Date: Mon, 9 Sep 2002 17:15:18 +0800

Berita // News :
Serangan ke atas Iraq: Akhbar Indonesia Bidas Mahathir
hold=0>
Monday, September 09, 2002 - 06:11 AM GMT



Bekas Presiden
UMNO Mahathir Mohamad dibidas oleh akhbar-akhbar Indonesia kerana bersikap
"hipokrit" dengan menghentam serangan AS dan Britain terhadap Iraq sedangkan
beliau juga penyokong kuat Presiden AS George W. Bush. Akhbar Republika
contohnya, meletakkan komen-komen Mahathir dalam ruangan lucu kerana
biasanya "Mahathir hanya pandai menghentam surat khabar". Sikap talam dua
muka Mahathir itu dikatakan cukup terserlah setelah Mah! athir "menghadap"
Bush di Rumah Putih tidak lama dahulu dan bersetuju menangkap mereka yang
dianggap "pengganas" oleh AS tanpa perbicaraan mahupun bukti yang kukuh.
Mahathir juga dianggap hipokrit kerana serangan Bush itu diasaskan kepada
sokongan daripada "pemimpin Islam yang dianggap sederhana oleh AS" termasuk
Mahathir sendiri. Sementara itu, Filipina telah menubuhkan kembali
Jawatankuasa Menyiasat Hak Milik Sabah akibat tindakan kerajaan Barisan
Nasional melayani pekerja Filipina dengan buruk, termasuk melibatkan
beberapa kematian dan perogolan. Presiden Macapagal-Arroyo, puteri bekas
Presiden Diosdado Macapagal yang pernah menentang penubuhan Malaysia,
memanggil Jawatankuasa itu bermesyuarat di Istana Malacanang akibat tindakan
kerajaan pimpinan Mahathir yang dianggap "buta perut" itu.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ! ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke