*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> -----Original Message-----
> From: Norbaiti bt Ibrahim 
> Sent: Friday, June 07, 2002 9:28 a.m.
> To:   Amri b Jasin; Muhamad Zul'izzi  Md Yasin; Nuha bt Talib @ Mohd
> Talib; Nur Lokman Hakim b Abdul Halem; Siti Atikha bt. Ishak; Syamsul b
> Kadiman; Syamsul b Bahri
> Subject:      Fwd: Keluasan NERAKA....MUST READ HOW is a MUSLIM
> 
> 
> 
>  HYPERLINK "http://graphics.hotmail.com/emsmile.gif"Keluasan Api Neraka
> HYPERLINK "http://graphics.hotmail.com/emsmile.gif";
> 
> 
> Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
> Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
> mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
> muka?" 
> 
> Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
> dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
> bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
> Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
> 
> 
> Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
> Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
> seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
> putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
> pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
> andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
> dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
> andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
> nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg
> mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg
> disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
> sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
> hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
> orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
> sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah,
> dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
> tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
> perempuan." 
> 
> Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
> kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
> lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
> lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
> bawah lebih panas) 
> 
> Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab
> Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
> kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga
> Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang
> musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
> Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
> Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. 
> 
> Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam
> segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
> terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg
> berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." 
> 
> Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
> Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar
> kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
> kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
> masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
> ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
> nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
> sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
> sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab
> "Peringatan Bagi Yg Lalai") 
> 
> Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
> kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
> bahawa neraka jahanamKu itu: 
> 
> 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 
> 
> 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 
> 
> 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 
> 
> 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 
> 
> 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 
> 
> 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 
> 
> 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 
> 
> 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 
> 
> 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
> racun yang hitam pekat. 
> 
> 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 
> 
> 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 
> 
> Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. 
> 
> Wallahua'lam. 
> 
> Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 
> 
> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
> dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
> menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
> oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. 
> 
> Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
> pesanku biarpun satu ayat..
> 
> 
> ---
> Incoming mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.370 / Virus Database: 205 - Release Date: 05/06/2002
>  
> 
> 
> ---
> Outgoing mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.370 / Virus Database: 205 - Release Date: 05/06/2002
>  
> 
> ---
> Incoming mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.362 / Virus Database: 199 - Release Date: 07/05/02
>  
> 
---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.362 / Virus Database: 199 - Release Date: 07/05/02
 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke