*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pedas-pedas Cili Api 109 (13hb Jun 2000) Dr M Menuduh Liar Lagi Dari Tokyo, di mana beliau sedang berehat sambil bekerja, Cek Det membuat tuduhan liar kononnya BA menggunakan isu kaum dan agama dalam pilihanraya kecil Teluk Kemang. Itulah sebab, mengikutnya, majoriti kemenangan BN dalam pilihanraya tersebut merosot. Sebelum berangkat ke Tokyo Cek Det bercakap berdegar-degar bahawa BN akan menang dengan majoriti lebih besar. Hairan juga Cili Api. Cek Det berkata kemerosotan ini akan dikaji, akan tetapi dalam nafas yang sama dia membuat tuduhan liar ini pula. Yang menjadi sasaran tuduhan ialah keADILan, kerana calon BA ialah Ruslan Kassim, ketua penerangan parti itu. Cek Det murka agaknya sebab keADILan masih belum dapat dimusnahkannya. Baru undi kurang saja sudah menggelepar. Tak tahulah apa akan jadi kalau kalah. Jika betullah keADILan menggunakan isu kaum dan agama, bagaimanakah calonnya tidak mendapat undi orang Melayu/Islam lebih besar? Mengapakah yang banyak berubah angin ialah pengundi Tionghua? Mengapakah di kawasan DUN Lukut, yang mempunyai undi majoriti Cina, calon BA mendapat undi lebih besar daripada calon BN itu? Jikalau betul isu masjid dan kuil digunakan oleh keADILan, mengapakah ia tidak ada kesan? Sebenarnya, yang banyak sekali menggunakan isu agama dan kaum ialah MIC, terutama sekali pemimpinnya Samy Vellu. Bukan saja beliau mengungkit tentang nasib orang India, yang selama ini tidak dipedulikannya, bahkan beliau membawa datang ramai Samy Hindu untuk berkempen di kuil-kuil. Selain itu, beliau menabur wang tunai dan juga cek untuk sekolah, kuil dan pemimpin MIC tertentu. Cili Api tidak hendak sebutlah tentang bermacam-macam pula ugutan yang digunakan. Itulah sebabnya calon MIC mendapat undi terbanyak di kalangan pengundi India. Para pemimpin BN tidak faham mengapa mereka kehilangan sokongan orang Tionghua. Pada hal, mereka telah mencurah kira-kira RM40 juta untuk membayar pampasan bagi lebih 100 orang penternak khinzir yang terkorban akibat Virus Nipah dan juga kerana hampir sejuta khinzir dimusnahkan. Cara bayaran pampasan itu tidak adil. Beberapa orang yang rapat dengan wakil rakyat dan pemimpin MCA tertentu mendapat jauh lebih banyak daripada yang lain. Lagi pula, harga tanah yang ditawarkan untuk mereka memulakan kembali perusahaan mereka terlalu mahal. Tanah yang diperolehi oleh beberapa orang pemimpin dengan harga tak sampai RM40,000 hendak dijual kepada penternak khinzir ini dengan harga RM200,000 pula. Inilah dia sistem kroni dan korupsi yang tak habis-habis diamalkan oleh beberapa kerat pemimpin BN di segala peringkat. Memang patut mereka ditolak. Barangkali perkara yang paling membimbangkan Cek Det, tetapi tidak berani disebutkannya ialah BA telah memenangi undi pos lebih banyak daripada BA. Majoriti kecil saja, iaitu 118 undi, tetapi cukup bermakna. Mengapa ini berlaku? Memang benarlah ada kemungkinan pengundi askar di sana lebih tertarik kepada Ruslan daripada Sothinathan. Tetapi yang lebih penting ialah pengundi-pengundi pos ini telah menggunakan hak mereka mengikut undang-undang. Mengikut undang-undang, pengundi pos boleh menyerahkan undi mereka pada hari mengundi. Mereka tidak pernah diberitahu tentang hak ini. Kali ini pihak BA berjaya menerangkan hak ini kepada mereka. Jadi kebanyakan mereka mengundi pada hari mengundi yang ditetapkan. Lebih awal mereka diberitahu, sebagaimana di tempat-tempat lain, supaya menyerahkan undi mereka dua hari sebelum hari mengundi. Selama dua hari undi itu akan disimpan di Pejabat Daerah. Dalam dua hari itu macam-macam boleh berlaku. Kerana takutkan ini berlaku maka kebanyakan pengundi tidak menyerahkan undi mereka lebih awal. Lagi pula, apabila undi yang diserahkan dua hari lebih awal itu dibuka, petugas-petugas BA dari keADILan memastikan setelah undi pos itu diperiksa dan dimasukkan dalam tong, tong itu dikunci dengan dua tiga mangga kuat sebelum diseal. Cek Det nanti tentu akan selidik apa sebab Menteri Najib tidak dapat mengawal keadaan ini. Pada hal Najib ada pengalaman menang pilihanraya dengan majoriti 241 undi saja, yang diperolehi melalui undi pos. Itu sebab dia sering dipanggil wakil pos dan bukan wakil rakyat. Apa sebab Najib wakil pos ini tidak berjaya mendapatkan majoriti undi pos bagi si-calon MIC di Teluk Kemang itu? Cili Api percaya tentu Cek Det akan cuba menekan pengundi-pengundi pos di sini, terutama mereka yang berpangkat tinggi. Beliau tentu akan memerintah SPR supaya membuat sesuatu perubahan yang boleh memastikan BN dapat majoriti undi pos pada masa akan datang. Itu sebabnya Cili Api mahu mendesak supaya undi pos dibuang dengan cara telus dan terbuka. Pengundian mesti disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding. Tidak macam sekarang, tak boleh saksikan pun. Cili Api harap Cek Det tidak terlalu cepat menggelepar dan membuat tuduhan liar. Di Teluk Kemang BNlah yang menggunakan isu kaum dan agama. Di seluruh negara, semasa dan selepas pilihanraya umum, Cek Detlah yang menimbulkan hal-hal yang memecahbelahkan Melayu dengan bukan Melayu, dan Melayu dengan Melayu. Cukuplah. Jangan gila kuasa sangat. Insaflah. Cili Api ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>