Berita // News :
Setelah Fitnah Dan Penjarakan DSAI, Mahathir Mahu Mufliskan DSAI Pula
hold=0>
Tuesday, September 24, 2002 - 08:22 PM GMT



Tinjauan
pemuda-keadilan.org di sekitar kompleks Philleo Damansara, yang menempatkan
ibu pejabat parti dan kawasan berhampiran, menunjukkan rakyat semakin marah
dan mual dengan perasaan busuk hati bekas presiden UMNO, Mahathir Mohamad
yang mahu memfailkan perintah muflis ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair memberitahu
wartawan bahawa Mahathir telah beberapa kali menulis melalui peguamnya untuk
mendapatkan kos mahkamah berjumlah lebih RM30,000 daripada Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Jum! lah tersebut diarahkan dibayar kepada Mahathir oleh Mahkamah
Rayuan yang menolak saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mahathir kerana
membuat fitnah terhadap beliau, tanpa memberi peluang mendengar hujah peguam
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Mahkamah Rayuan pada ketika itu adalah
Lamin Yunus, yang diketahui umum berdendam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana dia percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang kenaikan pangkatnya
sebelum itu. Sankara juga berkata bahawa anak guamnya enggan membayar
jumlah itu kerana berpegang kepada prinsipnya, iaitu Mahathir telah
memfitnah beliau dan adalah tidak adil bagi beliau yang dizalimi dan
difitnah mengkayakan lagi si pemfitnah. Sementara itu, orang ramai yang
ditemui pemuda-keadilan.org terkejut apabila diberitahu ugutan Mahathir
melalui peguamnya untuk memufliskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata seorang
pekerja IT di Phileo Damansara: "Sudahlah hampir dibunuh Anwar, diyatimkan
anaknya, se! karang hendak dimufliskan pula," katanya kesal. Rakannya pula
berpendapat ugutan Mahathir tidak ada kena mengena dengan wang sekecil
RM30,000 kerana jumlah wang yang diseleweng Mahathir dan keluarganya adalah
berbilion ringgit, tetapi ia berpunca dari busuk hati dan dendam kesumat
bekas presiden UMNO itu.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke