*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Ucapan Terbaru Mahathir Menghina Islam, 17 Mei 2001  
 

Ucapan Dr. Mahathir pada "Majlis Perjumpaan Y.A.B Perdana Menteri dengan Para Akademik 
IPTA"

17 Mei 2001 di Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, 
Putrajaya.

Anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perjumpaan ini 
adalah tertutup (tiada wartawan atau TV). Dihadiri oleh  sekitar 120 hingga 150 orang 
pensyarah mewakili setiap IPTA di Malaysia  (termasuk dari Sabah dan Sarawak). 
Majoriti yang hadir adalah berbangsa Melayu dan sebilangan kecil (sekitar 5%) bukan 
Melayu.


--------------------------------------------------------------------------------

Rumusan oleh pencatat:

Tujuan Dr. Mahathir berjumpa dengan Pensyarah IPTA ialah dengan satu mesej utama iaitu 
JANGAN GANGGU PELAJAR DENGAN POLITIK, BIAR MEREKA TUMPU PADA PELAJARAN dan ingin 
meluahkan perasaan sedih beliau (itulah gaya ucapan beliau pada hari itu) bahawa usaha 
beliau untuk mengimbangkan kedudukan antara kaum khususnya dalam/atau melalui 
pendidikan tidak tercapai kerana (tuduhan melulu Dr. Mahathir bahawa) PELAJAR MELAYU 
TAK BERI TUMPUAN PADA PELAJARAN KERANA MEREKA TELAH DIGANGGU, DIHASUT OLEH PEMBANGKANG 
DAN PROFESOR DALAM BIDANG ILMU DEMONSTRASI (Dr. Mahathir bertanya adakah tidak di IPTA 
kursus demonstrasi dan profesor bidang demonstrasi?)  

DAN JUGA KERANA PELAJAR MELAYU SIBUK DENGAN QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH YANG BERCAMPUR 
ADUK DENGAN POLITIK. (Tanya Dr. Mahathir: "Kalau kita tak ada qiamullail dan kuliah 
subuh, tak Islam kah kita?" Tambahnya lagi: "Tengok yang tidak hadir qiamullial, tapi 
dia sedang belajar matematik dan engineering, but they serve Islam.") Juga terdapat 
TEORI LAPUK dan TUDUHAN MELULU DR. MAHATHIR dengan kes di Palestin bahawa UMMAT MUSLIM 
SEDUNIA LEMAH KERANA TERLALU MENUMPUKAN KEPADA ILMU AGAMA DAN TAK BELAJAR ILMU LAIN 
(termasuk ilmu ketenteraan).  

Dalam sesi soal jawab (menjawab soalan pensyarah berbangsa Cina mengenai perlunya 
kursus etika di IPTA) terdapat PENGHINAAN TERHADAP HUKUM ALLAH DI HADAPAN HADIRIN YANG 
JUGA TERDIRI DARI YANG BELUM-LAGI-MUSLIM iaitu KONONNYA DI SUDAN DOKTOR MOGOK TIDAK 
MAHU POTONG TANGAN KERANA BERSALAHAN DENGAN ETIKA PERUBATAN IAITU MENYEMBUHKAN ORANG 
BUKANNYA MENCEDERAKAN ORANG. Ikutilah ucapan penuh dan jangan ketinggalan sesi 
soal-jawab kerana terdapat aspek penghinaan terhadap hukum Alllah seperti di atas. 
Wallah-hu-'a'-lam. 


Nota dan harapan oleh pencatat:

Ucapan telah dicatat dari awal hingga akhir tanpa henti secara verbatim 
(perkataan-demi-perkataan) termasuklah petikan-petikan (quotations) dengan tepat 
sekali. Mana-mana tuduhan melulu atau yang dianggap menghina Islam dicatat dalam huruf 
besar. Selama 7 jam telah diambil untuk membuat transcription (menulis semula secara 
tepat perkataan-demi-perkataan ucapan ini tanpa ketinggalan apa-apa) dari nota 
catatan, yang kerjanya lebih mudah sekiranya dari pita rakaman. (Pencatat tidak pasti 
perakam suara dapat diseludup masuk, kalau ada yang nipis atau dalam bentuk pen 
mungkin boleh). Dan 1 jam setengah untuk semakan awal hingga akhir dan menulis rumusan 
di atas. Oleh itu pencatat sangat berharap pembaca menelitinya dari awal hingga akhir. 
 
 


UCAPAN PENUH (bermula 10:50 pagi) 


Saya merasa gembira dapat berjumpa dengan tuan/puan semua kerana tuan/puan adalah 
antara kalangan yang akan mengambil alih kepimpinan negara pada masa depan baik dalam 
bidang ekonomi maupun politik. 


Ingatilah diri kita, kita tinggal dalam negara yang berbilang kaum. Ia mempunyai 
masalah tersendiri. Dalam bidang pendidikan kita mengambil kira juga imbangan antara 
kaum, iaitu ilmu pengetahuan yang dimiliki anak-anak Melayu berbanding kaum-kaum lain 
di Malaysia. Kalau tidak kerana kepelbagaian kaum, pendidikan (di Malaysia) menjadi 
amat mudah. Tetapi kalau kita amalkan cara yang tidak mengambil kira kaum-kaum yang 
lain di Malaysia, keadaan menjadi tegang, kerana suatu kaum lain pula akan ketinggalan 
di belakang. INI (MELAYU KETINGGALAN DALAM PENDIDIKAN) MUNGKIN KERANA MEMPUNYAI BUDAYA 
YANG TIDAK MENGHARGAI ILMU PENGETAHUAN. Maka perbezaan antara kaum akan menjadi lebih 
ketara lagi. Perbezaan etnik akan ditambah dengan perbezaan tahap ilmu dan pendidikan. 
Ini akan meletuskan explosion yang mempunyai implikasi sosial dan politik jika kita 
tidak mengimbangkan keadaan antara kaum. Dengan itu kita telah mengadakan affirmative 
action: diskriminasi secara positif dalam bidang pendi!
dikan. 


Kita (Melayu) tertinggal di belakang kerana (dari faktor sejarahnya) KITA MEMANG SEJAK 
DULU KITA MERASA CURIGA DENGAN ILMU. Semasa British, Melayu tidak senang hati (dengan 
ilmu), mungkin ada kaitan dengan krisitianisasi. Sekolah seperti St. Xavier dan St. 
Michael menimbulkan kecurigaan orang Melayu. Sebaliknya MEREKA (MELAYU) INGIN TUMPUKAN 
KEPADA ILMU AGAMA.  Maka pada masa itu tak ramai anak Melayu yang menuntut ilmu ke 
sekolah Inggeris. Bapa saya, seorang guru, terpaksa lari dari rumah untuk pergi ke 
sekolah (dulunya dikenali) Brother's School (kini St. Xavier). Tak ramai anak Melayu 
pergi ke sekolah begini kerana dibimbangi akan masuk kristian. Anak bangsa lain 
memangpun mereka buat demikian, dan adalah kebanyakannya anak-anak cina. Di sekolah 
begini ada beberapa kerat saja anak Melayu, tetapi mereka tidak menganuti kristian 
kerana telah ada persefahaman oleh British bahawa jangan cuba mengkristiankan orang 
Melayu. Maka sejak zaman British lagi sudah wujud keadaan yang ti!
dak seimbang dalam pendidikan.  


Selepas perang, Government English Schools mendapat penerimaan yang lebih baik dari 
orang Melayu. Namun bilangannya amat kecil dan beberapa orang saja anak Melayu yang 
dapat masuk. Bapa saya, pengasas sekolah Inggeris elit yang dimasuki anak-anak Sultan 
(yang kini Kolej Sultan Abdul Hamid) dibawa dari Pulau Pinang kerana pada masa itu 
sesiapa saja yang bersekolah boleh jadi cikgu. Namun kemasukan terhad, kakak saya pun 
tak boleh masuk kerana bukan anak orang besar. 


British memperkenalkan sistem persekolahan yang formal. IMBANGAN ANTARA KAUM JADI 
BURUK KERANA MELAYU HANYA TERTUMPU KEPADA ENGLISH GOVERNMENT SCHOOL (yang bilangannya 
tak banyak, kemasukanpun terhad) 


Masa saya belajar di Singapura dulu, daripada 77 orang, hanya 7 Melayu, 3 gugur, 1 
ditahan one year, and that happened to be my wife, probably because of my tuition, ada 
yang tak betul. Pada masa itu kalau kita dapat pengaruhi kerajaan Malaya, maka kita 
akan dapat imbangi pendidikan antara kaum. Niat kita tak ada lain, nak tentukan 
anak-anak Melayu dapat catch-up dengan anak-anak bangsa lain. 


Bila merdeka. Saya merasa bangga allocation yang besar diberikan untuk pendidikan, 20% 
daripada perbelanjaan kerajaan. Dengan all effort to help Malays catch-up. Caranya 
ialah dengan biarkan mereka menumpukan sepenuh masa kepada pelajaran. 


Kita tubuhkan Mara Science Colleges mengambil contoh British Grammar School. Kita 
sanggup beri apa saja asalkan mereka dapat ilmu dan seterusnya dapat imbangkan 
(pendidikan) antara kaum. 


KITA SENGAJA TIDAK MAHU GANGGU PENUNTUT DENGAN KEGIATAN YANG TIADA KAITAN DENGAN 
PELAJARAN MEREKA. Tetapi setelah kita capai Merdeka kita harap penuntut tak perlu 
tumpu kepada masalah pentadbiran. Setelah mereka lulus dengan cemerlang, selepas itu 
nak bergiat dalam politik, tak apa. 


SAYA NAK KATA TERANG-TERANG, INILAH DASAR PARTI KERAJAAN: TAK KACAU PENUNTUT. 
Sementara itu ORANG LAIN KALAU MEREKA BOLEH AKHIRNYA MENDAPAT SOKONGAN DENGAN 
MENGHASUT BERMULA DARI SEKOLAH LAGI. DI UNIVERSITI (TEMPATAN) DAN LUAR NEGERI MEREKA 
(PIMPINAN PEMBANGKANG) PUN IKUT PERGI. 


KADANG-KADANG (BAGI PELAJAR YANG TERHASUT OLEH PEMBANGKANG) MENUNTUT ILMU-ILMU INI TAK 
PENTING BAGI ORANG ISLAM, YANG PENTING IALAH PARTI. SEBAB ITU PENCAPAIAN AKADEMIK TAK 
BAIK. 


Saya sedih usaha kita untuk memenuhi kehendak kaum kita tidak tercapai. Tetapi kita 
dapati pada mulanya baik. Penuntut awal (terdahulu) menghargai dan ingin teruskan 
dasar dan cara kita ini, mereka juga tak ingin ganggu penuntut. 


KEGANGGUAN INI SEMAKIN KUAT, PELAJAR TAK DAPAT TUMPU PADA PELAJARAN, MEREKA MENJADI 
AGITATED SEOLAH-OLAH NEGARA MEREKA KACAU-BILAU DAN DIKUASAI ORANG-ORANG YANG JAHAT 
BELAKA: FIRAUN, MAHAZALIM. OLEH ITU MEREKA TAK TUMPU PADA PELAJARAN, (GRADUAN) FIRST 
CLASS TAK ADA BUMIPUTERA. 


Mereka merasa tempat sudah dijamin, tak payah usaha, dapat lulus sikitpun baik dah. 
Mereka fikir mana-mana kerajaan pun akan memasukkan mereka ke dalam universiti. 
Lulusan Mara Junior College umpamanya, mereka asingkan diri dari kaum lain. Mereka tak 
tumpu pada pelajaran. Ini observation saya sendiri. 


Tapi sekarang ini mereka bahkan tak berminat pergi universiti pun. Sebab itu wanita 
lebih ramai, contohnya 63% di UiTM; dimanakah lelaki? Sedangkan di Malaysia ini 50-50 
lelaki dan wanita, sama banyak. Apakah budak lelaki bodoh-bodoh belaka? Saya tak 
anggap Melayu lelaki bodoh. Jika kita lakukan sesuatu berulang kali kita akan mahir.  


Masa saya belajar di Singapura dulu, kitapun tak pandai: 3A out of nine Cambridge. Di 
Edwards College saya dikenali sebagai "pancing ikan" manakala kawan saya seorang lagi 
(kini Datuk) sebagai "tanam padi" ("aah tanam padi dah masuk kelas"). They looked at 
us as idiots. After one semester, that all changed; tapi this comes from efforts. Saya 
masih ingat saya belajar fizik dengan tekun. I read physics books until I was able to 
see, remember the page, even the illustrations; that's why I was able to teach physics 
in that class there. 


Malays are as good as anyone else. Tetapi ia tidak datang bergolek, kita kena baca. I 
am appreciative of our women. KALAU PERGI KE KELANTAN, YANG DOK MENJUAL DI PASAR-PASAR 
ADALAH WANITA, YANG MINUM DI KEDAI KOPI IALAH LELAKI. Perhaps something wrong with 
lelaki, but not mentally (I emphasize). Malays are as good if we do things repeatedly, 
orang buat 2 kali, kita 10 kali. 


JIKA ADA QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH. TAK TAHULAH SAYA KALAU KITA TIDAK ADA QIAMULLAIL 
KITA TIDAK ISLAM KAH? MENUNTUT ILMU ITU PENTING UNTUK JADI PERTAHANAN ORANG ISLAM. 
Hari ini di Palestin. We can be sad, but NO MUSLIM COUNTRY CAN BE STRONG ENOUGH TO 
STAND UP (AGAINST ISRAEL), BECAUSE MUSLIMS NEVER BOTHERED TO STUDY WHAT ISLAM TEACHES 
TO STUDY: MILITARY STUDY, (MILITARY) INTELLIGENCE.  


TENGOK (SESETENGAH PELAJAR MELAYU) TAK HADIR QIAMULLAIL, TETAPI DIA SEDANG BELAJAR 
METAMATIK, ENGINEERING BUT THEY SERVE ISLAM. 


QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH KALAU TUJUAN UNTUK BERCAKAP POLITIK, WE CAN CHOOSE YANG 
MANA NAK IKUT. 


PELAJAR LISTEN TO LECTURE PARTLY ON RELIGION AND CONDEMN KERAJAAN. THESE PEOPLE 
(PENGHASUT) ADALAH PENGKHIANAT AGAMA ISLAM: INGIN BANGKITKAN KEBENCIAN (KEPADA 
KERAJAAN) SEHINGGA PELAJAR TAK DAPAT TUMPU PADA PELAJARAN. 


Dulu kita telah membuat penerapan nilai-nilai Islam: amanah. Tetapi diajar kepada 
pelajar kerajaan ini tidak Islam dan perlu dijatuhkan dan disingkirkan kerana kononnya 
kerajaan ini tak Islam: iaitu tidak amanah. MEREKA SURUH BENCI KERAJAAN. TAK SEGAN DAN 
MALU SEDANGKAN INI TAK MENEPATI AGAMA ISLAM. 


Ilmu moden yang disebut ilmu sekular sangat penting untuk pertahankan orang Islam. TAK 
GUNA KITA HENTAM KUASA-KUASA BESAR SEDANGKAN KITA TAK BUAT APA-APA PUN UNTUK 
PERKUATKAN ORANG ISLAM. 


Tanpa ilmu kita tak boleh mengimbangkan kita dengan kaum lain. PELAJAR MELAYU KALAU 
ADA DEMONSTRASI, LILIT KAIN DI KEPALA (pencatat memahami pakai serban). At 
universities, do we have a course on demonstration and do we have professors of 
demonstration? Ini membazir, he's doing on our time. Kita subsidize. 9/10 of the cost 
paid by us. Dia kata ini duit rakyat. Apakah dia rela membazirkan duit rakyat? MEREKA 
BERKEMPEN DAN BERDEMONSTRASI, TAK TAHU BUDAYA, TAK TAHU MENGHARGAI BUDI ORANG. DIA 
GUNA IT UNTUK BENDA-BENDA KOTOR, TAK BAIK. 


Kita merasa amat sedih, matlamat mengimbangi antara kaum dalam pendidikan tidak 
tercapai. Sebab itu kita sudah ada dengar cadangan tambah kuota Melayu dalam 
universiti dan turunkan kecapaian kita. 


PELAJAR INI FIRST DAY IN UNIVERSITY PUN DAH LAYAK NAK MENGAJAR KERAJAAN MEMERINTAH. 
MAHAZALIM INI. Saya nak serahkan to see how long you can memerintah, mentadbir negara 
ini. 


Kita tak ada niat lain kecuali: pertama, to strengthen our nation dalam zaman 
globalisasi yang mencabar ini; kedua, untuk mengimbangkan kedudukan antara kaum. Bukan 
caranya dengan cara legislate atau turunkan sikit standard supaya Melayu boleh pass. 
Would you trust yourself to bedah dengan doktor yang masuk dan lulus universiti cara 
ini.? Saya sedih dengan cadangan dikurangkan standard. Jika dikurangkan maka anak 
bukan Melayu pun lebih banyak lagi boleh masuk. 


(Pencatat hanya tertinggal sedikit sahaja bahagian kepala hujah ini) Kata orang 
Inggeris power corrupts and absolute power corrupts absolutely. 


We have to produce people of quality. NAK MINTA PADA TUAN/PUAN (pensyarah yang hadir) 
to help us achieve this objective. JANGAN CAMPUR ADUKKAN (KULIAH) DENGAN POLITIK. 
(Pencatat merumuskan inilah tujuan beliau buat perjumpaan dengan pensyarah IPTA). 
Tentukan kita bersifat lebih tegas (strict) dengan pelajar Melayu agar mereka mendapat 
ilmu untuk mengimbangi kedudukan antara kaum. 


Sudah ada cadangan dont let them (the Chinese) study while we are playing. No! We 
cannot stop the Chinese. 


Kenapa terlalu banyak IPTS? Kita tak boleh genggam tepung, akan keluar juga di 
celah-celah jari, dia ada duit pergi luar negeri. 


Kenapa kita tak boleh buat (maju dalam pelajaran seperti orang Cina) kerana kita tak 
mahu buat. Dulu semasa British, orang Cina masuk kerana orang MELAYU TAK SANGGUP 
BEKERJA. Orang Jawa kuat bekerja, sebab itu tak banyak Cina dan India di bawa masuk ke 
Jawa. Tetapi ini benar, budaya Banjar, lihat kampung Jawa bersih. Sebab itu kita ambil 
Mad Khir Toyo. 


It is not the color of the skin, it is the culture. KALAU KITA MEMPUNYAI BUDAYA YANG 
TIDAK MENGHARGAI PELAJARAN DAN SUKA BERPURA-PURA, (maka kita tidak akan ke mana). 


Maka adalah (terbitlah) long polimic dalam akhbar, kritikan kepada kritikan dan 
kritikan ke atas kritikan di atas kritikan itu. Melayu berpantun, berpolimik nombor 
satu, pantun adalah sesuatu yang saya tak belajar. 


We still rule this country, we have the authority in this country. Tetapi kalau kita 
tidak serius, kita gagal. Kita telah 400 tahun dijajah. Kalau kita gagal, kita akan 
dijajah semula, mungkin 450 tahun lebih nak bebas semula. We have wasted for too long, 
45 years (sejak merdeka). Yang berjaya adalah kerana kita menggunakan kuasa politik. 
Kalau kita bersaing secara normal, kita tidak berjaya. 


Saya ini 76 tahun dah, izinkan saya berleter sikitlah. (Nak suruh Melayu buat apa yang 
kita rancang) SOMETIMES I WISH I COULD BE A DICTATOR. But we have decided on 
democracy. 


Minta maaf saya nampak gloomy (sedih) sikit pagi ini. Apa lagi buat nak mengimbangi 
orang Melayu , orang Islam supaya tidak tertinggal di belakang. AT MRSM UNFORTUNATELY 
THE MALAY TEACHERS TAK DEDICATED SEDANGKAN CIKGU-CIKGU CINA DI SITU YANG BILANGANNYA 
TAK RAMAI SUNGGUH DEDICATED. SAYA RASA KECEWA, bercakap (berceramah berjam-jam tentang 
perkara ini). Entah berapa tahun lagi boleh berkhidmat. I HAVE TO GO. YESTERDAY MY 
BROTHER IN-LAW (TAN SRI AHMAD RAZALI MOHAMED ALI, 72) DIED. I SAW MYSELF LYING THERE. 
I HAVE TO GO, I KNOW THAT FOR SURE. DAN SUDAHPUN ADA YANG MINTA SAYA BERHENTI. AT THIS 
MOMENT, I HAVE NOT DECIDED YET; VERY DIFFICULT TO DECIDE. 


Saya nak luah perasaan hari ini. Eloknya ini not in academic way. But this is my 
feeling. What we are trying to do (mengimbangi Melayu dengan kaum lain dalam 
pendidikan). I am very disappointed. I have to go dan hanya berdoa. 


Pendidikan adalah persoalan yang penting. Saya bila jadi Menteri Pendidikan pada tahun 
1974, saya buat analisa: kita perlu guru yang baik, oleh itu kita perlukan maktab 
perguruan yang baik, oleh itu kita perlukan pengetua yang baik. Baru-baru ini saya 
telah jemput pengetua-pengetua maktab perguruan. Satu jam berapi-api saya berceramah. 
Tetapi dalam sesi soal-jawab first question yang mereka tanya ialah masalah elaun tak 
cukup. Habislah semangat saya. Maka hari ini dengan tuan/puan semua, soalannya hope 
not on allowance. Sekian, sekarang kita buka kepada pertanyaan. 
 


SESI SOAL JAWAB

(pencatat sengaja tidak mendedahkan nama penyoal agar tidak wujud apa-apa prejudis 
terhadap mereka maupun IPTA yang diwakili) 


Soalan

Dari pensyarah Pengajian Islam (pencatat rasa beliau pengampu pro-UMNO) 

Mengenai IPTS: Akan wujudnya konflik sosial bila renggangnya peluang pendidikan. IPTS 
mesti dipantau supaya berada dalam arus perdana citra kita, agar yang dilahirkan 
mereka berada di arus yang sama. Kalau tidak, maka berulanglah balik seperti di zaman 
British. Supaya mereka berjalan dengan citra kita, formula Malaysia. 
Mengenai lelaki Melayu dalam pendidikan: Di manakah lelaki? Ini "budaya selesa" dengan 
kedatangan hiburan hedonis, dulu di sebut budaya kuning, mereka melihat pendidikan 
sebagai secondary. Harap kementerian berkaitan memantau budaya ini. 
Mengenai UMNO: Minta maaflah Dato Seri, saya nak cadangkan untuk UMNO. Saya lihat 
dalam kepimpinan UMNO terdapat knowledge gap di antara Dato Seri dan pimpinan bawahan. 
Saya nak mencadangkan diperkenalkan wacana ilmu di peringkat bahagian. Itu sebab 
bertumbuk, sibuk fasal permit. Wacana ini boleh dimulakan dengan mewacanakan buku-buku 
karangan Dato Seri sendiri. 
 

Jawapan

Kita boleh bagi ceramah kepada IPTS, tetapi penuntut bukan Melayu tetap lebih ramai. 
Sebaik-baiknya di IPTS terdapat sama banyak antara Bumiputera dan Bukan Bumiputera 
termasuk pensyarahnya. Jawapannya ialah kita kena keluarkan anak-anak Melayu yang sama 
layak. Kerajaan sanggup nak bagi scholarship bagi anak-anak Melayu yang nak pergi ke 
IPTS. Setiap RM1 yuran di IPTA, RM2 saja yuran di IPTS. Kalau kita (kerajaan) tolong 
bayar yuran pelajar Melayu di IPTS pun belanja kita (kerajaan) lebih rendah berbanding 
the cost of running an IPTA. Kita kena pujuk anak-anak Melayu kita pergi ke IPTS. 


Budaya hedonistik, kita sedar. Sebab itu kita perlu defence mechanisms. Budaya tak 
baik ini terdedah kepada semua orang, tetapi kesannya tidak kepada semua orang. Tetapi 
mengapakah anak-anak kita Melayu (yang kena kesannya)? Oleh itu PERANAN GURU AGAMA 
PENTING, SAYA SEDIH MEREKA BERCAKAP FASAL POLITIK. "Budaya selesa" wujud kerana kita 
tak suruh dia (anak Melayu) belajar. 


Berkenaan politik. Dulu kita tahu hanya MCA yang ada budaya baling kerusi. Orang 
Melayu kini dah "GAYAT"  the great philosopher Megat Junid perkenalkan perkataan ini 
sebab Melayu tak biasa kaya, tapi kini kaya. Saya nak blacklist semua ketua bahagian 
supaya tak dapat kontrak kerajaan dan yang kaya kena declare their assets. I am 
serious about this. Dengan ini hanya yang ikhlas akan bertanding jawatan dalam UMNO. 
NAK MARAH, MARAHLAH. KALAU SAYA MINTA JADI AGONG TAK BAGI. POLITIK UMNO SUDAH JADI 
KOTOR. KALAU ORANG TAK SOKONGPUN SAYA TAK MARAH. 


Soalan

Dari pensyarah perubatan berketurunan Cina

Kepentingan meningkatkan etika dan kemanusian, adakah perlu diajar kursus pendek 
mengenai etika kepada pelajar universiti. 


Jawapan

Kita ada arts dan humanities. Saya lebih tekankan yang kedua, iaitu humanities. 
Quality of civilization, quality of the values adalah penentu kejayaan sesuatu bangsa. 
Greek, Roman, Cina, dan Monggul. Orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam berada 
dalam jahiliyyah  membunuh anak, tak boleh jumpa satu sama lain suka bergaduh, 
berperang, kalau perempuan cantik dari suku lain lalu akan diculik mereka. Tetapi 
setelah Islam mereka telah maju dengan tamaddun yang maju menjangkau 1400 tahun dan 
hingga ke Sepanyol. Saya setuju benar, kursus etika diajar diuniversiti. DI SUDAN, 
MAHKAMAH SURUH DOKTOR POTONG TANGAN, DOKTOR STRIKE TAPI DIA TAK SANGGUP POTONG, DIA 
PUNYA ETIKA PERUBATAN TAK SANGGUP MENCEDERAKAN ORANG TETAPI MENYEMBUHKAN PESAKIT. EVEN 
RELIGIOUS EDUCATION PUN TAK IKUT ETIKA ISLAM YANG SEBENARNYA. KITA TIDAK AKAN BERJAYA 
JIKA IKUT MEREKA YANG ADA KEPENTINGAN POLITIK. Corruption has two stages, first, below 
the table (malu dan takut), second, above the table bila semua orang!
 buat kerja ini dan tak perlu malu. Dalam masyarakat kita values have changed. Di 
Barat you do your own things, maka kini kita diajar jangan pedulikan orang lain. Dalam 
masyarakat kita, kita tak terima (berhenti seketika sehingga hadirin mencadangkan 
perkataan berikut iaitu) homoseksual. Sebab itu di Barat sudah ada mesyuarat to 
redefine what "family" is. But today people make all kind of interpretations. In the 
West, men and men living together boleh dianggap family, begitu juga single parents. 
Di UK ada tiga orang MP lelaki yang spouse mereka juga lelaki. Bila Presiden Nelson 
Mandela melawat Malaysia bawa girlfriend dia, kitapun susah, kita tak accept spouse. 
Tapi akhirnya mereka kahwin, alhamdulillah. 


Soalan

Dari pensyarah pengurusan perniagaan bidang pembangunan sumber manusia.

Terlebih dahulu, janganlah Dato Seri sedih sangat, sudah banyak kejayaan yang kita 
(Melayu) capai. Soalan saya: pensyarah harus dilanjutkan umur persaraan dan peluang 
menyambung pelajaran ke luar negeri untuk expose kepada ilmu-ilmu dari bangsa lain. 


Jawapan

Benar, tapi orang lain capai lebih banyak kejayaan, we have to compete. Saya setuju 
dilanjutkan, tetapi peruntukan wang adalah masalah. 76 tahun pun masih boleh 
(berseloroh), tapi kita mula dengan setahun dulu. Memangpun ada orang kata sepatutnya 
(interpretasi bersara wajib) ialah bila seseorang itu menamatkan umur 55 tahun; bukan 
menempuh umur 55 tahun. Sesiapa yang boleh tunggu, bulan Oktober ini bermula (kepada 
56 tahun). Kita lihatlah, kalau baik dan kita boleh, kita akan tambah lagi. Ia 
melibatkan lebih 83,000 kakitangan awam. Masalahnya ialah setiap golongan merasa dia 
paling penting. Technician kata dia penting, maka kena naikkan gaji mereka, yang bawah 
daripada mereka akan menyoal mengapa jurang gaji dengan mereka besar. Kemudian yang 
bergaji besar pula akan menyoal mengapa jarak gaji mereka dengan technician tadi atau 
yang di bawah mereka semakin dekat. Begitulah, tak akan selesai. Ada golongan 
professional yang anggap dia special berkata, jangan compare kami dengan y!
ang lain, kami terpenting. Tetapi bila diberi tangga gaji baru, mereka tak setuju. 
Bukankan dia sudah kata jangan compare? Nampaknya siapa yang tak boleh compare. 


Peluang belajar di luar negeri: Kita telah hantar ramai, tetapi the need to expose to 
other cultures tak tercapai. Di sana mereka tak boleh bercakap Inggerispun, kerana 
bergaul sesama sendiri. Orang Kelantan sesama Kelantan, Kedah sesama Kedah. Kita 
sekarang perlu selective yang mana nak hantar. Janganlah pula tuan/puan marah. Kita 
perlu kuasai satu bahasa dunia, iaitu bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu. Jangan 
salah tafsir, in 1949 I am the first to write on kepentingan Bahasa Melayu. 


Soalan

Dari pensyarah Bumiputera Bukan Melayu bertugas di UNIMAS

Bumiputera bukan Melayu di Sarawak ketinggalan dalam pendidikan. 


Jawapan

Bagi Bumiputera Bukan Melayu kita tidak menentukan kuota. Dalam Rancangan Malaysia 
Kelapan kita sebut kuota bagi India, tetapi kita bagi perhatian istimewa kepada 
Bumiputera Bukan Melayu. Tetapi dalam masa yang sama kita mengharapkan Bumiputera 
Bukan Melayu janganlah menumpukan kepada Sabah dan Sarawak sahaja, terimalah tugas di 
mana-mana saja dalam Malaysia, fikir seluruh Malaysia. 


Soalan

Dari pensyarah IT berbangsa Melayu

Sekarang tempoh pengajian di universiti 3 tahun saja. Hentikan semua kegiatan lain 
termasuk yang membengongkan mereka. 


Jawapan

Ya, kegiatan seperti MENGHASUT, kegiatan yang mengambil masa, kursus macam-macam, 
QIAMULLAIL, KULIAH SUBUH. Tapi TAKKAN SEMUA NAK JADI ULAMAK, AKAN BERKELAHILAH ANTARA 
MASING-MASING KERANA PENDAPAT MEREKAPUN BERBEZA. Cukuplah dulu sudah dekat pukul satu, 
time makan tengahari. Sekian. 


Tamat Ucapan: 12:50 pagi (setelah 2 jam) dan diikuti jamuan tengahari. Ada juga 
segelintir yang mengambil kesempatan bergambar dengan PM sejurus sebelum beliau 
beredar dari dewan jamuan. 1:50 petang bersurai.
 










Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke