*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api 95

Pedas-Pedas Cili Api
(23hb Mei 2000)

Liong Sik Mahu Hanyut?

Cili Api terkejut juga apabila mendengar bahawa Presiden MCA Ling Liong
Sik
mengumumkan  beliau telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai
Menteri Pengangkutan. Pengumuman itu dibuat secara mendadak dalam
mesyuarat
Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat MCA. Perletakan jawatan itu
ditolak
oleh badan pimpinan MCA. Tetapi Ling berkata keputusannya tidak berubah.

Khabarnya Ling telah berbincang dengan Perdana Menteri tentang hajat
beliau
ini minggu lalu. Tetapi tidak ada tanda bahawa Ling sudah menyampaikan
surat
rasmi perletakan jawatan kepada PM. PM Cek Det memberitahu pemberita
beliau
akan meminta supaya Ling menarik balik hajatnya untuk bersara itu. Ada
kemungkinannya dengan pengumuman badan pimpinan MCA dan Cek Det, Ling
tidak
akan jadi berhenti. Cili Api rasa mungkin dia main acah-acah politik
saja.
Jikalau tidak tentu dia sudah mengemukakan surat rasmi.

Ada juga alasanlain. Semua orang tahu anak Ling, bernama Ling Hee Leong
sekarang ini menghadapi masalah ekonomi yang genting. Sebelum krisis
ekonomi, beliau telah melabur sebanyak RM2 bilion untuk menguasai empat
buah
syarikat yang tersenarai dalam BSKL. Beliau berhutang RM1 bilion untuk
pelaburan ini. Apabila krisis ekonomi berlaku, beliau terjerat.
Syarikatnya
merosot. Beliau terpaksa membayar bunga sebanyak RM7 juta sebulan.

Cili Api fikir Chee Leong terselamat daripada tindakan mahkamah hanya
kerana
bapanya yang menjadi menteri dan presiden MCA itu dapat melindungi
nasibnya.
Itu sebab ada orang yang senang hati Soh Chee Weng, yang tahu tentang
tembelang Ling dan anaknya, tak balik ke Malaysia. Apa akan jadi jikalau

bapanya Ling berhenti jadi menteri? Sanggupkah Ling membiarkan anaknya
terkapai-kapai bersendirian saja nanti seandainya beliau berhenti?

Cili Api tidak dapat menduga apa sebenarnya punca utama tindakan Ling
ini.
Nampaknya ia ada kaitan dengan pertentangan dalaman MCA. Ada pihak dalam
MCA
tidak puas hati kerana MCA tidak mendapat jawatan lebih dalam kabinet,
walaupun orang Cina (MCA) telah menyelamatkan BN (Mahathir) dalam
pilihanraya lalu. Lagi pula, golongan yang dipimpin oleh Lim Ah Lek
merasa
mereka sudah diketepikan. Ling telah memilih tiga daripada empat orang
menteri dari golongan penyokongnya sendiri. Sebaliknya, Ling tidak
memilih
Chan Kong Choy, dari golongan Lim Ah Lek.   Sekarang Ling menyatakan
orang
yang terbaik untuk menggantinya ialah Kong Choy. Semacam merajuk saja
bunyinya.

Cili Api rasa memang tidak mudahlah bagi Cek Det melepaskan saja Ling.
Cek
Det memang banyak terhutang budi kepada Ling. Kita mesti ingat bahawa
apabila mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO pada tahun 1987, dengan
sendirinya Ling, selaku presiden MCA telah menjadi Pengerusi BN. Ketika
itulah beliau memanggil mesyuarat BN dan menyerahkan jawatan  Pengerusi
BN
kepada Cek Det, sementara menunggu UMNO dihidupkan semula. Sebenarnya,
sekurang-kurangnya dari segi teori saja, sekiranya Ling hendak memegang
terus jawatan itu atau menyerahkan jawatan itu kepada orang lain
(seperti
Tunku, Hussein Onn atau Kuli), maka dengan persetujuan BN beliau boleh
berbuat demikian. Tetapi sebaliknya beliau terus membuktikan taat
setianya
kepada Dr Mahathir. Baik sungguh budinya, dan takkanlah Cek Det sudah
lupa.

Ada satu perkara yang menarik daripada kenyataan tiga para yang dibaca
oleh
Lim Ah Lek bagi pihak Majlis Presiden MCA. Perkara ini merujuk kepada
bahagian yang menyatakan bahawa Ling menyebut beliau sudah lama menjadi
menteri, iaitu 14 tahun, dan memang sampailah masanya bagi beliau
mengundurkan diri. Cili Api lihat bahawa Cek Det pun ada merujuk kepada
alasan yang diberi oleh Ling ini. Cili Api kira ini boleh merupakan
sindiran
kepada sesiapa yang sudah memegang jawatan lebih lama lagi, tetapi masih

enggan berundur.

Cili Api memang sudah berkali-kali mendesak supaya Ling meletakkan
jawatan
kerana berbagai-bagai mala petaka dan skadal yang telah berlaku di bawah

batang hidungnya, terutama berkaitan dengan kebakaran di lapangan
terbang,
MAS dan lain-lain. Bahkan dalam Cili Api 92 kami mendesak sekali lagi
beliau
letak jawatan, oleh kerana skandal pengangkutan bahan toksik dari
Beijing
dalam bulan Mac lalu. Tetapi perletakan jawatan ini tidak ada kaitan
dengan
beliau mengambil tanggungjawab ke atas semua malapetaka dan skandal itu.

Namun begitu Cili Api rasa gembira juga.

Sebenarnya, Cili Api lebih gembira jika Cek Det berundur. Ramai rakyat
yang
hendakkan beliau berundur, tetapi Ling pula yang berundur. Sudah tentu
Cek
Det tidak akan melakukan perkara seperti ini, walaupun secara ironis,
beliau
sudah lebih lama di teraju pemerintahan daripada Ling. Kalau boleh Cek
Det
mahu terus menjadi PM selama seribu tahun lagi. Beliau gembira hidup
mewah
dalam mahligai. Lagi pula, beliau takut akan tindakan yang boleh diambil

terhadap diri, anak serta kroni-kroni beliau sekiranya berundur awal.
Malaysia boleh! Mahathir lebih boleh!

Cili Api.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke