Kekal BM pengantar sains dan matematik - Muktamar Abim
Tuesday, September 10 @ 08:15:45 MYT


KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Hrkh) - Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
(Abim), Ahmad Azam Abdul Rahman berkata, Bahasa Melayu sebenarnya
berkemampuan menjadi bahasa ilmu dan perlu dikekalkan sebagai bahasa
pengantar pelajaran sains dan matematik.

"Jadi kalau isunya tak boleh menguasai bahasa Inggeris, kita boleh gunakan
mata pelajaran yang lain seperti pendidikan seni, moral dan jasmani yang
lebih bersifat amalan," ujarnya kepada wartawan melepas merasmikan Muktamar
Sanawi Abim ke-31, di Dewan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, semalam.
Katanya, Abim boleh menyokong untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa
Inggeris tetapi bukan hanya melibatkan sains dan matematik sahaja.
Tambahnya, untuk melaksanakan matapelajaran sains dan matematik memerlukan
! persiapan dan tidak perlu disegerakan.
Ini, katanya kerana matapelajaran sains dan matemtik lebih bersifat ilmu dan
banyak perkara teknikal memandangkan banyak masalah persiapan dan polemik.
Ketika merasmikan muktamar itu yang bertemakan `Perbaru Ukhuwwah, Perteguh
Wahdatul Ummah', beliau berkata Abim sebulat suara dengan pihak pemerintah
dalam keprihatinan terhadap kemerosotan mutu bahasa Inggeris di kalangan
generasi muda.
Abim juga, katanya setuju agar aliran kemerosotan itu disekat dan usaha
dijalankan untuk memajukan mutu bahasa berkenaan dengan meningkatkan
pengajaran bahasa Inggeris di sekolah di samping memastikan guru yang
mengajar benar-benar terlatih dan berkelulusan.
Beliau menambah, kemajuan dalam bahasa Inggeris dapat dicapai dengan
meningkatkan penggunaannya dalam bilik darjah iaitu tidak terhad semasa
pengajaran bahasa itu sahaja dan ia boleh diperkenalkan dari Tahun Satu
dalam subjek yang bukan teras.
"Kita berpen! dapat bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan yang menggariskan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
kebangsaan seperti yang tercatat dalam Penyata Razak 1956, diperkukuh oleh
Penyata Rahman Talib 1960 dan terkini Akta Pendidikan 1996 tidak perlu
diubah," ujarnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Yahoo! - We Remember
9-11: A tribute to the more than 3,000 lives lost

Kirim email ke