Sebat suami tinggalkan isteri disokong
Thursday, September 05 @ 18:49:01 MYT


KOTA BHARU, 5 Sept (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kelantan
menyokong penuh cadangan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
supaya suami yang meninggalkan isteri tanpa nafkah disebat sebagai
pengajaran.

Timbalan Yang Dipertuanya, Haji Wan Abdul Rahman Wan Hussin berkata,
cadangan itu amat sesuai sekali dalam situasi yang berlaku sekarang.
"Kita bersetuju dengan cadangan tersebut dan disyorkan beberapa langkah awal
hendaklah diambil termasuk mengadakan kaunseling, sebelum tindakan sebat
dilaksanakan," katanya.
Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan suami-suami yang
meninggalkan isteri, terutamanya yang sedang mengandung tanpa sebarang
nafkah dikenakan hukuman sebat sebagai pengajaran.
Timbalan Ketua KeADILan Bahagian Kubang Keri! an, Ustaz Ahmad Muhamad berkata,
amat bertepatan sekali pelaksanaan hukuman sebat bagi membendung gejala
meninggalkan isteri tanpa nafkah.
Oleh itu, beliau berharap semua pihak terutamanya kerajaan Pusat memikirkan
perkara tersebut secara serius.
Haji Hilmi Muhamad, 41, pengurus sebuah syarikat di sini berkata, cadangan
Menteri Besar Kelantan amat baik dan sepatutnya dipercepatkan pelaksanaannya
bagi membela golongan wanita yang menjadi mangsa.
"Selain golongan isteri, pendidikan anak-anak juga turut terjejas kerana
ditinggalkan bapa akan dapat diatasi," tambahnya.
Guru agama Samsiah Daud, 29 berkata, sepatutnya golongan wanita bangkit
menyokong cadangan itu bagi membela nasib mereka yang dianiaya suami.
Selain itu, tambahnya, kerajaan juga dicadangkan mewujudkan kelas intensif
bagi menyedarkan golongan suami terbabit.(NY)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWH! ERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke