*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salamun 'alaikum,

Tak berapa lama dahulu ada satu pesta yang dianjur
oleh memanda mamak ‘boh’ keling pedukang seri tukang
tarik pelancong serta pelencong asing mahupun
tempatan. Beria-ia benar nampaknya mamak keling tu
cuba menunjuk hebat didepan Raja Baru Tanah Melayu
dengan mengadakan pesta terlarang yang belum pernah
diadakan sebegitu hebat. Kehadiran penari-penari serta
tukang hibur, tukang liuk-lintuk, tukang tayang tubuh,
tukang salak dan pelbagai tukang lagi yang jumlah
mereka mencecah 5 ribu 2 ratus atau lebih dari itu.

Kononnya mamak keling pedukang tarik pelancong asing
cuba menunjuk gah bahawa pesta yang dilangsungkan
hingga larut dinihari itu mampu menggemilangkan nama
Malaysia sebagai negara yang kaya, kaya dengan
tradisi, kaya dengan amalan budaya, kaya dengan
masyarakat ethnik yang bersatu padu, kaya dengan hasil
mahsyul isi bumi, kaya dengan adab sopan yang tinggi
walaupun sebaliknya bermacam sifat kaya yang tidak
ditonjolkan secara terang tapi tampak jelas.

Antara kekayaan Malaysia yang tak ditonjolkan dalam
agenda pesta citragila tersebut adalah kaya dengan
idea gila mengadakan pesta tayang tubuh yang mana
negara nusantara lain tak mampu lakukannya, kaya
dengan kemampuan jentera kerajaan menghabiskan
belanjawan jutaria negara dalam beberapa jam sahaja,
kaya dengan keberanian tukang tayang tubuh dan
tukang-tukang lain melanggar hukum janji kepada
Tuhannya, kaya dengan kemerepekkan fakta sejarah yang
diperkotak-katikkan, kaya dengan kedaifan
pemimpin-pemimpin negara yang seperti mamak keling
mengadakan acara ‘non-value added’ kononnya dapat
memperkayakan tabung negara.

Kepada mamak keling pedukang tukang tarik pelancong
dan pelencong aku nak tanya,

Berapakah modal mamak memanda habis untuk pesta gila
tu ?
Berapakah keuntungan setakat ini hasil dari acara
pesta gila tu ?
Berapakah jumlah pelancong dan pelencong yang menyerbu
masuk negara, mempelajari seni budaya warisan negara
dan pulang ke negara masing-masing dengan
mengamalkannya ?
Apakah motif sebenar siri-siri pesta gila yang mamak
keling cuba ketengahkan sebagai kepala kementerian
kesenian kebudayaan dan pelancongan ?

Tidakkah ada acara lain yang lebih positif, lebih
menarik penghuni luar negara untuk kesini mempelajari
teknik dan taktik seni budaya positif masyarakat
Malaysia seperti membantu golongan kurang upaya secara
berterusan, menghapuskan kefakiran dan kedaifan rakyat
secara total, meningkatkan taraf ilmu rakyat kearah
masyarakat ilmiah dan maju serta pelbagai lagi acara
yang lebih manfaatnya jika dibandingkan dengan
siri-siri acara yang mamak telah dan akan lakukan.

Mamak sebagai ketua keling pedukang tukang jaga seni
budaya seharusnya menghalusi terdahulu takrif dan
tuntutan sebenar seni budaya yang positif dan bukannya
cuba mengetengahkan budaya lapok yang membazir serta
kurang memberi manfaatnya kepada masyarakat kini yang
kian dahagakan kebenaran serta kemajuan ilmu.
Aku mintak mamak hentikan sandiwara, lakonan dunia ni,
ramai dikalangan manusia bertamaddun tinggi kini sudah
tidak lagi memandang sesuatu yang telah jauh
ketinggalan yang tidak pasti ianya benar atau mitos,
buat malu negara saja..

Sekian~


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke