*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded MEssage:

-----Original Message-----
From: nazri chik [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Monday, July 10, 2000 10:27 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Penyerahan Memorandum Jumaat Ini!!!! Forwardkan ke mailing list
lain


HENTIKAN SEKATAN EKONOMI KEATAS IRAQ !!!

Penyerahan memorandum meminta agar sekatan ekonomi keatas Iraq akan
diadakan 
oleh Asean Network on Iraq yang diwakili oleh Third World Network, PAS,
PRM, 
MSRI, TERAS, CAP, GAMIS, ABIM dan PKPIM akan menyerahkan memorandum agar 
sekatan ekonomi keatas Iraq dihentikan kepada Kedutaan Arab Saudi dan 
Kedutaan AS sebagaimana maklumat berikut :

Tarikh          : 14 Julai 2000 (Jumaat)
Waktu           : Selepas solat Jumaat
Tempat  : Kedutaan AS, Jalan Tun Razak  (serentak dengan)
  Kedutaan Arab Saudi, Jalan Kedondong
Tempat Solat    : Kedutaan AS - Masjid Tabung Haji
                  Kedutaan Arab Saudi - Masjid Desa Pahlawan

Aturcara :
1) Penyerahan memorandum
2) Perbincangan
3) Ucapan - wakil-wakil GAMIS, TWN, PAS, PRM, PKPIM, ABIM, dan TERAS

Sebab penyerahan memorandum :

Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh PBB ke atas Iraq sejak tahun 1990
telah 
mencetuskan beban mudarat kemanusiaan yang tidak dapat dibandingkan dalam 
sejarah. Hampir 1 000 000 manusia telah dihukum sembilan tahun yang lalu 
hasil dari kesan langsung sekatan tersebut.

50% penduduk luar bandar tidak mendapat bekalan air bersih secukupnya. 
Kelengkapan alat perawatan air terpakai tidak lagi berfungsi di kebanyakan 
kawasan bandar. Bahan buangan bernajis melimpah di atas jalan. Kerosakan 
sistem pembersihan air menyebabkan air tercemar dan berlakunya penyebaran 
wabak penyakit. UNICEF melaporkan berlaku peningkatan sebanyak enam hingga 
sembilan kali ganda dalam kadar kecelakaan keatas kanak-kanak akibat 
"diarrhoea" dan "pnuemonia" dari tahun 1991 hingga 1996.

Tentera Bersekutu yang diketuai AS telah melepaskan lebih 1 000 000 peluru 
uranium (depleted uranium) dan meninggalkan kelongsong peluru tersebut di 
Iraq sejak meletusnya perang. Seluruh rantau dicemari oleh radioaktif 
uranium (DU) yang telah bertanggungjawab menyebabkan peningkatan 10 kali 
ganda kanser di negara tersebut. Pakar berkata jika kanser ini berlanjutan 
dari sekarang hingga ke masa akan datang, 44% dari populasi akan
menghidapi 
kanser dalam tempoh 10 tahun.

Pengeluaran bahan makanan juga terhalang akibat sekatan keatas import
input 
barangan pertanian, mesin dan barang ganti yang semakin berkurangan. 
Bertolak dari tragedi yang berterusan ini, AS dan UK secara membuta tuli 
tetap meneruskan pengeboman ke atas Iraq hampir setiap hari sejak Januari 
1999. Keseluruhan masyarakat sedang mengalami kemusnahan.

Persidangan Menter-menteri Luar Islam (OIC) ke 27 di Kuala Lumpur
baru-baru 
ini tidak membincangkan perkara ini secara serius berikutan keengganan
Arab 
Saudi dan Kuwait untuk membincangkannya. Arab Saudi terus mengekalkan 
negaranya sebagai pengkalan AS dalam melancarkan serangan keatas Iraq.
Sikap 
Arab Saudi ini perlu diberikan bantahan sewajarnya.
________________________________________________________________________



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke