Back to PEMANTAU - http://pemantau.tripod.com
 
 
 
EDAR ARTIKEL INTERNET
 
[ terompah kayu ]
 
SERUAN KEPADA :
Pucuk pimpinan Barisan Alternatif, PAS, KeADILan, PRM dan DAP serta NGO , ABIM, JIM GERAK, ADIL, GAGASAN, SUARAM, GAMIS, serta orang
perseorangan, Pegawai dan Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Mahasiswa, Guru - guru, Doktor, Peguam, Arkitek, Jurutera, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dll !!!!.
Adalah dengan ini diseru agar mengambil inisiatif melakukan tindakan, mewujudkan sebuah Jawatankuasa Khas/Urusetia/Pasukan Petugas bagi mengendalikan artikel
- artikel yang terdapat di dalam internet [ terutamanya ] ATAU menggunakan Jawatankuasa Penerangan yang sedia ada dengan kadar SEGERA dan lebih aggresif
lagi..
 
Jawatankuasa khas ini hendaklah ditubuhkan di peringkat ;-
 
Pusat [ Ibu Pejabat ]
Negeri [Perhubungan Negeri ]
Parlimen
DUN . [ Di peringkat ini ia mesti ditubuhkan dan digerak dengan kadar yang segera.]
 
Ini adalah peringkat terpenting. Semua Parti dalam Barisan Alternatif bersama NGO di dalam satu - satu Dewan Undangan Negeri , mestilah mewujudkannya segera.
Ketua -ketua Bahagian Barisan Alternatif, PAS/KeADILan, PRM dan DAP ; NGO hendaklah memanggil satu mesyuarat SEGERA. Tubuhkan SEGERA atau
gunakan jawatankuasa penerangan yang sedia ada.
 
Sumber - sumber artikel
 
Sumber - sumber artikel boleh di dapati dari internet [ Laman Reformasi, Mahafiraun, Pemantau, Reformasi Pendidikan Nasional, Jiwa Merdeka, Tranung Kite,
Terengganu Kita , Al Islah, DOI MOI, R4MAC dll ], Harakah, Eksklusif, Detik dan Tamadun.
 
Tugas Jawatankuasa Khas/Pasukan Petugas/Urusetia Mengumpul artikel Menganalisa artikel. Sesuatu artikel hendaklah dianalisa oleh satu kumpulan yang khusus,
terutamanya bagi mengkaji kesesuaian satu -satu artikel itu dengan tempat dan kumpulan sasaran serta dengan masa. Memilih artikel. Membuat salinan dan mencetak
Mengedarkan artikel.
 
Cara Edaran
 
Sesuatu artikel yang telah dipilih , sesuai dengan isu semasa, tempat, sasaran dan kandunganya hendaklah diedarkan secara berkala dan segera. Cara edaran boleh
dibuat seperti berikut iaitu melalui pos, kedai kopi, masjid/surau, Stesen bas, rumah ke rumah, tempat ceramah, tempat kerja/office dll.
 
Tempoh dan jangkamasa edaran
 
Kadar kekerapan artikel yang hendak diedarkan bergantung kepada beberapa faktor antaranya bergantung kepda berapa banyak isu yang dibangkitkan, berapa
banyak artikel yang disiarkan dalam sesuatu tempoh tertentu dll. Walaubagaimanapun, saya ingin mencadangkan supaya ianya dibuat dengan sekerap yang mungkin,
iaitu sekurang - kurangnya sekali [ 1 x ] seminggu, iaitu setiap minggu. Tetapi ianya boleh dilakukan, bilamana perlu, seperti setiap 2 - 3 hari sekali, bergantung
kepada isu - isu yang terjadi.
 
Kumpulan sasaran
 
Tiga kumpulan sasaran yang utama;-
 
UMNO/BN . Ini adalah kumpulan sasaran utama. Untuk kumpulan ini, seharusnya diedarkan setiap hari, bagi menyedarkan mereka dan seterusnya menumpulkan
ke'UMNO'an dan ke'BN'an mereka. Seboleh - bolehnya , supaya kumpulan ini, iaitu ahli - ahli UMNO/BN di peringkat bawahan lebih mudah untuk di'turn over'.
Dalam keadaan UMNO yang telah reput dan berulat, sokongan yang berkurangan, ahli yang merosot, dan orang - orang Melayu telah menolaknya, usaha ini akan
lebih mudah. Natijahnya nanti, lebih ramai orang - orang Melayu yang masih menjadi ahlinya akan meninggalkan UMNO dan menyertai BA, atau sekurangnya -
kurangnya mereka tidak mengundi BN dalam pilihanraya nanti.
 
Dalam pilihanraya ke - 10 lalu, sebahagian daripada ahli - ahli UMNO telah menyerahkan undi mereka kepada BARISAN ALTERNATIF. Untuk ini, ahli - ahli
UMNO yang telah sedar perlu ditarbiahkan mereka untuk terus kekal dan istiqamah menyokong BARISAN ALTERNATIF dan berada di landasan yang betul
sepanjang masa. Manakala, bagi golongan yang masih kekal menyokong UMNO dalam pilihanraya lalu, harus terus dibekalkan dengan maklumat terbaru dan terkini
permasalahan semasa , dengan harapan menjelang tahun 2004 nanti mereka ini sedar dan insaf, seterusnya akan turut menyokong BARISAN ALTERNATIF.
 
Pengundi atas pagar . Pilihlah artikel - artikel yang bermutu dan yang dikira boleh menarik mereka mengundi Barisan Alternatif dan kekal dengan pendirian itu
sehingga ke hari mengundi.
 
Golongan ini telah didedahkan dengan pelbagai maklumat semasa pilihanraya ke -10 lalu, sama telah jelas atau masih keliru. Ini tidak menjadi masalah kepada yang
telah faham, manakala bagi yang masih kabur dengan isu yang ditimbulkan, penerangan dan penjelasan seterusnya hendaklah dipertingkatkan. Golongan inilah yang
perlu diberikan tumpuan. Ini adalah golongan pengundi terpenting, yang akan memastikan BA menang nanti. Undi Pos dan Hantu dapat dipadamkan dengan
sokongan kuat daripada pengundi atas pagar ini dalam pilihanraya ke - 11 nanti.
 
Dalam pilihanraya ke - 10 lalu, majoriti dari kumpulan ini adalah penyokong dan pendokong kuat BARISAN ALTERNATIF. Peratusan yang menyokong
UMNO/BN adalah kecil, iaitu terhad kepada golongan - golongan yang kebanyakannya BERKEPENTINGAN samada dari segi jawatan, pangkat atau perniagaan.
Barisan Aletrnatif. PAS, KeADILAN/PRM/DAP. Tujuan artikel -artikel diedarkan untuk kumpulan ini adalah penting bagi memastikan mereka terus kekal dengan
BA sehingga ke hari mengundi. Tidak terpengaruh dengan kain pelikat, batik, duit, baja, kambing lembu, basikal dan lain - lain umpan di pagi hari mengundi.
 
Keperluan asas
 
Beberapa keperluan asas yang diperlukan, iaitu komputer berserta printer, kertas, catridge ink. Ini boleh didapati di PUSAT IT DAN KHIDMAT yang TELAH,
SEDANG dan AKAN disediakan di semua DUN dan Parlimen. Kawasan yang telah dimenangi oleh BA, maklumat berterusan penting untuk mengekalkan
sokongan. Manakala bagi kawasan yang kalah, maklumat terkini perlu untuk menawan hati pengundi setempat dan seterusnya memenangi DUN atau Parlimen
berkenaan.
 
Kesimpulan
 
Kita mempunyai jentera yang terhad, media utama elektronik dan suratkhabar dimonopoli sepenuhnya oleh pemerintah UMNO/BN. Kita harus mengakui kelemahan
dan kekurangan yang ada pada kita . Tapi kita jangan putus asa dan tidak berbuat apa - apa. Dalam serba kekurangan sebenarnya kita masih ada kekuatan dan
sumber alternatif. Inilah yang mesti [ bukan harus ] dimanfaatkan sepenuhnya. Kita tidak punya pilihan lagi. Tahun 2004 makin menghampiri kita semua, cuma 4 atau
5 tahun saja lagi. Gerakkan segera sumber dan kekuatan yang ada.
 
InsyaAllah dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, Allah akan memberikan kejayaan. Semoga Barisan Alternatif akan beroleh kemenangan dalam pilihanraya yang
ke - 11 nanti. Bersama - samalah kita merobah negara kita yang tercinta ini. InsyaAllah.
 
 :
 
 :
 
Terompah_kayu
Made in Malaysia
 
 
 
Back to PEMANTAU - http://pemantau.tripod.com
 
 

Kirim email ke