Buniyamin muncul semula di pentas ceramah
Wednesday, August 28 @ 18:46:48 MYT


KOTA BHARU, 28 Ogos (Hrkh) - Bekas anggota parlimen Bachok, Ustaz Buniyamin
Yaakub muncul pertama kali di pentas ceramah selepas disiasat polis
berkaitan ucapannya yang dikatakan berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri.

Beliau kelihatan ceria muncul di pentas ceramah biarpun masih dalam keadaan
keuzuran di Pejabat PAS Peringat di Ketereh, malam 26 Ogos lalu, bersama
anggota parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu dan anggota parlimen
Pengkalan Chepa, Ustaz Mohd Amar Abdullah.
Katanya, sebelum hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan
baru-baru ini beliau tetap berada di negeri ini.
"Sebelum ini ada pihak cari saya tetapi mereka mengeluarkan kenyataan tidak
berjumpa, sedangkan ketika itu saya berada di Kelantan.
"Macam harimaulah, tak kan pula dia henda! k beritahu berada di mana, dan
boleh muncul secara tiba-tiba," katanya.
Pada 20 Ogos lalu Ustaz Buniyamin hadir ke IPK Kelantan untuk diambil
keterangan berhubung isu Dr Mahathir menonton video lucah bersama cucunya.
Beliau diiringi Penasihat Undang-Undang PAS Kelantan, Haji Takiyuddin Hassan
dan beberapa pemimpin PAS.
Sebelum itu, polis membuat kenyataan akhbar meminta Buniyamin tampil bagi
membantu siasatan berhubung kenyataannya yang dikatakan berunsur fitnah
terhadap Perdana Menteri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Abdul Rahim Jani
dilaporkan berkata, Pegawai Penerangan PAS Kelantan itu tidak berada di
negeri ini kerana usaha mengesannya di rumahnya tidak berhasil.
Buniyamin ketika berceramah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik)
sebelum ini dilaporkan mendakwa cucu Dr Mahathir menonton video lucah,
berdasarkan laporan akhbar bertarikh 15 Julai 2001.
Laporan terbabit menyebut Dr Mahathir melahi! rkan kebimbangan terhadap
bahan-bahan lucah yang diedarkan kepada umum apabila diberitahu oleh
cucunya.
Sementara itu, Mohd Amar berkata, sepatutnya pihak polis turut menyiasat
Perdana Menteri memandangkan isu berkenaan turut membabitkan Dato' Seri Dr
Mahathir.
"Ini wajar dilakukan memandangkan kenyataan Buniyamin merujuk secara terus
kepada dirinya. "Oleh itu, pihak polis perlu menyiasat sama Dr Mahathir dan
bukan Ustaz Buniyamin seorang sahaja," ujarnya.
Beliau juga menyifatkan pemimpin Umno hanya berani mencemuh pemimpin PAS di
kaca televisyen sahaja dan tidak berani untuk berdepan di forum-forum
terbuka.
Menurutnya, begitu juga dalam isu samseng, pemimpin Umno hanya berani
berdepan di kaca televisyen sahaja.
"Oleh itu, saya cabar ulama Umno dan Setiausaha Parlimen Kementerian
Penerangan, Dato' Zainuddin Mydin untuk berdebat berkaitan isu samseng,"
ujarnya.
Mohamad Sabu pula berkata, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri A! bdullah
Ahmad Badawi adalah antara pemimpin yang paling gundah gelana sekarang.
Katanya, isu nama calon Timbalan Perdana Menteri selepas dia dilantik
Perdana Menteri Peralihan pada Oktober 2003 masih tidak diselesai sampai
sekarang.
"Sebelum pilihan raya kecil Pendang, Pak Lah ada menyebut akan mengumumkan
nama calon Timbalan Perdana Menteri, namun sehingga sekarang janjinya itu
gagal dilunaskan. "Ini adalah menggambarkan pemimpin itu paling cemas
sekarang," katanya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke