BA membuka jalan besar di Pakistan
Monday, October 14 @ 08:47:54 MYT


ISLAMABAD, 14 Okt (Hrkh) - Para pemerhati dan penganalisa politik seluruh
dunia sedang memerhatikan “trend” politik negara umat Islam dengan penuh
minat akhir-akhir ini.

Beberapa minggu yang lalu Maghribi menyaksikan parti politik Islam di
Maghribi “muncul” dengan tiba-tiba, sekaligus menjadi salah satu parti
politik penting yang bakal membentuk lanskap politik Maghribi.
Turki yang bakal menyaksikan pertarungan sengit pilihanraya pula di katakan
akan menyaksikan sekali lagi kebangkitan parti yang berteraskan Islam.
Tetapi yang lebih menarik dan menjadi buah mulut media antarabangsa ketika
ini ialah kemenangan besar “Barisan Alternatif”, pakatan enam Parti Islam di
Pakistan, MMA – Muttahida Majlis e-Amal yang setakat ini berjaya memenangi
dua buah negeri dan kumpulan ketiga terbesar di dalam perhitungan peringkat
Pusat.
(Pada pilihanraya 1997, parti-parti Islam di Pakistan hanya berjaya
memenangi 4 kerusi).
MMA di saat ini berjaya “menawan” “Kelantan dan Terengganu” Pakistan - North
West Frontier Province (NWFP) dan Baluchistan, kedua-duanya bersempadan
dengan Afghanistan yang majoriti penduduknya berbangsa Pashtun.
Di peringkat Pusat, MMA sehingga ini berjaya memenangi 47 kerusi daripada
272 kerusi (setakat ini keputusan 226 kerusi sudah diketahui) – tempat
ketiga di belakang PML (QA) – UMNO Pakistan, dengan 77 kerusi dan PPPP
(parti bekas PM, Benazir Bhutto) - 63 kerusi.
Walaupun peluang untuk MMA menguasai Parlimen agak tipis, namun tiada parti
yang bakal mempunyai majoriti besar di dalam Parlimen.
Di sinilah MMA mampu memainkan peranan – sebagai pembangkang yang kuat dan
“government in waiting” atau menjadi salah satu komponen kanan dalam
kerajaan campuran.
Nama-nama besar pimpinan MMA yang setakat ini berjaya memenangi kerusi yang
dipertandingkan ialah Qazi Hussein Ahmad (Amir Jamaati Islami) dan Maulana
Fazlur Rahman, seorang yang terkenal sebagai “fire brand” MMA.
Implikasi dari kemenangan MMA (yang ditegaskan oleh Qazi Hussein Ahmad
sebagai satu revolusi) mungkin akan menyaksikan perubahan besar pada dasar
luar Pakistan yang selama ini menjadi “sekutu” Amerika di dalam memerangi
“keganasan”.
Jurucakap kerajaan Amerika, Richard Boucher menyatakan: “Rakyat Pakistan
telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam memerangi ekstremism dan
terrorism, dan mereka menuju kearah masyarakat yang sederhana dan stabil.
Kita yakin semua parti politik akan berusaha menjayakan komitmen ini”.
Kenyataan ini seolah-olah cuba “pre-empt” mana-mana parti politik yang bakal
menerajui kerajaan agar memenuhi janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum
pilihanraya.
Munnawar Hasan, salah seorang pimpinan kanan Jamaati Islaami (JI) pula
beranggapan sebaliknya.
Katanya, ”Kita akan berhentikan segala usaha untuk menjejak puak Taliban dan
al Qaeda bila kita membentuk kerajaan. Taliban dan al Qaeda adalah saudara
kita”.
Seorang penganalisa politik menyatakan, MMA sudah pasti akan berusaha untuk
mengkotakan janji pilihanraya mereka setelah dipilih ke Parlimen, ditambah
dengan sentimen anti Amerika yang semakin meluap.
Amerika dan sekutunya pastinya sedang merangka strategi baru bagi menghadapi
sebarang kemungkinan.
Seorang aktivis Jamaati Islaami pernah menyatakan, Amerika sangat bimbang
akan jatuhnya Kabul ke Gulbuddin Hekmatyar (bekas pimpinan Mujahideen,
Perdana Menteri Afghanistan dan seorang yang “bersimpati” dengan Taliban)
atau Islamabad ke tangan Qazi Hussein Ahmad.
Jatuhnya salah satu negara itu ke tangan pimpinan Islamis (baik Hekmatyar
mahupun Qazi) berpotensi memberikan suatu mimpi ngeri buat Amerika dan
sekutunya – impak dan implikasinya: ia mampu melahirkan teori domino -
memberi rangsangan kepada negara-negara jiran, dan seterusnya merebak ke
benua bekas jajahan Soviet.
Ia di tambah dengan pengaruh Iran, benua Indo Pakitan, Turki dan
negara-negara berhampiran Timur Tengah, kesemuanya akan dikuasai puak
Islaamis.
Sementara MMA merangka strategi memimpin dua negeri yang ditawan dan peranan
di Parlimen, Amerika yang kini sibuk dengan kerja-kerja kotor membuli Iraq,
bakal sibuk merangka pelan dan strategi kotor di Pakistan - setelah operasi
mencari orang yang paling di kehendaki dunia gagal di Afghanistan. (LMG).
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke