Sidang DUN Kedah: Kedah Maju 2010 belum ada pencapaian - Exco
Monday, September 02 @ 15:21:33 MYT


Oleh Helmi Khalid
ALOR SETAR, 2 Sept (Hrkh) - Exco Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md. Hanifa gagal
menjelaskan beberapa perkembangan sekalipun ia hanya soalan-soalan mudah
dalam merealisasikan sasaran Kedah mencapai Kedah Maju 2010.

Dalam sidang DUN Kedah pada 22 Ogos lalu, Bashah hanya mampu menyenaraikan
beberapa projek ke arah negeri maju, namun semua senarai projek ini telah
pun diumumkan dalam belanjawan Kedah, ia tidak ubah seperti hanya membaca
teks ucapan.
Adun Pengkalan Kundor, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi dalam soalan tambahannya
bertanya, mohon penjelasan mengenai cadangan KDNK Kedah sebanyak 15 % pada
tahun 2001, berapa pendapatan perkapita rakyat Kedah antara tahun 2000-2001?
Ahmad Bashah: Kita lancar Kedah Maju 2010 pada 21 September ! 2001, baru
setahun, perancangan kerajaan adalah pada 2010, untuk lihat semua itu boleh
lihat dari projek yang telah disiapkan dengan cepat.
Sementara itu, Adun Lunas, Saifuddin Nasution menyoal: Bila pelan ekonomi
dirancang, mesti ada kayu pengukur, kita tidak dapat lihat pencapaian
prestasi setakat ini, Kedah rancang KDNK setinggi 15%, bank negara dalam
pengumumannya baru-baru ini meletakkan peningkatan KDNK Malaysia hanya
setinggi 3 %, apa Kedah boleh meningkat sampai 15%, tak payah hurai senarai
projek, kalau nak maju, berapa % secara purata pelajar Kedah boleh masuk
Universiti?
Ahmad Bashah: Perancangan kita adalah 10 tahun, nak minta la ni (sekarang)
kita kena beri angka tepat, bukan boleh sebut saja, memanglah pembangkang
apa kita buat pun tak betul, semua mereka bangkang.
Phahrolrazi dan Saifuddin ketika ditemui berkata, Ahmad Bashah sebenarnya
langsung tidak dapat menjawab soalan tambahan yang dikemukan, dia hanya
boleh se! but senarai projek, kalau banyak mana sekalipun projek, ini tidak
bermakna rakyat Kedah telah maju, tegas mereka berdua.
Kerana ada helikopter WTK dapat kawasan balak
Kerajaan BN Kedah telah meluluskan kawasan pembalakan seluas 300 ribu ekar
termasuk di kawasan strategik untuk tadahan air negeri kepada sebuah
syarikat dari Sarawak dengan alasan syarikat itu mempunyai kepakaran
menggunakan helikopter.
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, Syarikat WTK milik
taukeh Cina dari Sarawak, tidak mempunyai pengalaman luas dalam kerja
pembalakan sebaliknya syraikat berkenaan hanya berpengalaman dalam kerja
menanam balak.
Menurut jawapan pihak kerajaan dalam sidang DUN Kedah 22 Ogos lalu, Kedah
hanya mempunyai 800 ribu ekar kawasan hutan simpan dan sebanyak 300 ekar
telah diserahkan untuk kerja pembalakan kepada WTK.
Dewan menjadi gamat ketika beberapa Adun pembangkang bangun mengajukan
soalan tambahan, apatah lagi setelah! penjelasan yang diberikan Exco
berkenaan, Dato' Ahmad Bashah Md. Haniffa, tidak disertakan alasan kukuh.
Ustaz Azizan: Ia melibatkan hampir separuh dari hutan simpan, melibatkan
kawasan strategik tadahan air, adakah benar kerajan telah beri kebenaran
kepada syarikat dari Sarawak (WTK) seluas 300 ribu ekar, tidakkah memberi
ancaman kepada hakisan, apakah langkah untuk atasi hakisan yang akan
memberikan kesan kepada petani, kenapa ia diberi secara konsesi bukan
melalui tender, adakah syarikat tempatan (di Kedah) tak layak?
Ahmad Bashah: Benar kerajaan telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat
dari Sarawak, kita pilih kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas
mengenai 'Heli Havesting', yang tidak digunakan oleh pembalak tempatan.
Ia bernilai RM 2.7 juta setahun, kalau biar pun pokok itu akan mati juga,
jadi kita tebang, YB bangkitkan tentang isu alam sekitar, ia adalah isu
global.
Ustaz Azizan: Sebab ada helikopter mereka laya! kkah?
Dewan menjadi riuh dengan gelak ketawa Adun pembangkang dan Adun-adun BN
termasuk di kalangan wakil Jabatan Kerajaan dan pemerhati. Ahmad Bashah
tidak lagi bangun menjawab.
Dalam perkembangan lain, menjelangnya pilihanraya Kecil Pendang/Anak Bukit
lalu, Pemuda BA diketuai oleh Haji Mahfuz Omar dan Saifuddin Nasution telah
membuat laporan BPR mengenai konsesi balak ini.
Menurut laporan itu, BPR didesak untuk menyiasat mengenai ketelusan kerajaan
BN Kedah dalam memilih syarikat WTK dari Sarawak yang didakwa mempunyai
unsur rasuah dan ia melibatkan kepentingan rakyat terutamanya kaum tani.
Ia telah diserahkan kepada pegawai BPR di sini dan pihak BPR berjanji akan
mengambil tindakan sewajarnya ke atas dakwaan Pemuda BA itu.
Teguran sidang hanya sejam: Speaker Kedah marah
"Itu kerja saya, saya tahu," demikian kata Speaker Dun Kedah, Dato'
Amiruldin Badrudin ketika menjawab saranan Adun Lunas, Saifuddin Nasution
agar jangkamasa si! dang Dun Kedah dilanjutkan.
Saifuddin ketika mengajukan soalan tambahan mengenai projek Sience City di
Kulim dengan memberikan beberapa fakta terus ditegur speaker,
Speaker: Kita hanya ada satu jam, sekarang baru ada empat soalan, banyak
lagi soalan Yang Berhormat!
Saifuddin: Kita jumpa sekali-sekali saja, boleh tambahlah hari bersidang.
Speaker bagaimanapun menjawab: "Itu kerja saya, saya tahu."
Dalam persidangan Dun yang lalu, Almarhum Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor telah
beberapa kali menyarankan agar tempoh sidang dilanjutkan, dengan itu, tidak
wujud u masa.
Sehingga kini, Speaker hanya menghadkan masa satu jam untuk sesi soalan
lisan dan pada 22 Ogos lalu hanya tujuh dari 29 soalan semuanya.
Semua soalan yang tidak dijawab akan diberi jawapan bertulis, menyebabkan
soalan itu gagal dijawab dengan lebih terperinci, tegas Adun Belantik, Ustaz
Md Isa Shafie.
"Susahlah kalau speaker berfikir begitu, dia ada kuasa tetapi tidak
men! jalankan kuasanya untuk kepentingan rakyat, sampai bila kita akan hanya
bersidang sejam, kami datang dari jauh, buat 'homework', sedangkan masa
bersidang terlalu singkat," ujar Ustaz Md. Isa lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke