*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>===== Original Message From Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]> 
=====
Assalamualaikum,

Minggu ini, minggu ketiga bulan April 2000.

Membelek akhbar-akhbar mingguan sepanjang minggu ini, banyak juga cerita yang
menarik yang boleh kita perkatakan. Antara yang terlintas di pemikiran saya
ialah kisah Demo Black 14 yang asalnya ceritanya keluar dari mulut Dr
Mahathir, dan penutup ceritanya juga keluar dari mulut beliau, kata PM dengan
bangganya:

"Black 14 tak dapat sambutan".

PIIRAH - KALAU TAK DAK POLIS PACAK DOK TUNGGU KAT MERATA TOL UTARA SELATAN,
AKU INGAT BUKAN SAJA BLACK 14 BOLEH DAPAT SAMBUTAN DI LUAR DUGAAN, TAPI
SILAP-SILAP HB, DR MAHATHIR & ROMBONGAN TERPAKSA END UP JADI ORANG PELARIAN DI
BUMI HAVANA - HA, BOLEH LA KOT PAKAT RAMAI-RAMAI PI TUBUH CAWANGAN UMNO DI
SANA!!

Tapi, kerana cerita Black 14 ini sudah terlalu banyak diperkatakan orang baik
dalam Internet mahu pun  dalam akhbar2 harian; tak banyak dah yang boleh kita
perkatakan. Kerana itu, saya lebih berminat nak fokuskan ulasan mingguan saya
minggu ini kepada satu berita yang walau pun menjadi berita utama semua akhbar
dan media-media electronik negara, tapi kurang diberi perhatian oleh semua
orang.

"KEMANGKATAN KE BAWAH DULI TUANKU RAJA PERLIS!!"

"Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, 79,
mangkat pada pukul 2.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari
ini." -  [Muka depan Utusan Malaysia 17/4]

Apa yang menariknya mengenai berita kemangkatan seorang Raja ini?

Saya tak taulah apa yang hangpa fikir, tapi bagi saya kemangkatan Tuanku Raja
Perlis ini, di tengah-tengah kemelut politik bangsa kita yang , dengan satu
puak memilih untuk mengangkat bendera ISLAM dan satu puak lagi memilih untuk
berlindung di bawah panji-panji SEKULAR; sebenarnya amat menarik untuk
diperkatakan.

Saya rasa sebagai orang Melayu di Malaysia ini, walau pun kita mungkin tak
berapa kenal Raja/Sultan negeri kita masing2, walau pun mungkin tak pernah
melihat mereka secara live seumur hidup kita, dan walau pun kita tak pernah
rasa close dengan depa, tapi jauh di sudut hati kita, kalau kita renung
betul-betul, terasa macam ada satu ikatan yang tersendiri antara kita dan
Raja-Raja ini. Walau pun tak serapat macam mak dan ayah kita, tapi entah
mengapa, kadang2 kita rasa close sangat, rasa macam ada pertalian darah yg
tersendiri dengan Raja-Raja ini; kadang-kadang rasa macam Pak Menakan kita
saja!!

Mungkin kerana itulah kot, hari itu bila kita sudah tidak tahan lagi dengan
kerenah Mahathir dan Pasukan Penyembur Asid Diraja, terus kita hantar
memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon simpati. Dan begitu juga dengan
UMNO; selepas pilihanraya bila dah confirm kata majoriti orang2 Melayu dah
tolak UMNO, depa pun pi mengadu kat Raja-Raja juga - tapi tak macam kita, depa
tarak nak pakai memorandum aih, tapi selamba saja, depa pi tarik tangan
Raja-Raja, paksa suruh camputangan masuk sebelah depa!!

KESIAN KAT PAK MENAKAN KITA!!

[Bukti terbaru, sila rujuk ucapan terbaru DYMM Sultan Perak dalam Majlis
Keputeraan baginda dua tiga hari lepas!!]]

Ada pula sorang Raja itu, sepatutnya tugas utama baginda kena jaga padang
bola, pastikan pasukan bolasepak Malaysia score goal, tapi Mahathir punya
pasal, terpaksalah masuk kampung keluar kampung, pujuk orang sokong UMNO!!

Hasilnya, sebab dia dok kelam kabut nak jadi ghurka UMNO, team bola Malaysia
jadi budak belasahan!!

ISH, ISH, RENDAH SUNGGUH MARTABAT RAJA-RAJA MELAYU ZAMAN LA NIE; GHURKA PUN
GHURKALAH, JANJI BOLEH JADI RAJA!!

Kadang-kadang kalau fikir-fikir sekali, tak masuk akal sungguh Raja-Raja kita
ini nak pi sokong UMNO; tak kan depa dah lupa kot tragedi hitam Januari 1993,
di mana selama hampir 2 bulan lamanya depa dan kaum kerabat depa ditenyeh
bagai nak gila oleh Mahathir dan media-media upahannya. Bukannya depa tak
ingat bagaimana waktu itu cerita-cerita 'dalaman' keluarga-keluarga Diraja
boleh dikatakan tiap-tiap hari dijadikan berita utama - muka depan pulak tu!!

Masa itulah kita tahu kisah Sultan Kelantan pakai Lamborghini Diablo (nak
sebut pun tergeliat lidah), masa tu lah juga kita tahu kisah kaum-kerabat
Negri Sembilan dok hantar surat kuning merata Jabatan Kerajaan minta bagi
tender kat depa dan sebagainya. Pendekkata, waktu itu habis cerita-cerita
dalaman ISTANA dite lanjang bo gelkan untuk sajian rakyat jelata!!

MUNGKIN KERANA TERPENGARUH DENGAN BERITA-BERITA ITU, ADA RAKYAT YANG JADI
MARAH SANGAT-SANGAT; HINGGAKAN TERGAMAK BAWAK KELUAR CADANGAN SUPAYA PASUKAN
POLIS PENGIRING RAJA-RAJA DITARIK BALIK KERANA KONONNYA MENGHABISKAN DUIT
RAKYAT JELATA!!

[Raja-Raja kita dan anak-anak depa yang dok ada la nie dah lupa dah ka
cerita-cerita ini?]

Saya ingat lagi waktu itu, masa itu saya memang memuja Mahathir separuh mati,
sampai khatam buku Malay Dilema dia 2 kali (sedangkan Quran pun saya cuma
khatam sekali saja], saya waktu itu memang terpengaruh habis dengan
dakyah-dakyah Mahathir pasal isu Raja-Raja ini. Ya lah, awat tidaknya, kadang2
dok pikir jugak, apa istimewanya Raja-Raja ini,  apa komannya kita, tak kan
kerana ditakdirkan Tuhan dia keluar dari perut bini Raja, maka dia lebih
tinggi tarafnya dari kita.  Kalau kereta Pak Dia lalu, Pak Kita yang bawa
kereta buruk Toyota KE20 yang dah 3 tahun tak tukar tayar itu terkial-kial nak
kena pulas stering pi ke tepi, nak kena bagi laluan kepada rombongan DiRaja!!

KESIAN KAT ORANG TUA ITU, KE20 MANA ADA POWER STERING!!

Bila dah tiap-tiap hari keluar muka depan kisah-kisah kemewahan keluarga
diRaja ini, kita pun lama-lama naik meluat; bukan main-main, tapi memang
betul-betul meluat!!

Saya masih ingat lagi, tahap kemeluatan saya itu terbawa-bawa hingga ke dalam
masjid. Suatu hari masa balik kampung di Kedah, saya pi sembahyang jumaat,
masjid kampung kecik saja, jemaah pun takat lepas syarat 40 orang saja; jadi
boleh la dikatakan kenal hang aku. Sekali itu bila Tok Khatib baca khutbah,
bila sampai tang doa, saya pun tadah tangan berdoa sekali - tapi, entah macam
mana, bila sampai tang part doa untuk Sultan Kedah, secara otomatik saya letak
tangan bawah; demi Allah, saya sendiri tak pasti apa yang menggerakkan saya
untuk berbuat demikian, tapi deep inside my heart masa itu, saya memang bara
sungguh dengan puak-puak Raja ini!!

BERTAHUN-TAHUN SELEPAS ITU, BILA SAYA SUDAH BERALIH ANGIN, BILA SAYA DAH PAHAM
SEPENUHNYA KISAH MANIPULASI DR MAHATHIR TERHADAP INSTITUSI DIRAJA INI, BARULAH
SAYA PAHAM KEADAAN YANG SEBENARNYA!!

[Kesian kat Sultan Kedah, baginda tak salah apa-apa; tapi sebab waktu itu saya
terlalu sangat memuja dan memuji Mahathir, maka tak pasal-pasal baginda yang
menjadi mangsa. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun!!]

Sebenarnya, hasil tipu daya Dr Mahathir dalam isu Pindaan Perlembagaan Negara
tahun 1993 itu, yang menggunakan seluruh media utama negara untuk mewujudkan
kebencian rakyat jelata terhadap institusi Diraja ini, telah menyebabkan
Raja-Raja Melayu yang diharap-harapkan akan menjadi benteng terakhir dalam
survival bangsa Melayu Islam di bumi Malaysia ini, akhirnya sudah tidak
bertaring lagi.

HARI INI RAJA-RAJA MELAYU SUDAH SAMA TARAFNYA MACAM PATUNG-PATUNG GANGSA DI
TUGU NEGARA - CUMA SEBAGAI SIMBOL SAHAJA. KALAU HANGPA PI LUKU KEPALA DEPA
PUN, DEPA TARAK NAK BOLEH BUAT APA  AIH!!

[Salah siapa bila rakyat jelata sudah hilang kepercayaan terhadap Raja-Raja;
salah siapa kalau rakyat jelata sudah tidak memperdulikan nasihat Raja-Raja?
Salah siapa, kalau bukan salah Dr Mahathir!!]

Pun begitu, kalau kita selami sepenuhnya kehidupan orang-orang Melayu di bumi
Malaysia ini; kalau pun tak banyak, tapi di celah-celah kerosakan yang telah
dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap institusi DiRaja ini,  semangat setia
kepada DYMM Tuanku masih ada mengalir dalam tubuh orang-orang Melayu di
Malaysia.

Saya masih ingat lagi satu perbualan saya dengan sepupu saya yang waktu itu
masih menganggotai RAMD (Rejimen Askar Melayu DiRaja), dan pernah terlibat
dalam pertempuran dengan pasukan komunis di hutan-hutan sekitar Kedah dan
Perak. Antara yang dibualkan ialah kisah hubungan dingin antara anggota
bawahan, Polis dan Tentera.; pasal apa Polis dan Tentera tak boleh ngam dan
sebagainya. Beliau ada bercerita kisah rakan-rakannya 'budak askar' lawan
bertumbuk dengan 'budak polis'; menarik juga ceritanya; cuma point yang saya
nak tulis di sini ialah kata-kata beliau:

"Aku kalau nak bertumbuk dengan polis, benda yang pertama aku buat ialah tolak
topi dia jatuh dulu"

Bila saya tanya pasal apa?

Kata beliau:

"Sebab kat topi dia itu ada lambang Agong (Polis DiRaja)"

TU DIA, SAMPAI MACAM ITU SEKALI SEPUPU SAYA INI HORMAT AGONG!!

Sekali itu pula, saya tanya beliau:

"Zali, kalaulah Pak hang (hardcore PAS) ada sekali di Memali hari itu, dan
hang ditugaskan serang Memali, kalau Pak Hang ada dalam itu, hang tembak dia
ke dak?"

Dia termenung sekejap, lepas itu dia jawab:

"Hmm, kalau Agong suruh tembak, aku tembak!!!"

DEMI ALLAH, APA YANG SAYA TULIS DI ATAS ADALAH CERITA BENAR, BUKAN  REKAAN;
CUMA POINT YANG SAYA NAK HABAG DI SINI IALAH "ASKAR-ASKAR KITA TELAH
DIBRAINWASH UNTUK TAAT SETIA ATAU PUN TAK SALAH KALAU DIKATAKAN TAAT MEMBABI
BUTA TERHADAP AGONG"!!!

Masalahnya sekarang, Agong sudah tidak ada kuasa lagi - cuma sebagai simbol,
sama tarafnya seperti patung gangsa di Tugu Negara;  pindaan perlembagaan 1993
telah menyebabkan kuasa Agong berpindah tangan kepada Perdana Menteri, yang
hari ini dipegang oleh Dr Mahathir Bin Mohamad.

Apakah akan terjadi agaknya sekiranya puak2 istinjak tak pakai ayaq
ditakdirkan Tuhan menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti,
bagaimakah agaknya nasib anak-anak cucu kita waktu itu, hanya Allah yang
mengetahui.

Cukuplah sekadar itu, renungan kita semua sempena kemangkatan DYMM Raja Perlis
awal minggu lalu. Semoga kemangkatan baginda ini tidak membawa petanda sedang
berakhirnya ketuanan Melayu Islam di bumi Malaya ini. Dokankanlah agar roh
baginda akan dapat berehat dengan tenang, dan ditempatkan Allah di makam yang
terpuji dan mulia. Amin!!

TAK PASTI PULAK DR MAHATHIR SEMPAT MEMINTA MAAF KE TIDAK KEPADA BAGINDA!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

p.s: Disertakan di sini sebahagian drpd kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong - kuasa atas kertas, tapi hakikatnya pindaan perlembagaan oleh
Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1993 telah memindahkan kuasa ini ke tangan
beliau. So, sapa-sapa yang nak cari pasal dengan Mahathir, sila pikiaq 5
kali!!

------------------------------------------------------------------------------

A. Fungsi berkaitan dengan Parlimen
1. Berkuasa mengistihar Ordinan semasa darurat jika kedua Dewan Rakyat dan
Dewan Negara tidak bersidang Perkara 150 (2B).
2. Yang Dipertuan Agong adalah sebahagian dari Parlimen: Perkara 44.
Bagaimanapun beliau tidak duduk dalam Parlimen seperti anggota-anggota
kedua-dua Dewan.
3. Berkuasa memanggil atau memprorog (progogue) sidang Parlimen: Perkara 55
(1) & (2).
4. Berkuasa membubar Dewan Rakyat: Perkara 55 (2) dan Perkara 40 (2) (6).
5. Hak untuk merasmi/membuka sidang satu atau kedua-dua Dewan secara bersama
atau berasingan: Perkara 60.
6. Kecuali mengikut Perkara 66 (4B), perkenan baginda adalah diperlukan
sebelum satu-satu Rang Undang-Undang menjadi Undang-Undang: Perkara 66 (1).
7. Berkuasa melantik kerani - Dewan Negara dan Dewan Rakyat: Perkara 65.
8. Berkuasa dalam perlantikan 43 senator: Perkara 45 (1).
9. Kuasa untuk melambatkan rang undang-undang bukan kewangan: Perkara 66 (4).
10. Berfungsi berkaitan pembentangan penyata kewangan ekonomi negara pada
setiap tahun kewangan :  Perkara 99 (1)
11. Fungsi berkaitan dengan penerimaan laporan Kua Audit Negara dan
pembentangan di Dewan Rakyat : Perkara 107 (1) & 112 A (1)

B. Fungsi Eksekutif
1. Perlantikan PM, Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri:
Perkara 43 (1) & (2) dan 43A.
2. Pelucutan jawatan Menteri-menteri selain dari PM Perkara 43 (5).
3. Menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan kerajaan yang di dalam
pengetahuan kabinet: Perkara 40(1).
4. Perlantikan dan pemecatan seseorang dalam Jabatan Perkhidmatan Awam:
Perkara 132 (2A) dan 135.
5. Perlantikan dan pemecatan ahli-ahli Suruhanjaya, dan Majlis-majlis yang
dibentuk di bawah Perlembagaan; antaranya Suruhanjaya Pilihanraya (Perkara
114), Majlis Angkatan Tentera (Perkara 137), Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Undang-undang (Perkara 138), Suruhanjaya Perkhidmatan  Awam
(Perkara 139), Suruhanjaya Pasukan Polis (Perkara 140) dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran
(Perkara 141A (2)).
6. Berfungsi sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera Perkara 41.
7. Perlantikan Lembaga Penasihat yang bertanggungjawab terhadap kes-kes
tahanan pencegahan: Perkara 151 (2).
8. Bertanggungjawab meneliti dan menilai syor-syor lembaga penasihat mengenai
kes-kes tahanan pencegahan: Perkara 151 (1) (b).
9. Kuasa untuk mengistihar darurat: Perkara 150 (1).
10. Kuasa mengistihar mana-mana kawasan dalam sesebuah negeri sebagai 'kawasan
pembangunan': Perkara 92 (1).
11. Kuasa dan tanggung jawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan
sah kaum-kaum lain: Perkara 153 (1).

C. Fungsi Berkaitan Kehakiman
l. Yang dipertuan Agong boleh merujuk kepada mahkamah Agong untuk mendapat
pendapat mahkamah mengenai mana-mana peruntukan Perlembagaan: Perkara 130.
2. Berkuasa dalam perlantikan hakim-hakim Mahkamah Agong dan Mahkamah Tinggi
termasuk Ketua Hakim Negara : Perkara 122B.
3. Kuasa untuk memberhentikan, mempersarakan, atau memecat hakim-hakim
Mahkamah Tinggi menurut peruntukan Perlembagaan: Perkara 125.
4. Perlantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang: Perkara
138.
5. Kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai kesalahan
yang telah dibicarakan Perkara 42 (1)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke