*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1 Rejab (11 October, Isnin)

11 October -  8 November 1999: Rejab  1420



1. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti
puasa 40
tahun dan diberi minum air dari syurga"

2. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti
mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

3. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab,
dijadikan parit
 yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun
perjalanan)"

4. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab
dan
beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3,000 tahun,
diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika
terbang suhuf
(ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya
di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

5. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan
diafiatkan
 dia daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-bsear, dan daripada fitnah dajjal pada  hari
Kiamat."

6. Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman
daripada
azab kubur."

7. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar
dari
kubur bercahaya mukanya."

8. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan
ditutup
daripadanya 7 pintu Neraka."

9. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan
dibuka
baginya 8 pintu Syurga."

10. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar
dari
kuburnya lalu tidak ditolak dia dari
masuk Syurga."

11. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab,
dijadikan 2
sayap, terbang seperti kilat diatas
titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

12. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah
akan
menjadikan baginya hamparan
perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

13. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah
sama
seperti berpuasa 100,000 tahun."

14. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan
dapat
melihat wajah Allah di dalam syurga,
dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

15. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan
dibina
baginya sebuah mahligai di hadapan
mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

16. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab,
diampunkan
segala dosanya yang telah lalu.
Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan
umur)."

17. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya
diampunkan
dosanya yang lalu, dipeliharakan
Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

18. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan

akhirnya seperti berpuasa sebulan
pahalanya"

19. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada
bulan
Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

20. Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan,
kesusahan dan
kepicikan orang Mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam
shurga
Firdaus"

21. Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah)
diampunkan dosa orang yang meminta
ampun dan bertaubat kepada Allah."







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harizul Dzarfan Musa" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke