Hamid diminta nasihat Dr Mahahir bertaubat
Wednesday, August 28 @ 19:06:17 MYT


Oleh Nazman Yusuf
KOTA BHARU, 28 Ogos (Hrkh) - Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri
Dr Abdul Hamid Othman diminta menasihati Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad
supaya bertaubat kerana dia secara jelas tidak yakin dengan hukum Allah.

Pengerusi Perhubungan keADILan Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa berkata, Dr
Mahathir pernah memperlikan janggut Nabi Muhammad saw kononnya tidak ada
pisau cukur ketika itu.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri itu jelas bercanggah dengan Islam dan
perlu dinasihati supaya bertaubat segera.
"Oleh itu, desakan Hamid supaya Menteri Besar Kelantan bertaubat dalam isu
samseng seolah-olah memperlihatkan Umno ketandusan isu," katanya di sini.
Beliau juga berkata, Perdana Menteri paling layak digelar samseng
memandangkan beliau secara! terang-terangan sebelum ini mengeluarkan
kenyataan menghalang pelaksanaan hukum Allah.
Selain itu, Presiden Umno itu juga layak digelar samseng kerana enggan hadir
ke mahkamah, biarpun sudah disapina berkali-kali dalam kes membabitkan bekas
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Semalam Dr Hamid dilaporkan berkata, Mursyidul Am PAS mesti bertaubat kerana
menyamakan sifat buruk manusia dengan sifat Allah.
Kata beliau, Menteri Besar Kelantan perlu kembali ke pangkal jalan kerana
telah membuat kesalahan besar dalam akidah Islam dengan memanggil Allah
samseng.
Ustaz Mohamad yang juga anggota parlimen Peringat turut mengingatkan
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Dato' Zaiuddin Mydin supaya
tidak mudah melatah dalam isu berkenaan.
Katanya, Zainuddin mesti bertanggungjawab menjelaskan isu samseng dan bukan
hanya tahu memesong fakta semata-mata.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Hajah Kalthom Othman berkata, Dr Ha! mid
tidak berhak memaksa Menteri Besar bertaubat kerana dia bukannya melakukan
dosa.
"Lebih baik Hamid menasihati kalangan pemimpim Wanita Umno yang jelas
melanggar hukum Allah termasuk Dato' Seri Rafidah Aziz dan Dato' Shahrizat
Abdul Jalil supaya bertaubat," katanya.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Ustaz Ramli Ibrahim berkata, Dr Abdul Hamid tidak
sepatutnya meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertaubat kerana belum ada fatwa
secara jelas mengenainya.
"Adakah bekas menteri itu kini seolah-olah mendahului Majlis Fatwa
Kebangsaan," ujarnya.
Bekas Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, Haji Mohd Zain Muhamad
berkata, lebih baik pemimpin Umno tidak memainkan isu berkaitan agama secara
sewenang-wenang kerana dibimbangi boleh memesongkan aqidah.
"Zainuddin juga disarankan menayang sepenuhnya klip video ucapan Menteri
Besar Kelantan berkaitan isu samseng agar semua pihak dapat memahaminya,"
ujarnya.
> ATTACHMENT part 2 applicati! on/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke