----- Original Message -----
From: shah
Sent: Thursday, July 05, 2001 8:03 AM
Subject: Re: [falak-net] Gerhana Separa Bulan - 5 Julai 2001

Assalamualaikum wbt.
 
UPDATE!!
 
Laman web Falak-Net (http://falak-net.20m.com)  telah diupdatekan. Maklumat terkini dan last minute mengenai Gerhana Bulan yang akan berlaku malam ini telah disediakan. Sila kunjungi terus ke http://falak-net.20m.com/gerhana.htm
 
Wassalam
Shahrin
Moderator Falak-Net
 
----- Original Message -----
From: shah
Sent: Wednesday, June 27, 2001 3:29 AM
Subject: [falak-net] Gerhana Separa Bulan - 5 Julai 2001

Assalamualaikum wbt.
 
Buat makluman semua, minggu hadapan ( 5 Julai 2001 ) akan berlaku gerhana separa bulan dan akan dpat dilihat di Malaysia keseluruhan fasanya.
 
Gerhana Separa Bulan merupakan suatu fenomena di mana sebahagian Bulan akan dilindungi bayang-bayang bumi. Tidak seperi gerhana bulan Penuh yang berlaku bulan Januari lepas, dijangkakan kali ini hanya separuh daripada bulan akan menjadi gelap hasil.
 
Nota: Bayang-bayang bumi dibahagikan kepada 2 kawasan. Kawasan penumbra ialah kawasan bayang-bayang yang kurang gelap, manakala kawasan umbra ialah kawasan yang lebih gelap.
 
Fasa penumbral, fasa di mana bulan mula memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, akan bermula sekitar pukul 8.10 malam, tetapi kebanyakan orang tidak akan dapat melihat sebarang perubahan kecerahan bulan buat setengah jam yang pertama.
 
Fenomena gerhana separa secara rasminya bermula apabila bulan memasuki fasa umbra, yakni memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada pukul 9.35 malam.
 
2 jam 40 minit kemudian, gerhana separa bulan akan berakhir di mana bulan akan keluar dari kawasan umbra, lebih kurang pukul 12.15 tgh malam. Dan walaupun tidak dapat atau sukar untuk dilihat dengan mata kasar, fenomena gerhana separa ini secara teknikalnya akan berakhir pada pukul 1.39 pagi.
 
Gerhana separa ini mungkin kurang mendapat liputan orang ramai, kerana mungkin ia tidaklah begitu menarik untuk dicerap, tetapi kita kena ingat bahawa kejadian gerhana yang berlaku ini merupakan petanda yang jelas terhadap kekuasaan Allah SWT. Mudah-mudahan kita akan mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya.
 
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai gerhana ini, buat masa ini boleh hantar email ke falak-net.
 
Laman Falak-net sekarang berada di dalam keadaan 'idle' kerana saya sedang dalam proses untuk megemaskininya. Saya memohon ampun dan maaf jika lambat mengemaskini laman web tersebut. InsyaAllah , beberapa hari lagi, saya akan sertakan maklumat yang lebih terperinci mengenai gerhana separa ini di laman tsbt.
 
Wallahualam
Shahrin
 
 

------------------------------------------
Falak-Net - Mengembalikan Zaman Kegemilangan Ilmu Falak Islam

"He Who created the seven heavens, one above another: No want of proportion will you see in the creation of Most Gracious, so turn your face again; Do you see any flaw ... .... And We have adorned the lowest heaven with lamps ...." (67:3-5)

Laman Web: falak-net.20m.com
Hantar mesej: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe:  [EMAIL PROTECTED] 
Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED] 
List owner:  [EMAIL PROTECTED] 


Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Kirim email ke