselamatkan dengan menggunakan wang rakyat.

"Sebab itu saya mengatakan bahawa belanjawan kali ini ialah belanjawan untuk
mempertahankan kroni dan bukan belanjawan rakyat," tegasnya.

Comments ? E-mail Us





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke