Assalamualaikum...........
 
Di sini saya ada satu cadangan kepada kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu. Apa kata kalau diwujudkan satu laman web rasmi kerajaan negeri bagi menerangkan dasar2 dan maklumat terkini yg. ingin di sampaikan oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya, rakyat Malaysia, dan seluruh dunia amnya. Memandangkan kita tidak mendapat perhatian oleh media arus perdana untuk menyampaikan semua ini. Mereka hanya berusaha utk. memutarbelitkannya sedaya upaya agar rakyat terkeliru. HARAKAH pun agak terhad ruangnya.
 
Laman web ini bolehlah dimuatkan berita terkini tentang kerajaan negeri, barisan exco, dasar2 kerajaan negeri, perutusan Menteri Besar, penjelasan tentang isu terkini dan pelbagai lagi... Ia perlulah disediakan dalam tiga@empat versi (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil). Ini tentulah lebih menarik perhatian semua golongan masyarakat. Kaum Cina merupakan kaum yg. mempunyai akses ke internet yg. paling besar, oleh itu usaha utk. menarik perhatian mereka melawat laman ini perlulah dilakukan. Kerajaan negeri bolehlah mengiklankan laman web ini di merata2 tempat. Moga cadangan ini memberi manfaat.
 

Kirim email ke