*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                                                                 Artikel
Terpiliih

-=-------------=-

                                                                   Cinta
Internet

                      Nasihat itu di sukai oleh para teman dan guru ibarat
lampu nan terang di kegelapan malam, dan juga di sukai oleh para ulamayang
di muliakan, yakni mereka sebagai pewaris para Nabi dalam menjaga sumber
ilmu pengetahuan. Dan saya tetapmengharapkan kepada para cerdikpandai dan
ulama besar, sudi kiranya beliau memperbaiki kesalahan isi kandungan ini
sesungguhnya manusia itu tempat lupa dari tangan yang sia-sia atau
hasilnya pun seperti membuang barang berharga di
  Sungai Nil. Allah memberikan kita petunjuk kepada sesiapa yang
mengkehendaki ke jalan lurus. Dan cukuplah Allahsebagai Tuhan ku dan Dia
itu sebaik-baiknya pimpinan.... 

**********************************************************************

                      Maka di sini bermula.. Di sini saya ingin memaparkan
persoalan yang senantiasa ditanyai oleh kawan kawan chat saya semuga ia
boleh menjadi iktibar bersama dan menjadi pengajaran bersama kerana ia
boleh melalaikan kita sendiri selaku peng'chat'.

                      Masalah percaya atau tidak percaya, bukan pokok. Dan
tidak salah jika seseorang lelaki itu atas dasarnya ingin mencari calun
isteri. Tetapi pokok persoalan nya sejauh manakah patut hadir rasa cinta
dan cara perlaksanaannya. Masalahnya
sejauh manakah dia natara kita dapat mengawal perasaan sendiri????? Malah
apa yang saya lihat, ramai sekali mudah jatuh hati pada seseorang tanpa
mempertimbangkan unsur-unsur agama ialah 'sekufu'. Dalam erti mudah,
kesesuaian diantara jiwa , hati baik dari segi rohani, sifat diri, akhlak,
bakcground agama, kekeluargaan, harta dll perlu di ambil kira.

                      Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran
nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik, susunan kata katamanja
yang menarik perhatian , penerusan ungkapan manja yang sekaligus
melalaikan kita walaupun baru 4/5 kali chat dan kemudian di ekori dengan
tarikan suara lunak dalam telefon yang berterusan.

                      Malah hadiri rasa rindu yang tak terkawal kerana
'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik. Memang benar kata orang
'cinta itu buta'. Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya
dan memikirkan secara rasional..Kawallah
emosi anda dan sabarlah untuk 'masa'.

                      Dalam chat ini, saya lihat lelaki dan perempuan
tidak segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda. 
        Sesungguhnya , bermula dari usik mengusik begitu akan membuahkan
rasa 'zina hati'. Jika benar benar anda ingin kan perempuan itu untuk di
jadikan isteri; bersifatlah gentleman, bercakaplah berterus terang setelah
anda benar benaryakin.

                      Ingatlah:-

                      " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang
lebih berbahaya
                      kepada lelaki melainkan wanita"

                      (Muttafaq Alaihi)

                      Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar
jujur; beranilah berterus terang terhadapnya.

                      Hormatilah pendiriannya dan biarlah secara perlahan
lahan senan anda tidak mengenali sebenar akan dirinya. Manusia bisa menipu
untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri.

                      Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam Islam;
lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan
dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa.
Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat
membentengi nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar
perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan
yang perlu saja. Nyatakan pendirian anda, akhlak mahupun
yang baik dan buruk, dan jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri
, sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah, anda berdua benar-benar menjadi
jodoh di antara kedua-duanya. Tidak berguna menyesal di kemudian hari
sebab tiada kerasiandan kesefahaman.
                      Malah seorang Ustaz pernah bercerita dengan saya di
dalam chat MRIC, seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk berkahwin
setelah bertukar gambar dan bercakap melalui telefon..

                      Amalan yang khusus sepertimana yang di terangkan
kepada saya; kamu hendaklah lihat dia secara nyata ( face to face) bagi
memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi hendaklah di temani
oleh mahram kamu di tempat yang tidakmenimbulkan fitnah.

                      Ini tidak......................Saya dengari dari
sahabat-sahabat lain ada juga yang membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan
ahli keluarga dan ia menonjolkan sifat pemuda pemudi Muslim yang tidak
berakhlak.
                      Jangan nak kata , orang yang pernah berusrah
menganggotai kumpulan perbincangan Islam) pun tidak tahan hati.

                      Saya berharap benar agar sahabat-sahabatku semua
agar faham dan jagalah maruah diri masing masing .Jangan terlalu berani
dan tanamkan sifat malu kerana firman ALlah Ta'ala "Sesungguhnya orang
orang yang beriman itu bila di sebut namaAllah maka gementarlah hati
mereka" dan "Bertambah-tambahlah keimanannya"

                      Jika anda hanya ingin bersahabt bisa ajepun. jikalau
teringin mengenali bagi kedua belah pihak pin; eloklah juga ditemani
mahram bagi menghindarkan fitnah. Kuranglah bertelefon kerana masa yang
panjang dan kekerapan hanya akan
membnearkan syaitan melunakkan hati masing masing dalam keadaan asyik.
Gunakanlah suara yang mendatar dan bercakaplah secara formal. Apa salahnya
guna kaedah email yang nyata lebih terancang dan lebih berhati.,Malah
masukkanlah ingatan akan pergaulan cara Islam yang bisa mendidik hati
sendiri dan teman anda untuk memperbaikikelemahan masing masing.

                      Salinglah tegur menegur dan nasihat dan menasihati
,Itulah cinta yang hakiki. Ia bukan sahaja sebagai benteng pertahandiri.
Janganlah pula anda bersalah sangka akan 'kebaikan' seperti si perempuan
tidak mahu beri no telefon atau kurangkanbilangan dan masa bertelefon;
Hargailah pendirian teman anda. Sesungguhnya segala kebaikan akan
kelihatan'gharib/asing' buat kebayakan manusia. Jika anda menghajati
seseorang untuk di jadikan calun suami/isteri atau mencitaiseseorang
tetapi teman anda seolah tidak dapat memberi keputusan atau perasaan anda
ditolak; redhalah dengan hati yang tenang kerana orang yang beriman akan
tenang; redha dan memperhalusi gerak gerinya sendiri.Kesabaran dan
kebijaksanaan akan membuahkan hasil yang cantik dan nyata. Jangan
mengambil jalan yang singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.

                      Gunakan artikel ini, sambil edarkan artikel Islam
dan nasihatlah untuk sama sama kita renungi dan menjadi peringatan buat
kita sendiri.

                      Sentiasa belajarlah dan tuntutlah ilmu kerana:

                      Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan
(Riwayat Muslim)

                      " Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi
pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah
menjadi jahil"

                      Wahai semua sahabat tenet yang ku
kasihi,Sesungguhnya rasa sayang terhadap sesama sahabat tak dapat kita
bendung. 

                      Adakala kita tersalah tafsir akan perasaan diri
sendiri dan ada juga teman tersalah tafsir akan kata kata kita....So,
bagimemudahkan pemahaman yang jelas ...nyatakan perasaan anda secara jujur
. Ada juga oleh kerana ruang masa berchat
mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.

                      Bergurau biarlah sekadar asas gurauan yang baik dan
berchat biarlah asas kata -kata yang baik dan berhikamah.
                      Sesungguhnya ia akan melatih dan mengikis sifat
sifat mazmunah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..

                      Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar
seorang wanita yang kelihatan seperti rupawan. Janganlah guna ayat pujuk
rayu sehingga menggoda perasaan orang.

                      Malah Saidina Ali (r.a) telah berkata, akhlak dan
laku adalah asas pokok iman. Orang yang mencintai Allah , dia berhati hati
kerana Sabda Rasulullah (s.a.w)

                      "Kebekuan air mata itu dari kerasnya hati, Kekerasan
hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu dari sebab banyaknya
angan angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"

         Oleh itu janganlah menghampiri fitnah, yakni pergaulan yang tidak
terbatas dalam Islam..Bukan masalah sombong, dan main main tetapi pokoknya
iman dan akhlak hendaklah dijaga. Sesungguhnya 'Jihad hati' yang perlu
kita tangani bersama. 

                      Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah sahaja;
sesungguhnya cinta kepada manusia hanya sementara; jika benar anda ingin
tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ; tebarkanlah oleh kerana
mengharapkan keredhaan Allah.. Janganlah sahabat sahabatku menjadi perosak
iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.

                      Dan akhir sekali, ada satu cerita mengenai betapa
perempuan dan lelaki wajib menjaga hawa nafsu masiing-masing.

                      Diceritakan :

                      dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As Samarqand
.....

                      "Adalah Hasan Bashri semasa mudanya, tampak segak
mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota
Basra. 

                      Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh
padat dan berisi maka Hasan Bashri mengikuti di belakangnya.Si wanita  itu
menoleh ke belakang seraya berkata :

                      "Apakah engkau tidak malu ??? "

                      "Malu kepada siapa?", kata Hassan Bashri

                      "Malu kepada Dzat (Allah) yang Maha Mengetahui, mata
yang khianat 
                      dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu", jawab
wanita itu.

                      Oleh kerana timbul rasa cinta, tidak sabar dan tidak
terkuasai
                      nafsunya, Hasan Bashri terus menerus mengikuti
wanita ini.

                      Jawab wanita itu : -

                      "Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku"

                      Kata pemuda itu : -

                      "Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"

                      Jawab wanita itu :

                      "Kembalilah, nanti saya akan kirimkan padamu,
apa-apa yang engkau inginkan"

                      Hasan Bashri mengira, bahawa wanita itu telah merasa
bahawa cintanya disambut maka diapun kembali.

                      Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan
Bashri dengan membawa sebuah nampan yang tertutup dengan saputangannya.

                      Hasan Bashri membuka penutup, terpandang akan
sepasang mata wanita tadi.

                      Kata pelayan itu : "Sesungguhnya berkata ... saya
tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona)
seseorang"

                      Gementarlah hati Hasan Bashri, berdirilah bulu
romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,

                      "Sungguh celaka engkau, sudah berjanggut tidak lebih
malu daripada wanita itu "

                      Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu,
berterus-terusan menangis semalaman.

                      Pagi-pagi harinya, dia datang ke rumah wanita itu,
untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata
tersebut telah meninggal dunia.

                      Hasan Bashri menangis sehingga 3 hari lamanya dan
pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga
dan Hasan Bashri berkata kepadanya dalam mimpi.

                      "Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "

                      Kata wanita itu ;

                      "Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya
telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah, oleh sebab engkau"

                      Kata Hasan lagi ;

                      "Berilah aku nasihatmu"

                     "Kalau engkau bersendirian, berzikirlah {ingatlah}
kepada AllahTa'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepadaAllah
serta bertaubatlah kepadaNya."

                      Pemuda itu menerima nasihatnya serta melaksanakannya
sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana
kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.  Dan diapun memperolehi
darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.

                      DARI TANGAN YANG MULIA LAGI FAQIR DAN DURHAKA, yang
mengharapkan rahmat Tuhannya yang Maha Kuasa kelak pada hari ubun-ubun
dipungut (Qiamat) yaitu Ustman bin Hasan bin Ahmad Syaikh Al Khaubawany
sebagai sumber rujuk silang dan kita Durratun Nasihin.

                      Aku memohon kemaafan dari Allah sebagai kefaqiran
dalam ilmu dan keredhaanmu ... Ya Allah ....Last but not least, diharap
semua sahabat-sahabat lain edarlah kepada seberapa ramai teman buat
peringatan dari kita-kita yang lupa.artikel diambil daripada seorang hamba
Allah...

PS : Sekiranya anda mempunyai artikel menarik, sila kirimkan kepada
[EMAIL PROTECTED]
Artikel Terpiliih

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke