*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum Harakah online dan warga hizbi;

Berikut adalah perbualan hizbinetters mengenai satu
cadangan; apalahkiranya dapat di forward kan kepada
sesiapa yang patut untuk diteliti akan kesesuaiannya.

Terima kasih, wassalam.

------------------

[EMAIL PROTECTED]:
Kalau ada wakil2 harakah yang membaca, minta diadakan
satu section pasal "Hal Ehwal Pengguna" - Setiap minggu
masukkan senarai makanan2 yang didapati tidak layak
untuk orang Islam. Mungkin ini akan menjadi tekanan 
pada pengeluar dan pada masa yang sama pengguna akan
lebih prihatin.  Kalau anak2 orang Islam asyik dok
makan benda2 syubahat, macammana mereka nak meneruskan
perjuangan Islam ibu-bapa mereka?  Sekian 

Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>:
ada cadangan untuk menambahkan column untuk orang cina
dalam tulisan china. mungkin selembar (4 muka) atu
sekurang-kurangnya 2 muka. Ana ada kenal dua orang
hafizah (muslimat) di kelantan yang graduate dari
china. Boleh tanya mengenai mereka pada Hafiz Musa
(adik Yang Berkhidmat Husam Musa) 

[EMAIL PROTECTED] :
Assalamualaikum kepada semua warga Muslim. Saya teramat
setuju dengan cadangan itu dan kalau boleh di Pihak Pas
ada satu badan yang menyelidik dan mengenal pasti
makanan yang mengandungi gelatin dengan kata lain ada
sumber-sumber yang haram didalam makanan yang di import
atau pun dari dalam malaysia. Tolong perbanyakkan
makanan keluaran daripada orang-orang Islam. 

Sirri 79 <[EMAIL PROTECTED]> :
Wa'alaikumussalam.. Saya juga bersetuju dgn cadangan
awal itu..Kebanyakan umat Islam 'jauh' dari landasan
Islam apabila, hati mereka terhijab utk menerima
hidayah Allah..Hati terhijab kerana salah satu faktor
apabila pemakanan bercampur aduk antara yg halal dan
haram...Semoga kita lebih berhati-hati dalam membuat
pemilihan makanan... Ini juga strategi kuffar utk
jauhkan umat Islam dan landasan yg sebenar...
Wallahu a'lam... 

[EMAIL PROTECTED]:
Cadangan tu memang bagus. Saya pun setuju. Tetapi,
persoalanya siapa nak buat "homework" ... buat kajian &
ujikaji terhadap makanan-makanan tersebut??? Sekadar
mengemukakan persoalannya. Wassalam.  

Ir. Shahrun Bin Ishak @ Abu Hassan"
<[EMAIL PROTECTED]>:
Assalamualaikum............... Tentang hal siapa yang
akan lakukan homework ni rasanya tak menjadi masalah
besar. PAS pernah mendapat sokongan yg. baik dari
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yg. begitu aktif
dan lantang menyuarakan hak2 kepenggunaan. Mereka ini
lebih terbuka dari Persatuan Pengguna Malaysia yang di
ketuai oleh Prof. Hamdan Adnan yg. kelihatan muncul
sekali-sekala, tak konsisten dalam menyuarakan hak2
pengguna dan agak menyebelahi kerajaan. CAP juga pernah
turut serta dalam GERAK yang diketuai oleh PAS suatu
ketika dahulu. Saya selalu membaca "Utusan Pengguna",
dari situ saya nampak yang CAP selalu buat kajian
tentang hal ini dan mereka mempunyai banyak maklumat
tentang perkara ni. Kita perlu hubungi mereka. 

"Tad deBoar" <[EMAIL PROTECTED]> :
Ada badan2 tertentu seperti CAP, UPM, UKM, MARDI, SIRIM
(agak), JAKIM, dll. yg buat selidik tentang perkara2
itu dan pihak Harakah boleh hubungi mereka. Selain dari
makanan, banyak lagi bahan harian yg perlu diawasi,
seperti berus cat, barangan kulit, sabun, ubat gigi,
alat2 solek, dll. yg ada bahan2 yg tak sesuai bagi
Muslim. Kena lobi untuk dikenakan label HALAL. Label yg
sudah ada pun ada yg mempertikaikan. Sekarang zaman
orang kafir hentam orang Islam, maka sudah tentu
barangan konsumer dibuat mereka tidak mesra Muslim.
Dulu kita ada Arqam. Boleh tahanlah, barangan Muslim
dibuat mereka. Barangan yg diragui, dihebohkan mereka.
Sekarang macamana ? Sudah ada ganti ke ? 



-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke