*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > 
> > KUALA LUMPUR, Khamis - Anggota kumpulan nasyid
> > Hijjaz, Mohd Salleh Ramli, 28, meninggal dunia di
> > rumah keluarganya di Felda Semenchu, Kota Tinggi
> > akibat radang paru-paru pagi ini.
> > 
> > Allahyarham, yang juga dipercayai menghidap batuk
> > kering, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam
> > 11.45 pagi, meninggalkan isteri, Huraizah Zakaria
> > dan dua anak - Hani dan Mohd Shafiq - berusia dalam
> > lingkungan dua hingga 4 tahun.
> > 
> > Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Felda Semenchu
> > sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam
> > berhampiran, kira-kira jam 5.30 petang ini.
> > 
> > Berita kematiannya dimaklumkan oleh Pengarah Urusan
> > Hijjaz Music Entertainment (HME), Hashim Ngadiman,
> > menerusi panggilan telefon kira-kira 12 tengah hari
> > ini.
> > 
> > "Kami sedia maklum mengenai keadaan kesihatannya.
> > Sebenarnya, Allahyarham baru lagi disahkan menghidap
> > penyakit itu. Jika tidak silap saya, selepas dia
> > dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan
> > Malaysia (HUKM), Cheras dua bulan lalu.
> > 
> > "Malah, dia pernah dirawat selama dua minggu di sana
> > untuk pemeriksaan. Selepas dibenarkan pulang,
> > Allahyarham terpaksa mendapatkan rawatan lebih kerap
> > di HUKM.
> > 
> > "Sebelum disahkan menghidap penyakit itu, keadaan
> > kesihatan Salleh memang tidak menentu. Tubuhnya agak
> > sensitif. Dia tidak boleh kena hujan atau kerja
> > kuat, mesti demam hingga berhari-hari," katanya.
> > 
> > Sejak itu, Allahyarham berehat buat sementara waktu
> > daripada sebarang kegiatan Hijjaz, termasuk
> > pertunjukan pentas dan sesi temubual, selain
> > fotografi bersama media.
> > 
> > Malah, Salleh turut bercuti daripada tugasnya
> > sebagai Pengarah Seni Grafik, Rekaan Dan Pengiklanan
> > HME.
> > 
> > Salleh juga tidak berkesempatan menyertai Hijjaz
> > yang buat kali keduanya berkunjung ke Perth dan
> > Kanttanning di Australia awal bulan lalu untuk
> > beraya bersama umat Islam, selain mengadakan
> > persembahan di sana.
> > 
> > Beliau mula menganggotai kumpulan nasyid popular itu
> > sejak 1997 dan sehingga kini, berjaya menghasilkan
> > sembilan album (termasuk album kompilasi dan album
> > karaoke) termasuk Cahaya Ilahi, Keizinan Mu, Pelita
> > Hidup dan Rindu.
> > 
> > Allahyarham juga terbabit dalam penerbitan MTV
> > Karaoke - Lagu Terbaik Hijjaz, selain Junjungan
> > Mulia I, Junjungan Mulia II dan Fitrah.
> > 
> > Ketika bersama Hijjaz, Allahyarham juga menjayakan
> > Konsert Kerana Mu Kosovo 1999 anjuran Gabungan
> > Kumpulan Nasyid Malaysia di Stadium Negara yang
> > diiktiraf sebagai konsert nasyid terbesar di negara
> > ini.
> > 
> > Selain menyanyi, Allahyarham turut menggubah lagu
> > dan menulis lirik, selain berpengalaman dalam proses
> > penerbitan album bagi kumpulan nasyid kontemporari
> > yang baru terutamanya In-Team.
> > 
> > 
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
> a year!  http://personal.mail.yahoo.com/
> 
> 
> 
============================================================

Disclaimer Note:

"This email and any files transmitted with it are confidential and intended
solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed.
This communication may contain material protected by intellectual property
rights laws. If you are not the intended recipient or the person responsible
for delivering the email to the intended recipient, be advised that you have
received this email in error and that any use, dissemination, forwarding,
printing, or copying of this email is strictly prohibited. If you have
received this email in error please notify the System Administrator at
[EMAIL PROTECTED] "

http://www.proton.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "AHMAD MOHID ARIS, HRD/C&B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke