'Umno tuduh PAS pindah pengundi hanya untuk tutup malu'
Monday, September 02 @ 15:18:02 MYT


Oleh Helmi Khalid
ALOR SETAR, 2 Sept (Hrkh) - "Kalau PAS boleh pindahkan pengundi, dah lama
PAS perintah Kedah," demikian kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan
Abdul Razak sebagai respon kepada tuduhan Naib Presiden Umno, Najib Tun
Razak.

Beliau bertanya, bagaimana pula dengan kemenangan BN di Pendang dalam
pilihanraya kecil 18 Julai lalu, adakah di situ juga PAS pindahkan pengundi,
PAS tewas di Pendang, tetapi menerimanya dengan hati terbuka tanpa menuduh
apa-apa.
"PAS Kedah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Najib itu, dan hanya SPR yang
ada kuasa untuk mengubah senarai pengundi," katanya
"Pengundi yang pindah undi, bukan PAS ubah pengundi, dulu mereka undi BN
sekarang undi PAS," tegas Ustaz Azizan.
Menurut, Umno Kedah memberikan al! asan bahawa PAS pindah pengundi semata-mata
untuk menutup malu kekalahan mereka di Anak Bukit, dan tidak ada satu pun
kenyataan sedemikian merujuk kepada Parlimen Pendang.
"Saya nak beri contoh mudah, dalam pilihanraya Umum 1999 lalu, Dun Bukit
Raya meningkat majoriti hingga lebih 5000 undi, kita kalah di Dun Sungai
Tiang (kedua-dua Dun adalah dalam Parlimen Pendang) sekitar 2, 300 undi."
"Kalau kita ada kuasa pindahkan pengundi, mengapa kita tidak ubahkan ke Dun
Sungai Tiang, tolak 1, 500 ke sana, Bukit raya kita menang, Sungai Tiang pun
kita menang," jelas Ustaz Azizan.
Beliau menjelaskan demikian dalam satu sidang akhbar di Pejabat Perhubungan
PAS Kedah, di sini, sebentar tadi, yang turut dihadiri Ketua Penerangan PAS
Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi dan Pegawai Khas PAS Kedah, Yussof
Hussin.
Menjwab soalan wartawan Ustaz Azizan yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat
berkata, hanya SPR yang boleh membuat penyenaraian pengundi, PAS! tidak ada
kuasa, kita bekerja untuk menang tetapi tidak menggunakan cara yang
bertentangan dengan perlembagaan.
Beliau turut meminta agar Najib dan Dr. Mahathir lebih berhati-hati dalam
membuat kenyataan, bukan hanya mendengar keterangan dari Umno Kedah yang
semakin tertekan dengan kekalahan dan kebangkitan rakyat Kedah untuk menolak
BN dalam pilihanraya umum akan datang.
"Waktu pilihanraya kecil Anak Bukit/Pendang, Syed Razak kata, PAS tidak akan
menang di Anak Bukit sebab dia tuduh PAS pindahkan lebih 1,000 pengundi Anak
Bukit ke Dun Kubang Rotan, ini lagi pelik, Najib pulak kata kita ambil dari
tempat lain ubah ke Anak Bukit," ujar beliau.
Adun Sala itu turut menyoal kerja siapa pula yang memindahkan seramai 1, 500
pengundi PAS di Dun sala ke tempat lain.
"Di Sala seramai 2,167 pengundi disenarai sebagai pengundi mati, dari jumlah
itu hanya sekitar 1,500 dikenalpasti benar telah mati, selebihnya masih
hidup, tetapi nama mereka! tidak disenaraikan sebagai pemilih walaupun dalam
senarai sebelum 1999 nama mereka tersenarai," jelasnya lagi.
Ustaz Azizan melahirkan rasa kesal kerana SPR tidak pernah menghormati
permintaan PAS baik di peringkat nasional atau negeri untuk mengadakan
perjumpaan bagi membincangkan perkara ini.
"Bayangkan SPR Kedah pada awalnya tidak benarkan PAS memiliki salinan peta
cadangan pecahan kawasan baru, tapi last minute baru kita dapat."
"Kita ada fakta, PAS buat kerja tetapi SPR tidak pernah ambil kisah rungutan
PAS, bagaimana pula dengan apa yang berlaku di Kuala Sala, Kuala Sanglang
dan Jerlun pada 1999 lalu, orang Burma datang dari Langkawi menaiki bot ke
sini."
"Mereka ada kad pengenalan sama seperti kita, dari mana dia dapat kad
pengenalan, siapa daftarkan mereka sebagai pengundi?," tegas Ustaz Azizan
lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.AN! YBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke