*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum,

Sebelum bercerita pasal akhlaq eloklah difahami
perkataan tersebut yang ada kaitan dengan perkataan
"Ethics"(etika) yang mana "ethics" pula ada kaitan
dengan perkataan "moral".

"Ethics"(etika) ditakrifkan sebagai "moral decisions",
(pilihan moral); yakni pilihan baik-buruk dari segi
moral yang berlaku didalam diri kita sebelum kita
melakukan sesuatu. 

"Akhlaq" pula adalah perlakuan(tindak-tanduk) yang
lahir dari pemilihan moral(ethics) yang kita buat.
Dengan lain perkataan, akhlaq adalah manifestasi dari
pilihan moral yang kita telah buat. Jika kita pilih
yang baik, baiklah nampak kepada umum akan akhlaq
kita. Sebaliknya jika ambil jalan yang buruk, buruklah
nampak kepada umum akhlaq kita.

Sebelum kita mengambil sesuatu tindakan, tanpa
disedari kita akan memanggil "ethics" kita untuk
membuat pilihan baik-buruk dari segi moral. Misalnya;
apabila kita terjumpa seketul emas ditengah jalan,
persoalan moral ialah, adakah baik (dari segi moral)
untuk  kita ambil atau tidak?. Adilkah kita jika kita
mengambil emas yang bukan milik kita tersebut untuk
menjadi dimiliki?

Jawapan dalaman kepada persoalan tersebut bergantung
kepada pengetahuan dan pegangan prinsip hidup kita;
disinilah pengetahuan ugama, hukum-hakam,iman dsbnya
memain peranan penting. (Kepada orang kafir, prinsip
golden rule " Don't do what you dont want others to do
unto you" memain peranan).

Diperingkat pemilihan moral(ethic) ini jugalah,
syaitan memain peranannya menggoda supaya kita condong
memilih yang buruk dengan memberi nampak yang buruk
itu sebagai yang elok dipilih.

Jadi, tidak heranlah kenapa dikatakan syaitan tidak
dapat menggoda seorang yang ikhlas, kerana orang
ikhlas tidak berkehendakkan sesuatu pun. Juga tidak
hairan kenapa orang sufi dikatakan memiliki medan
akhlaq yang tinggi, kerana mereka melatih diri
bebas(kholas) dari kemahuan yang kecil-kecil!. Hadis
berbunyi " didalam diri manusia terdapat seketul
daging..dimana sekira baik daging tersebut maka
baiklah akhlaqnya.." ada kaitan dengan perkara "ethic"
ini.

Berbalik kepada kata-kata Astora Jabat.."lebih kuat
agama lebih buruk akhlaq"... ini mungkin terjadi bila
"ethic"(etika) dibiarkan dipandu syaitan dengan kita
berlaku tidak ikhlas. Mungkin kita pada zahirnya
berjuang untuk ugama, tetapi pada hakikatnya kita
mempunyai "ulterior motive" lain yang tersendiri.

Maka berawaslah dengan permainan syaitan--jadilah
orang yang betul-betul ikhlas;bebas dari bermotifkan
sesuatu yang lain dari yang kita perkatakan atau
perjuangkan. 

Astora Jabat juga diketahui bermotifkan politik..jadi
kata-kata ugama darinya tidak bebas dari dipengaruhi
syaitan.

Allahu A'lam.

IMAMI







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ASSALAMMUALAIKUM...
> 
> SUNGGUH PANDAI ASTORA JABAT BERBICARA.  KALAU ASTORA
> BERPENDAPAT "MAKIN KUAT 
> UGAMA MAKIN ROSAK AKHLAK", MAKA RASANYA BIARLAH KITA
> NASIHATKAN RAKYAT 
> MALAYSIA YANG BERUGAMA ISLAM AGAR JANGAN TERLALU
> KUAT UGAMA... IKUTLAH MACAM 
> ASTORA JABAT... SUDAH TENTU NANTI RAKYAT MALAYSIA
> AKAN MENJADI BAGUS 
> AKHLAKNYA.... JADILAH MACAM YANG BERLAKU KAT
> RESTORAN THE SHIP, JADILAH 
> MACAM SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2000 YANG PENUH DENGAN
> MAKSIAT SEDANGKAN KETIKA 
> ITU ADALAH BULAN RAMADHAN...   ITU AGAKNYA KEHENDAK
> ASTORA JABAT...
> 
> BAGUSLAH MU ASTORAAAAAA.....
> 
> >
> >ASsalamu alaikum ....
> >
> >Itu Astora yang kata..... Kalau tidak begitu, dah
> tentu bukan Astora
> >namanya ! Meskipun banyak dolak-dalih kononnya
> bukan nak kata semua orang
> >yang kuat berpegang kepada agama, tapi sesiapa
> sahaja yang peka dengan
> >teknik propaganda UM akan perasan bahawa maksudnya
> dalah untuk membuat
> >pembaca melompat ke satu kesimpulan mudah yakni "
> semua orang kuat agama
> >sebenarnya rosak akhlak".
> >
> >
> >   =================
> >Makin kuat agama makin runtuh akhlak
> >
> >Oleh: ASTORA JABAT
> >
> >APA sudah jadi kepada umat Islam hari ini yang
> semakin kuat beragama tetapi
> >semakin merosot pula akhlak dan etika mereka?
> >
> >Di manakah letaknya kaitan yang rapat antara agama
> atau teologi dengan
> >akhlak atau etika seperti yang kita semua pernah
> pelajari secara formal dan
> >tidak formal?
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

=====
Wassalam.

IMMI

DAN INGATLAH SENTIASA : "APABILA ORG FASIK MEMBAWA BERITA 
SEMAKLAH...(ALQURAAN)"..ANGGAPLAH SEMUA BERITA DALAM INTERNET DIBAWA ORG FASIQ...MAKA 
JANGAN TERIMA BULAT-BULAT!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email alerts & NEW webcam video instant messaging with Yahoo! Messenger
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke