*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
http://www.bigfoot.com/~hafnie
http://orgmaya.cjb.net

_______________________________________________________

E-Makalah Bil 15 7 Apr 2000 - Applikasi Secara Terbuka
_______________________________________________________


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat.
Ini adalah E-mail yang dikirimkan kepada
sahabat-sahabat yang menyertai melalui Onelist(Egroups)
dan juga Listbot.
Ia juga dipanjangkan kepada senarai email tertentu.

Sila abaikan e-mail ini jika saudara/i tidak kehendakinya.
Jika e-mail ini adalah satu gangguan sila hantarkan e-mail
kepada [EMAIL PROTECTED] untuk membuat laporan.
Sila rujuk akhir Ema ini untuk berhenti atau sertai
senarai yang Haris kendalikan.

(1) Applikasi Secara Terbuka (AST)
    Open Source Software (OSS)
(2) Netscape
(3) Linux
(4) StarOffice
(5) OpenContent
(6) VNC http://www.uk.research.att.com/vnc/
(7) Kempen Penggunaan Applikasi Secara Terbuka (KEMOSS)
(8) Pertukaran Autoresponder

(1) Applikasi Secara Terbuka
============================

AST adalah applikasi dimana kod-kod aturcaranya adalah
dibina secara terbuka antara "programmer" yang selalunya
dihubungkan antara mereka melalui rangkaian Internet.

Sesiapa sahaja yang berkemampuan dalam membina applikasi
boleh menyertai kumpulan pembinaan AST.

Sejarah AST bermula dengan wujudnya pendapat membina applikasi
secara kod terbuka. Pergerakan "Opensource"
http://www.opensource.org/ telah membayangkan keadaan seperti
digambarkan.

Untuk memastikan perkara ini benar-benar berlaku, opensource
telah merangka beberapa garis panduan untuk membantu
perkembangan AST.

Antara yang perlu diambil perhatian adalah GPL GNU Public
License. Adakala dipanggil sebagai Copyleft.

GPL adalah lesen umum untuk mereka yang mahu membangunkan
applikasi secara terbuka, dimana kod-kod applikasi itu
adalah milik umum dan boleh dilihat dan diubah oleh
mereka yang berminat dengan pembangunan applikasi dibawah
GPL ini. GPL memastikan bahawa Applikasi yang dibina
secara terbuka akan terus dibina secara terbuka dan ia
boleh digunakan dengan percuma tanpa terikat dengan pembayaran.

GPL juga untuk memastikan kod-kod applikasi GPL
tidak disembunyikan dan ia membolehkan orang lain untuk mengubah
applikasi itu menjadi lebih baik lagi atau mengetasi
masalah yang mungkin timbul tanpa perlu menunggu pembina
asal membuat perubahan.

Disamping itu juga, ia dapat memastikan penerusan dalam
pembinaan sesuatu applikasi itu, walaupun mungkin pembina
asal sudah tidak berminat lagi.

Masalah yang mungkin timbul adalah soal hakcipta, dimana
AST dibawah GPL adalah hak umum, pembina asal tidak dapat
menuntut bayaran royalti atau menuntut hakcipta ke atas
applikasi yang asal dibina olehnya.

Namun begitu bagi mereka yang mahu mengekalkan hakcipta
applikasinya dan masih mahu membuka kod-kod kepada umum
boleh mengunakan lesen Berkeley Software Distribution
(BSD).

Didalam lesen BSD, kod-kod applikasi adalah secara terbuka,
boleh diubah dan disebarkan kepada orang ramai secara
percuma ataupun dengan bayaran yang minima. Perbezaan
dengan GPL adalah kepada Hakcipta. Applikasi dengan
lesen BSD, hakcipta dimilik oleh mereka yang mempunyai
hakcipta keatas AST itu. Ia bukan hak umum. Ia mempunyai
Hakcipta pembina asal AST itu.

Bagi pengguna sama ada GPL ataupun BSD, pemilikan dan
penyebaran AST adalah percuma.

(2) Netscape
============

Satu masa dahulu Netscape hampir menguasai 80 peratus
daripada penggunaan pelayar Internet dunia. Dengan
kedatangan Internet Explorer. Netscape telah banyak
kehilangan penguasaannya dan ini telah memaksa Netscape
membuka kod-kod pelayar Nescape Comunicator kepada
umum.

Netscape telah mengumumkan projek Mozilla
http://www.mozilla.org dimana kod-kod dibangunkan secara
terbuka diseluruh dunia.

Lesen pelepasan kod-kod Netscape, adalah seperti
lesen BSD. Dimana pembangunan Netscape dilakukan secara
terbuka, namun Netscape masih memiliki hakcipta ke atas
kod-kod applikasinya.

Netscape Communicator terdiri daripada Applikasi membaca
Email dan News, Navigator untuk melayari Internet, Composer
untuk membuat laman dan pelbagai lagi.

Oleh kerana M$ telah memasang IE didalam Win95/98, maka
pengguna telah hanya mengguna IE tanpa memikirkan kesan
jangka panjang kepada persaingan yang sihat.

Mungkin bagi kita dengan memikirkan IE percuma dan sedia
terpasang kita menggunakan IE, namun kita
sebenarnya telah hampir membunuh syarikat Netscape yang
mempunyai ciri dan idealogi persaingan yang sihat.

Bukan setakat Netscape sahaja yang menghadapi kesan ini.
Pelbagai lagi applikasi pelayar laman seperti Adora juga
hampir mengalami kepupusan.

Pilihan adalah hak pengguna, maka bagi Haris bila
membuat pilihan, Haris berhak menggunakan apa sahaja
pelayar yang Haris suka. Haris tidak mahu dipaksa pakai
pelayar yang telah sedia ada dipasang didalam OS yang
Haris gunakan.

Maka pilihan Netscape adalah yang terbaik bagi Haris.
Netscape adalah projek applikasi secara terbuka dan
ia telah banyak membimbing ramai pengaturcara tanpa
mengira batasan negara, ugama dan budaya. Ia juga boleh
didapati secara percuma dengan menggunakannya akan
memastikan AST terus berkembang dengan sihat.

Maka rendahbebanlah Netscape di
http://www.netscape.com


(3) Linux
=========

Linux adalah saingan utama kepada Win95/98 yang
setakat ini hampir menguasai 90 peratus daripada komputer
di rumah.

Linux dibangunkan secara terbuka ia semakin matang dengan
pelbagai applikasi telah dibina untuknya. Yang penting
sekali adalah antara muka atau Desktop Linux yang berdasarkan
Xfree, mampu saingi Desktop Windows itu sendiri.

Desktop Xfree ada pelbagai binaan, antaranya KDE, Gnome
sekadar menyebut beberapa nama. Kita tidak terikat
dengan hanya satu atara muka (interface).

Linux juga bukan sekadar OS untuk pengguna dirumah, ia
juga mempunyai kemampuan menjadi pelayan komputer
sama seperti WinNT.

Apache untuk pelayan Laman. Samba
untuk pengkongsian fail-fail seperti jaringan Windows,
Routed dan Gated untuk menjadi ia seperti router,
dan NIS untuk kawalan pusat pengguna dalam rangkaian.

IPmasquerding untuk pengkongsian talian internet
kepada pelbagai PC. IPchain untuk menjadikan
Linux kita seperti Firewall, Sendmail untuk
pengurusan email, NFS untuk pengkongsian fail antara
pelayan, dimana NFS dilihat seperti berada dalam
komputer pelayan itu sendiri.

FtpD untuk pengkongsian fail dalam Internet dan juga
Intranet, ia juga boleh menjadi pelayan NEWS dan
juga siapa tidak pernah mendengar Majordomo.

Dan bagi Komputer Super, Bewolf untuk komputer
cluster, antara pelbagai komputer. Gabungan komputer
ini digunakan untuk kajian dan penyelidikan bagi
masalah yang sukar dan melibatkan penggunaan komputer
yang laju. Oh yaa, bagi yang melihat filem Titanic,
kesan grafik adalah gabungan Komputer Compaq dengan Linux.

Sekadar menyebut beberapa perkara yang Linux mampu
lakukan. Semua ini adalah dibangunkan secara terbuka
dan ia adalah percuma dan mungkin hanya melibat
kos yang rendah.
http://www.linux.org/apps/index.html

Mengapa bayar lebih ?

Haris mengakui adalah sukar sedikit untuk mendapat
sokongan dalam Linux di Malaysia. Linux masih baru
di Malaysia. Namun begitu kumpulan sokongan ini
semakin matang dan berminat membantu bagi
yang baru. Sila lawat laman
http://www.my-linux.org .

Ini adalah kumpulan perbincangan
tempatan yang boleh diajukan pelbagai masalah Linux
kepadanya.

Disamping itu juga beberapa vendor besar seperti
IBM, HP dan Compaq telah menyatakan sokongan kepada
Linux. Haris pasti jika, kita membeli komputer daripada
vendor ini, kita boleh membuat pilihan untuk memasang
Linux dan mendapat sokongan kepada masalah Linux.

Bagi yang baru bermula, laman http://www.linux.org
dan http://www.linux.com adalah antara laman yang
sepatutnya dilawati. Laman-laman ini akan membawa
kita kepada laman-laman rujukan yang lain.

Linux boleh direndah-beban daripada pelbagai laman.
Oleh kerana Linux boleh didapati dengan pelbagai
"Distribution" ataupun Distro kita boleh boleh memilih
yang mana sesuai untuk kita.

Distro adalah Linux yang digabungkan dengan pelbagai
applikasi yang sesuai. Linux sahaja adalah Kernel yang
menjadi asas kepada OS. Pelbagai syarikat wujud
dan membina Linux dengan pelbagai tujuan.

Distro memudahkan seseorang pengguna memilih Linux
berdasarkan tujuannya menggunakan Linux. Contohnya,
RedHat Linux adalah Distro yang mudah untuk dipasang
bagi pengguna baru. RedHat juga mempunyai pilihan
sama ada pengguna mahu menjadikan ia sebagai server
atau sebagai Desktop biasa.

Mandrake pula adalah dibina untuk dijadikan sebagai
pelayan komputer yang hebat untuk pelayan laman dan
juga SAMBA.

Kita juga boleh mencuba Caldera, OpenLinux, SuSe dan
pelbagai lagi Distro.
http://www.linux.org/dist/index.html

Ada juga Distro yang dibina supaya ia boleh dipasang
bersama Win95/98. Ia memudahkan bagi kita yang baru
mahu mencuba Linux tapi terhad dalam jumlah komputer
yang boleh digunakan. Antaranya adalah DragonLinux
dan juga Winlinux2000.

Linux adalah satu projek besar. Rendah beban fail-fail
linux melibatkan fail-fail yang banyak dan besar.

Cuba dahulu mencari di kedai-kedai komputer. Tolong
beli yang original kerana ini adalah projek yang
memerlukan sumbangan kewangan yang besar.

(4) StarOffice
==============

StarOffice adalah pilihan selain daripada M$Office
yang kita selalu kita gunakan. Sama seperti Netscape,
StarOffice telah dibeli oleh SUN http://www.sun.com
namun ia masih dibina secara terbuka. StarOffice adalah
percuma dan lesen penggunaannya adalah BGL, Binary
General Public License.

(5) OpenContent
===============

GPL dibentuk untuk applikasi. Masalah pula timbul untuk
dokumen-dokumen yang ditulis untuk applikasi-applikasi
AST. Maka satu lagi lesen telah dibentuk untuk dokumen
-dokumen ini. OpenContent.

http://www.opencontent.org

(6) Virtual Network Computing
=============================

Virtual Network Computing (VNC) adalah applikasi kawalan
untuk Windows dan juga Linux. Ia digunakan untuk mengawal
sesuatu PC daripada tempat lain melalui talian Intranet
ataupun Internet. Sesuai untuk pengendali Cybercafe
untuk melihat apa yang penggunanya lakukan.
http://www.uk.research.att.com/vnc/

(7) KEMOSS
==========

Kempen Penggunaan Aplikasi Secara Terbuka adalah bertujuan
untuk menyedarkan orang ramai bahawa kita ada pilihan
untuk menggunakan pelbagai applikasi daripada AST.

Dengan KEMOSS, diharapkan AST akan berkembang dengan lebih
cepat dan meluas dan sebagai alternatif kepada applikasi
yang lebih murah.

http://alpha.mysmac.com.my/~hafnie/html/kemoss.html


(8) Autoresponder
=================

Autoresponder Haris kepada senarai kumpulan perbicangan
email khusus untuk masalah komputer dan internet telah
bertukar. Alamat terbaru adalah

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

Onelist sudah bergabung ke dalam Egroups. Dalam beberapa
bulan ini kita akan melihat perubahan alamat email sesuatu
kumpulan dalam Onelist.

Sila pastikan alamat email kita tidak tercicir.

===========

Setakat ini sahaja buat kali ini. Harapan Haris, sesuatu yang baik
dapat digunakan oleh saudara/i semua. Walau bagaimana pun,
Haris tidak dapat bertanggungjawab kepada sebarang masalah
yang timbul langsung atau tidak langsung hasil daripada penulisan
Haris. Situasi dan keadaan mungkin berbeza.

Semua tulisan Haris adalah pendapat peribadi tanpa membabitkan
sebarang organisasi. Haris cuba menulis dalam bahasa yang
boleh difahami oleh kita yang masih baru dalam komputer dan
juga Internet.

Sila hantarkan komen dan pendapat anda ke [EMAIL PROTECTED] .
atau [EMAIL PROTECTED], Haris sedia mendengarnya.

Sebarang masalah komputer dan internet harapan Haris dapat
diajukan kepada kumpulan-kumpulan perbincangan email yang Haris
telah kumpulkan. Sila hantar email kosong kepada autoresponder
Haris di [EMAIL PROTECTED] untuk mendapatkan senarai
kumpulan sokongan dan keterangan ringkas kumpulan. Haris
aktif didalam kumpulan dunia-digital. Jumpa disana.

Jika anda mahu berkongsi E-Makalah ini dengan orang lain. Harapan
Haris anda kirimkan kesemua E-Makalah ini tanpa ada sebarang
perubahan.

Haris amat menghargainya.

Sekian.

wassalam

: )

7 Apr 2K

==============================================================

Email ini adalah  OpenContent
- - - - -->  http://www.opencontent.org/opl.shtml
http://www.bigfoot.com/~hafnie
OPEN-SOURCE URL: http://www.muslimsonline.com/~open-src

Hakcipta Terpelihara 1998 1999 2000 - Harisfazillah Jamel

Untuk keluar daripada senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]

Untuk sertai senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]

Bagi senarai email listboat.
http://members.theglobe.com/hafnie/art/art.htm

Masalah komputer. Hantarkan masalah anda dengan menyertai
senarai email dunia-digital dengan menghantar email kepada
[EMAIL PROTECTED]

Masalah hendaklah dihantar kepada [EMAIL PROTECTED]

Bagi kumpulan sokongan lain. Hantarkan kepada Autoresponder
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

Keluaran lalu di
http://alpha.mysmac.com/~hafnie/makalah/ema.html

________________________________________________________


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke