*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumussalam


Ini ada satu cerita berkenaan tarik duit!!!

Cerita ini berlaku lebih kurang 8 hingga 10 tahun lepas di kampung saya di 
Kelantan.

Suatu ketika dulu ramai orang kampung saya yang percaya tentang kisah 
mengkarung ekor bercabang,cicak ekor dua, dulang tembaga warna putih dan 
sebagainya. Dimana kesemua ini dikatakan sebagai pengeras untuk Tarik Duit.

Alkisah nya bermula bila seorang orang kampung saya yang terjumpa seekor 
mengkarung ekor bercabang dua. Heboh la satu kampung dan satu mukim 
berkenaan mengkarung ini. Ramai yang datang berduyun-duyun dari pelusuk 
kampung untuk melihat mengkarung ekor bercabang tersebut.

Cerita mulut ke mulut pun bermula (biasalah orang kampung).Ada yang ingin 
membeli dan dikatakan menawar harga yang tinggi.Tapi si terjumpa mengkarung 
itu tak tamak duit katanya.

Kerana percayakan sesuatu yang ajaib, mereka memikirkan benda yang ajaib 
akan mendatang satu keajaiban yang lain. Maka timbullah cerita perihal 
cerita Tarik Duit ini.

Adalah beberapa orang yang mengakui bomoh dan pandai + boleh tarik duit 
menggunakan mengkarung ekor bercabang. Ada seorang Hamba Allah ini (lupa dah 
nama) mengakui kenal seorang bomoh yang terror dari Negara Thailand.

Maka bomoh yang 'terror' itu dijemput dari Thailand yang dikatakan mampu 
Menarik Duit. Sampai saja bomoh tersebut ke kampungku itu, dipertunjukkan 
segera kepadanya tentang mengkarung 'ajaib' tersebut.

Diringkaskan cerita, sampailah masa, waktu ditunggu upacara perbomohan Tarik 
Duit. Dimana bomoh tersebut meletakkan beberapa pergeras.
1) Mengkarung itu hendaklah disembelih dengan cara Islam.
2) Menyediakkan satu dulang tembaga berwarna putih.(sebagai tempat "landing" 
duit itu.Lagi besar lagi baik.
3) Sejumlah Duit (jumlah sebenar lupa, tak silap lebih RM 5,000 kerana ada 2 
orang yang sanggup jual 2 ekor lembu jantannya).
4) Sebuah rumah yang tak diduduki lebih dari 40 purnama.

Apabila cukup saja syarat yang ditetapkan walaupun mengambil masa yang agak 
lama untuk disediakan maka upacara itu pun berjalanlah.

Upacara tersebut berlaku kalau tak silap pada Malam Selasa, di rumah buruk 
tersebut.

Setelah jampi serapah, mentera dan sebagai dibacakan oleh Tok Bomoh 
tersebut, duit yang dijanjikan tak muncul-muncul dan tak dapat ditarik.

Apabila lama pelabur tersebut menunggu, maka ada seorang dua yang berani 
menanya setelah agak bosan dan hilang sabar.

"Tok bomoh bila agak duit akan jatuh", tanya pelabur pertama.

Apa yang bomoh tu jawab;

"Duit tak dapat ditarik kerana duit masih lagi muda dan tak cukup masak, 
kalau tarik jugak nanti duit itu koyak", jawab Tok Bomoh.

Lepas tu heboh satu kampung dan kedengaran Bomoh tersebut sudah menipu dan 
bawa pulang duit balik Negara Thailand.

Itu saja yang saya ingat.

Ambillah ikhtibar dari kisah diatas.


Yang Benar
Diana






>assalamualaikum,
>
>Ni ha nak mintak sesapa boleh explain pasal tarik
>duit..
>betul ka? dengar boleh guna "khadam" untuk tarik
>duit???
>
>ada ke dlm hizbi ni yg dapat duit tarik???
>
>wasalam
>
>Pengirim: ctl alt <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Srikandi Timur" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke