Saya mahu lihat secepat mana polis bertindak - MP Rantau Panjang
Tuesday, October 01 @ 15:45:38 MYT


Anggota Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun ketika membahaskan
Belanjawan 2003 di Parlimen baru-baru ini mengungkit kembali kecekapan polis
bertindak terhadap laporan polis yang dibuat. Beliau pertikaikan tindakan
terhadap laporan polis yang dibuat pembangkang. Ikuti sebahagian ucapan
beliau itu.

Setiap rakyat yang cerdik dan boleh berfikir mengata dan mengesahkan bahawa
Belanjawan kali ini merupakan Belanjawan Pilihanraya. Bagi mereka yang
sentiasa mengikuti pembentangan Belanjawan setiap tahun sudah tentu lebih
tepat membuat tekaan bahawa Belanjawan kali ini merupakan belanjawan
memancing undi semata2.
Sudah menjadi budaya pihak kerajaan BN Pembentangan Belanjawan adalah
sesatunya senjata yang paling mujarab bagi memancing undi menjelang
pilihanraya.
Dahulu kita yakin dengan cara sebegini kerajaan BN boleh mengelabui mata
rakyat, boleh memancing undi, tetapi zaman mutaakhir ini kerajaan jangan
mengharapkan rakyat terpengaruh dan terperangkap dengan Pembentangan
Belanjawan saperti ini lagi.
Menjelang pilihanraya 1999 dahulu kerajaan telah membentangkan Belanjawan
Pilihanraya saperti ini juga malah sahingga tidak sempat Belanjawan itu
dibahaskan kerajaan telah membubarkan Parlimen.
Apa kesannya pilihanraya 1999? Tidakkah rakyat sedar bahawa Belanjawan itu
hanya untuk memancing undi semata-mata.Dan keputusan pilihanraya itu jelas
menampakkan kepada kita bahawa di akhir-akhir ini rakyat tidak mudah
dikelabui mata mereka apabila keputusan pilihanraya 1999 BN hanya mendapat
undi sebanyak 55.55% sahaja dan jumlah pengundi Melayu yang mengundi BN
hanya 54.3% sahaja berbanding dengan pilihanraya 1995 63.6% pengundi Melayu
yang menyokong BN.
Kerajaan BN terpaksa mengulangi lagi perbuatan ini kerana mereka sudah tidak
ada senjata yang lain yang lebih tajam dan lebih berkesan selain daripada
Pembentangan Belanjawan Pilihanraya sebagai senjata terakhir untuk
mempertahankan kekuasaan mereka.
Kerajaan BN telah cuba bertubi2 mencari isu/membuat dan mereka isu untuk
mengalih pandangan rakyat tetapi semua usaha2 mereka gagal malah sebahagian
besarnya memakan diri sendiri. Isu-isu yang pernah digembar gemburkan oleh
Kerajaan BN melalui berbagai-bagai cara saperti;-
Isu “Tuhan Lebih Samseng daripada maanusia”.
Isu ini diguna dan dieksploitasi habis-habisan oleh kerajaan dan UMNO
melalui seluruh media masa yang ada, suluruh ajensi kerajaan tetapi akhirnya
isu ini tidak berkesan dihati rakyat, kerana rakyat sekarang tidak mudah
terpengaruh dengan dakyah cetek UMNO.
Ungkapan Menteri Besar Kelantan itu kononnya menghina ugama/menghina
Allah/menghina penganut sahingga terdapatlah beberapa orang UMNO yang terasa
dengan ucapan itu maka mereka membuat laporan polis.
Dan polis terus menyiasat Menteri Besar Kelantan dengan arahan walaupun
HARUN HASHIM mengatakan perkara ini hendaklah dilihat keseluruhan ucapan itu
bukannya mengambil secebis ungkapan saperti yang digunakan oleh media masa.
Dalam perkara ini tidak keterlaluan kalau saya mengatakan bahawa saya lebih
terasa/lebih tersinggung dengan ungkapan2 biadap terhadap Islam yang keluar
daripada mulut jahat pemimin2 UMNO semenjak 10 tahun yang lalu sahingga
sekarang. Tetapi bukannya budaya kita untuk membuat laporan polis tentang
perkara ini.
Kerana kita yakin kalau kita buat laporan polis sekalipun polis tidak akan
bertindak kalau tidak dengan arahan UMNO.
Tetapi kalau keadaan memaksa saya akan bertindak membuat laporan polis malah
selepas ini pun saya boleh membuat repot polis dan kita akan tengok sejauh
mana cepatnya polis akan bertindak apabila pihak pembangkang membuat
laporan..
Ucapan-ucapan biadap terhadap Islam yang keluar daripada mulut pemimpin UMNO
dan disiar melalui media masa sahingga saya begitu terasa sekali dan saya
menganggap ianya telah Menghina Ugama/Menghina Allah/Menghina Penganutnya
dan ianya boleh didakwa dibawah Sek. 298 Kanun Keseksaan.
Diantara perkara yang disebutnya ialah :-
"TUHAN YANG PAS SEMBAH BISMILLAHI SAMSENG, HI PENJAHAT, SAYA TAK TAHULAH
BAHASA ARAB. SAMSENG WA PENJAHAT. INILAH TUHAN YANG PAS SEMBAH SEBAB ITU DIA
SESAT” (Berita Minggu 23 Jun 2002-muka surat 14)
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa
kini” (Dr.Mahathir Mohamad, Ucapan dipadang Sek.Sultan Ibrahim Pasir Mas
pada 14 Ogos 1994).
Ucapan yang terbaharu yang menghina pemimpin yang dipilih oleh rakyat ialah
ucapan Perdana Menteri sendiri didalam majlis Perasmian Konvensyen Barisan
Nasional diSekolah Menengah Tun Telanai Marang, Terengganu pada 16 Ogos 2002
dengan mengatakan….
“Ini bukan ulama(Menteri Besar Terengganu Datuk Seri) Haji Hadi(Awang)
mungkin pakai serban jubah tetapi itu bukan tanda dia betul-betul ulama….
"Dia menggunakan serban dan jubah dan berjanggut sebagai topeng untuk
melindungi perbuatan jahatnya, pengkhianatan terhadap ugama Islam,
pengkhianatan kepada orang Melayu yang dilakukan olehnya.
"Rakyat terengganu(apabila) datang pilihan raya ini, tolak
orang(pemimpin-pemimpin) yang sesat ini.
"Sesat betul orang(pemimpin-pemimpin Pas) ini, betul-betul sesat, selamatkan
Negeri Terengganu daripada manusia yang jahil ini, manusia yang mencela,
menghina Allah”.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke