*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
INI DARI JABUJIK, SAYA CUMA FORWARDKAN KE HIZBINET JE.....


>From: jabujik jabujik <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Syazana Hamzah <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Pas apakah kesudahannya?
>Date: Fri, 28 Apr 2000 02:08:23 -0700 (PDT)
>
>Memerhatikan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (Pas)
>merupakan satu yang melucukan, menghairankan dan
>menyedihkan. Parti ini yang kononnya memperjuangkan
>Islam telah dengan sewenang-wenangnya membanjirkan
>Malaysia dengan fitnah. Sekecil-kecil fitnah seperti
>menuduh Perdana Menteri jatuh kuda, fitnah bahawa UMNO
>tidak memperjuangkan Islam, fitnah bahawa ekonomi
>negara kita tidak pulih sehinggalah sebesar-besar
>fitnah bahawa Allah mencarut, semuanya diterima oleh
>penyokong mereka tanpa ditapis, difikir, disiasat dan
>disoal langsung. Fitnah itu pula disebar tanpa rasa
>takut, bersalah mahupun perasaan berdosa. Dan apabila
>berita itu dibuktikan sebagai fitnah semata-mata,
>penyokong mereka memejam mata serapat-rapatnya dan
>menyumbat telinga sedalam-dalamnya sementara pemimpin
>mereka berhadapan dengan orang yang mereka fitnah,
>berhadapan dengan dunia dan ''berhadapan'' dengan
>Allah lima kali sehari dengan selamba.
>Tindak-tanduk Pas dalam mencapai matlamat perjuangan
>mereka memang lucu kerana mereka boleh mengubah
>pendirian, keputusan hatta tafsiran ayat al-Quran
>sekalipun asalkan ianya memberi kelebihan pada parti
>mereka. Kelucuan Pas jelas teserlah apabila mereka
>bersekongkol dengan DAP yang menentang negara Islam
>dan hak keistimewaan Melayu. Begitu juga dengan
>bersekongkol dengan Keadilan yang bersusah payah
>mengemis simpati dari seorang Presiden ''raja
>maksiat'' dan juga dari beberapa pemimpin Barat.
>Apabila bersekongkol, mereka ini menjadi bertambah
>lucu kerana mereka terpaksa berjuang menegakkan negara
>Islam dengan mempertahankan pelaksanaan hukum hudud
>tetapi di masa yang sama terpaksa bersetuju dengan
>pendirian DAP. Akhirnya, apabila mereka memenangi
>pilihan raya dan berjaya memerintah Terengganu, mereka
>mengambil jalan tengah dan sederhana iaitu jalan yang
>telah lama diambil oleh UMNO. Hudud ke mana, negara
>Islam ke mana, lesen arak tetap di situ dan ternakan
>babi pula yang muncul.
>Kelucuan ini tidak terhenti di situ. Pas yang kononnya
>memperjuangkan Islam telah bertindak bertentangan
>dengan sikap seorang Muslim sejati. Kejadian mengejek
>dan menumbuk penyokong dan pemimpin UMNO, mencarut dan
>memaki hamun dan juga menceroboh e-mel serta
>laman-laman web penyokong UMNO telah menjadikan mereka
>seperti badut. Betapa lucunya Pas ini sehinggakan
>dalam pilihan raya yang lepas, mereka dengan bangganya
>memilih seorang ''Profesor Carut'' sebagai wakil
>rakyat di tempat mereka.
>Hairan sekali, dalam kepekakan dan kebutaan mereka,
>mereka tidak bisu dan walaupun telah dapat menambah
>kerusi di Dewan Rakyat, mereka memilih untuk menyebar
>fitnah melalui Internet dan risalah bagi menyuarakan
>''kesalahan'' kerajaan. Segala yang mereka tuduh, tak
>dapat diketengahkan kerana tidak ada satu bukti pun.
>Bertambah hairan lagi apabila mereka memfitnah Datuk
>Seri Dr. Mahathir bersekongkol dengan Barat. Bukan
>rahsia lagi yang Barat begitu membenci Datuk Seri Dr.
>Mahathir dan menyebar berbagai-bagai fitnah terhadap
>beliau termasuklah satu fitnah oleh majalah Newsweek
>yang penulis anggap kelakar iaitu kononnya beliau
>adalah anak seorang nelayan? Barat mengecam tindakan
>Perdana Menteri dalam menyelamatkan ekonomi negara.
>Barat memuji penyokong pembangkang yang merusuh
>sebagai berani. Hampir seluruh media Barat bersatu dan
>menghentam beliau dalam isu perlucutan jawatan
>timbalannya pada September 1998. Justeru, penulis
>menjadi hairan apabila membaca tulisan-tulisan dalam
>akhbar Harakah yang begitu konsisten dengan
>tulisan-tulisan dalam media Barat lain yang beria-ia
>dan bersungguh-sungguh memupuk kebencian terhadap YAB
>Datuk Seri Dr. Mahathir. Bukankah ia menghairankan
>apabila sebuah parti yang memperjuangkan Islam
>tiba-tiba bersuara satu rentak, senada dan seirama
>dengan Barat? Tulisan-tulisan mereka menggambarkan
>betapa sekiranya Datuk Seri Dr. Mahathir dapat
>ditumbangkan, maka puaslah hati mereka, sepuas hati
>musuh-musuh Islam di Barat juga.
>Sebaliknya, Perdana Menteri terus-menerus menerima
>sokongan dari negara Islam lain yang mengagumi dan
>mengiktiraf pemikiran beliau. Bagaimana pula seorang
>yang dituduh ''tidak cukup Islam'' dan kadang-kadang
>''tidak Islam'' dikagumi oleh pemimpin dan rakyat di
>negara Islam lain? Apakah Pas juga mengecap pemimpin
>dan rakyat negara Islam tersebut sebagai ''tidak cukup
>Islam'' kerana menyokong YAB Perdana Menteri?
>Segala kelucuan dan kehairanan inilah yang kemudiannya
>menjurus kepada kesedihan.
>Kita tidak boleh menyifatkan senario ini sebagai
>sekali peristiwa dalam negara yang akan berlalu tanpa
>menjejaskan apa-apa. Kita tidak seharusnya
>berlengah-lengah atau ragu-ragu untuk bangun
>menyedarkan penyokong-penyokong Pas ini daripada tidur
>hanya kerana tidak sanggup meninggalkan keselesaan
>atau segan untuk turun padang bersemuka dengan
>pendapat mereka sama ada di dalam penulisan atau di
>dalam dialog kerana dengan mengambil sikap begitu akan
>hanya membawa kesudahan yang amat sedih untuk agama,
>bangsa dan negara kita satu hari nanti. Kita sendiri
>perlu bangun sebelum kita dapat membangunkan orang
>lain dari tidur yang nyenyak itu.
>Ada yang mengatakan bahawa untuk memenangi satu
>peperangan, kita perlu berfikir dan mungkin bertindak
>mengikut cara musuh kita. Ada pula yang mengatakan
>kita tidak seharusnya berfikir dan bertindak seperti
>musuh kita tapi perlu mencari strategi lain untuk
>memerangkap musuh kita. Apa pun alasannya dan apa pun
>caranya, yang penting ialah kita perlu bertindak
>dengan berkesan asalkan tindakan kita tidak salah di
>sisi agama, tidak salah di segi undang-undang, dan
>cara kita itu membuahkan hasil. Kita tidak seharusnya
>bertindak dengan cara yang sama jika cara itu terbukti
>tidak berkesan. Memetik kata seorang pakar pemikiran,
>Edward de Bono, ''Kita tidak boleh mengharapkan yang
>kita dapat menggali sebuah lubang yang lain dengan
>hanya menggali lubang yang sama dengan lebih dalam''.
>Pendek kata, kita perlu menentukan kesudahan
>perjuangan lucu Pas ini kerana ia pasti tidak lucu
>lagi apabila semuanya telah musnah.
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.
>http://im.yahoo.com/

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke