Samseng: MB sedia berdakwah di mahkamah
Wednesday, August 28 @ 18:59:29 MYT


KOTA BHARU, 28 Ogos (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia
untuk berdakwah di mahkamah, sekiranya isu samseng benar-benar dibawa ke
muka pengadilan.

Menteri Besar berkata, sebelum ini beliau sudah banyak tempat berdakwah
termasuk di parlimen, Dewan Undangan Negeri (Dun), masjid-masjid, surau dan
lain-lain tempat.
"Dalam mahkamah juga saya akan berdakwah, perkataan samseng adalah
terjemahan kepada perkataan al Aziz, al Jabar, al Mutakabir," katanya
selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Harun
Mahmud Hashim dilaporkan berkata, Menteri Besar Kelantan boleh didakwa di
bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina Allah sebagai 'samseng'.
Menurutnya, Nik Abdul Aziz boleh d! ikenakan tindakan undang-undang sekiranya
siasatan mendapati beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Saya juga Insya Allah akan berpeluang untuk membawa ke mahkamah terhadap
mereka yang mengatakan agama suku dan politik suku .
"Begitu juga orang yang mengatakan Islam tidak boleh dilaksanakan di
Malaysia kerana masyarakat majmuk. Saya juga akan mendakwa kes ini ke
mahkamah.
"Ini kerana mereka juga menghina Allah dan Islam kerana dalam Islam ada enam
perkara yang mesti diyakini sebagai Rukun Iman termasuk yakin kepada kitab
Allah dari awal sampai akhir kita kena yakin," tambahnya.
Menurut beliau, sekiranya mereka membawa kes samseng ke mahkamah, beliau
juga akan mengheret pihak yang mengeluarkan kenyataan agama suku dan politik
suku serta mengatakan Islam tidak boleh dilaksana kerana masyarakat majmuk
ke mahkamah.
"Ini kerana samseng hanya sekadar terjemahan sahaja, memandangkan ada sifat
Allah yang disebut sebagai al Mutakabir, al! Jabar dan saya hanya terjemah
sahaja.
"Ada pun orang yang mengatakan agama dan politik perkara suku-suku itu hanya
pandai-pandai dia sahaja, dia bukannya menterjemah daripada al Quran,"
katanya.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, mereka seolah-olah menjadi
jurucakap kepada kumpulan gerakan Kristian.
Oleh itu, beliau bersedia untuk dibawa ke mahkamah kerana berpeluang
berdakwah terbuka dalam isu samseng.
Ditanyai mungkinkah isu itu sekadar ugutan semata-mata, Tuan Guru Nik Abdul
Aziz berkata, itu dia punya pasal kerana Allah pandailah membalasnya di
akhirat kelak.
"Pihak yang mengatakan agama suku dan politik suku tetap akan dibawa ke
mahkamah, sekiranya isu samseng dibawa ke mahkamah kerana mereka secara
jelas menghina Islam.
"Ini menampakkan dalam al Quran terdapat banyak ayat-ayat al Quran yang
tidak boleh diguna oleh manusia, ini menghinakan Islam, Allah dan hina al
Quran," ujarnya.
Menurutnya, beliau tidak pe! rnah menghina Allah kerana sekadar menterjemah
bahasa yang digunakan sendiri oleh Allah iaitu al Mutakabir.
"Allah sendiri berfirman dengan perkataan al Jabar, jadi saya terjemah dalam
bahasa Melayu. "Saya memang hendak bermuzakarah tetapi orang ini (Dr Hamid),
namun dia tetap hendak benar minta saya bertaubat, hendak bawa ke mahkamah,
ini bukan cara dakwah.
"Saya masih ingat semasa Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr
Abdul Hamid Othman mahu meletak jawatan sebagai menteri dahulu dia
mengatakan hendak memberi tumpuan kepada berdakwah," katanya.
Beliau juga mengulangi sedia bermuzakarah mengenai isu tersebut dengan Dr
Hamid.
Ditanyai dakwaan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Dato' Zainuddin
Mydin kononnya Menteri Besar Kelantan berkeseorangan dalam isu samseng,
katanya, budaya orang PAS tidak suka berdepan dengan wartawan.
"Saya sendiri kadang-kadang serik untuk bercakap dengan wartawan. "Semalam
saya sebut! kepada wartawan satu perkataan iaitu sekiranya Penasihat Agama
Perdana Menteri tidak setuju sangat kepada perkataan al Mutakabir sebagai
samseng, kalau begitu lebih baik dia potong sahajalah perkataan itu dalam al
Quran.
"Jangan ada perkataan al Mutakabir dalam al Quran. Jangan biarkan dalam al
Quran ada perkataan al Mutakabir, barulah tidak ada orang terjemah
mengenainya," ujarnya.
Menurutnya, selagi ada perkataan al Mutakabir dan al Jabar mesti ada
penterjemahan mengenainya. "Kadang kala saya sendiri pun serik juga berdepan
dengan wartawan. Itulah kelemahan kewartawanan yang ada di Malaysia
sekarang," katanya.
Menurutnya, dalam isu berkenaan beliau tidak bersendirian kerana ada
penyokong yang ramai. "Dan Insya Allah mereka akan berdoa mudah-mudahan
orang yang menghina Islam lenyap di muka dunia, sama seperti Firaun lenyap..
Namrud pun lenyap dan Abu Jahal pun sudah lenyap," ujarnya.(MJ)
> ATTACHMENT part 2 application/x-micr! osoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke